Peminat Nasi Kandar Line Clear WAJIB baca ini


Restoran nasi kandar popular Line Clear yang terletak di Jalan Penang di sini diarah tutup selama 14 hari ekoran penemuan bangkai seekor tikus yang hampir reput dan dihurung lalat di dalam stor simpanan barang premis itu semalam.
Selain bangkai, turut dikesan ialah beberapa ekor tikus yang berkeliaran di sekitar tempat mencuci pinggan dan di tepi bangunan premis yang sudah beroperasi lebih 87 tahun lalu.
Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri dalam satu operasi khas yang dijalankan dengan kerjasama bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mulai pukul 10.30 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Pe­lesenan MBPP, Ong Ah Teong berkata, premis itu terpaksa menghentikan sementara operasi mulai semalam berikutan faktor kebersihan serta penemuan beberapa haiwan perosak.
“Semasa pemeriksaan dijalankan, kami terkejut apabila menemui bangkai seekor tikus di dalam sebuah stor simpanan barang yang terletak bersebelahan dengan ruang memasak.
“Sukar kami hendak gambarkan suasana premis Line Clear ketika itu. Banyak lalat bersaiz besar menghurung bangkai tikus yang dijumpai,” dedahnya ketika dihubungi Kosmo! di sini.
Sumber : Kosmo 


Sis baru lalu dekat lorong tu dah tak lalu dan cancel terus niat makan. Sis cerewet sikit bab environment sesuatu kedai tu.  Femes macam mana pun kalau sis tak lalu memang tak kan lah masuk. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

32 comments:

Wani Sukarno said...

Huhu rasa mula dah kecoh.. apesal famos sangat tempat tuhhhh.. ni kes kedai makan yang dah lama dah ni ..

Seorang Syed said...

Saya dari dulu lagi memang tak berkenan dengan kedai mamak. pernah makan sekali dekat sini. nak makan pun terbayang macam2 haha.

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

akk pernah makan kat situ dulu tapi tak dah bertukar ke Nasi Kandar beratur..mmg x berapa bersih dan sesak..

Sir Syahmi said...

Lalu dekat lorong pun dah bau tak selesa.

Anum Abdullah said...

eeee...macam mana lah tu dorang buat kerja sambil sambil tikus pi jenjalan kat dapur tu..

Shaidatul Aireen said...

hmmm frustnya :'( takpelah asalkan jangan tutup terus

I am LZ said...

Frankly speaking Ana, saya memang kolot saya tak pernah makan nasi kandar, sorry to say sebab kurang confident dgn tahap kebersihan kebanyakkan restoran yang ada walau popular sekali pun.. Bila keluar berita begitu memang dapat agak, kalau premis dari depan pun nmpk kotor apalagi bhgn yg tak dapat ditinjau.. hurrrmmm kembang tekak..

Warisan Petani said...

Tak pernah lagi makan nasi kandar.
Kat JDT ni jarang2 jumpa.

Pengusaha2 kedai makan wajib mengutamakan kebersihan premis dan bahan2 yang digunakan.

CikLa Shahril said...

Kedai ni mmg popular, tp Cikla x pernah try pun sbb bkn peminat nasi Kandar. Setuju dgn WP ckp, pengusaha kedai mkn kena utamakan kebersihan. Jgn ingat nk untung je... nk bg org mkn, jd darah daging kot... be alert plsss...

Shikin Razali said...

Adeh, bila jumpa bangkai tikus nie, rasa kembang jea tekak..

Ana Suhana said...

Skrg baru ada serbuan. Selama ni takde pemantauan kot. Padahal femes gile Line Clear ni. 😅

Ana Suhana said...

Kak ana lagi tak lalu langsung. Biarlah org kata rugi tak rasa. Huhu 😅

Ana Suhana said...

Betul tu kak. Kebersihan tak memuaskan. Better cari kedai lain. 😘

Ana Suhana said...

Kan. Betul tue 😊

Ana Suhana said...

Dah biasa kot. Atau busy sangat sampai tak perasan semua tu 😅

Ana Suhana said...

Elsa suka makan nasi kandar ke? Kak fuzy kata pergi try Nasi Kandar beratur kalau nak. 😘

Ana Suhana said...

Betul tu LZ. Sebab tu ana tak makan pun dekat sini. Tahap kebersihan tu tak di titik beratkan. Sepatutnya dah popular tu kena lah take note semua perkara kan. Artis pun boleh makan dekat sini. Huhu.

Skrg ni katanya nasi kandar dekat LC kg baru boleh tahan dan bersih. Tapi ana tak pernah pergi lagi lah. 😘

Ana Suhana said...

Nasi kandar ni byk di Penang wak. Dekat KL ni dekat Kg Baru dan Chow Kit.

Betul tu. Sebagai pengusaha makanan, kebersihan premis dan bahan2 tu paling utama kena di beri perhatian. Pihak berkuasa pun kena selalu pantau. Setiap report di terima kena di ambil tindakan untuk kepentingan bersama.

Ana Suhana said...

Betul tu CikLa. Peniaga skrg nak untung je. Kebersihan dan kebajikan pelanggan tolak tepi. Sebab tu kalau nak pergi makan dekat mana2, ana akan tgk rating pihak berkuasa tentang kebersihan kedai tu. Kalau A baru ana masuk. Selalunya di shopping mall memang A rating kebanyakan kedai berbanding kedai2 di luar.

Ana Suhana said...

Kembang sekembangnya. Macam mana lah dorang boleh buat tak tahu je kan. Yg pelik, pekerja pun lalu makan tu. Huhu 😊

Raihana Torman said...

dulu singgah penang cari kedai ni sbb katanya best and famous. tp tgk keadaan kedai Ya Allah, mengerikan dan kotor. Lagi2 waktu tu tgh preggy, mmg tak lalu nak mkn. TP, nak tak nak makan jgk dekat situ sbb tak larat nak pergi tmpt lain dah sbb cuaca panas. Mkn pun tak habis, tutup mata aja lah.

Ana Suhana said...

Takpelah dah lepas. Yg penting tak sakit lepas makan tu. Lepas ni tak boleh dah. Bahaya utk kesihatan tu. 😘

C i k R e n e x said...

Memang femes kedai ni kan. Spttnya kena jage kbrshan baru. Kesian kat cstmr.huhu

Fhatin Amelia said...

walaupun mellya dok penang, mellya bukan pencinta nasi kandar haha tak faham juga yang beratur panjang-panjang semata2 nak mkn nsi kndr line clear yg xbrapa clear ni

Ana Suhana said...

Femes sangat. Kalau ke PP wajib singgah sini. Tapi tu lah. Kebersihan tak di jaga. Ana time singgah last time pun cancel nak makan dekat sana. 😅

Ana Suhana said...

Biasalah tu Mellya. Kak ana confirm yg beratur makan nasi kandar tu kebanyakn org luar. Org tempatan tak heran pun dengan nasi kandar ni. Kak ana pergi penang last 2 years pun tak makan nasi kandar ni. Tak lalu tgk keadaan kedai tu😊

ayunie ramli said...

Oo line clear ni rupanya 😵

Awat la depa tk jga kbrsihan💀

Syg kn? Kedai femes dh tk psl psl kne ttup 😞

Ana Suhana said...

Tu lah pasal. Sepatutnya dah femes kena lah jaga kebersihan.

Yg tak faham orang yg makan dekat sana tu. Tgk kedai kotor pun masih lalu makan lagi. Huhu.

Tutup sementara je Mek. Nanti dah bersih boleh buka semula. 😅

Jun Zie said...

Popular tp xbersih ?? aduhaiii.. xdpt bygkn cmna tukg masak dgn yg lain tu dpt buat kerja dgn situation mcm tu dekat dapur.. adoii

Ana Suhana said...

Mereka dah sebati kot sebab kalau tak mesti mereka dah bersihkan semua bahagian kedai. Ish tak sanggup nak bayangkan keadaan kedai tu. Huhu 😅

Syah BaNu said...

saya org penang pun tak pernah makan situ, lagipun kat tempat saya sendiri pun ada jual nasi kandar juga, nasi kandar kpg melayu namanyer :)

Ana Suhana said...

sis masa ke Penang dulu dah park kereta nak makan dekat sini. sekali bila tgk dengan mata sendiri terus jadi kembang tekak. cancel terus. hehe

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤