Misi memburu bunga tulip dan sakura dengan Traveloka Sale-abration

Assalamualaikum dan hi semua.



Sumber : Places and Foods
Cantik giler kan gambar bunga sakura dekat atas ni? Agak-agak korang dekat mana gambar lokasi bunga sakura ni? Kalau korang kata Jepun, jawapan korang salah sama sekali. Sebenarnya lokasi ni hanya di Chiang Mai, Thailand. Ye betul, hanya di negara jiran kita sahaja. Bukan bunga sakura je yang ada, bunga tulip pun ada. Sebab tu sis plan nak bercuti di Chiang Mai tahun ni. Kebiasaannya bunga-bunga ni mula mekar sekitar November - Februari.


Sumber : Places and Foods

Selalunya orang akan ke Jepun untuk menikmati keindahan bunga sakura dan ke Eropah untuk menyaksikan kecantikan festival bunga tulip. Sejak sis dah tahu yang Chiang Mai pun ada dua-dua bunga ni, kenapa sis perlu pergi jauh-jauh kan? Dan kenapa sis perlu berbelanja lebih kalau Traveloka Sale-abration ada tawaran tidak masuk akal untuk merealisasikan impian percutian sis ni.




Seperti yang kita semua tahu, Traveloka merupakan satu platform yang membantu kita menempah hotel dan tiket penerbangan di dalam dan luar negara dengan satu klik sahaja. Hanya dengan menaip nama destinasi yang ingin di tuju beserta tarikh menggunakan aplikasi Traveloka atau laman web, Traveloka membantu korang membuat carian dengan mudah dan cepat dengan memaparkan pelbagai jenis hotel mengikut pilihan kita. Dan yang paling penting tiada caj tersembunyi.  Apa yang korang nampak itulah harga yang korang akan bayar!! Nampak tak betapa jujurnya Traveloka ni. Tak macam sesetengah laman web yang tidak memaparkan harga sebenar dan penuh dengan caj tambahan.  Akhirnya kita rasa tertipu dan mood nak bercuti pun ke laut. 



Memandangkan Traveloka Sale-abration akan berakhir pada 31 Mac 2017 ni, masih ada masa untuk korang plan percutian idaman korang. Jangan risau pasal kos penginapan kerana dengan Traveloka Sale-abration terdapat diskaun sebanyak 79% untuk penginapan di lebih dari 30 destinasi di dalam dan luar negara di tawarkan. Pilih saja mana-mana destinasi percutian korang dan Traveloka akan membantu korang bercuti dengan senang hati tanpa perlu berbelanja lebih.



Dengan Traveloka, korang boleh menempah hotel mengikut bajet sendiri. Macam sis yang jenis bajet ciput ni sudah semestinya hotel bajet menjadi pilihan. Dan salah satu cara penjimatan ialah dengan menempah menggunakan aplikasi Traveloka kerana korang akan mendapat harga special deal berbanding menempah menggunakan laman web. Lagi satu tips penjimatan ialah dengan menempah awal di mana korang boleh dapat diskaun sehingga 40%. Banyak tu kan. Dua penjimatan dalam satu aplikasi. Ni sis bagi contoh harga untuk hotel sis di Chiang Mai nanti.
 
Tekan je tab budget yang di bulatkan tu dan semua hotel bajet akan di paparkan


Bajet-bajet pun 2 bintang juga tau.


RM42 je semalam untuk 2 orang. Mana nak dapat lagi.

Bab hotel selesai, sekarang bab tiket penerbangan pula. Confirm mahal kan? Jangan risau dengan Traveloka Sale-abration tawaran serendah RM40 untuk penerbangan domestik dan RM100 untuk penerbangan antarabangsa di tawarkan. Memang tidak masuk akan betul tawaran Traveloka Sale-abration ni kan.


 
Kalau tadi sis bagitau pasal special deal bila menempah bilik hotel dengan aplikasi Traveloka, ni sis nak bagitau satu lagi ciri penjimatan yang menarik yang ada di aplikasi Traveloka untuk menempah tiket penerbangan. Kalau tengok gambar di bawah ni, korang akan nampak tarikh-tarikh yang di tanda dengan warna merah kan. Itu menunjukkan hari-hari cuti umum di Malaysia dan bila kata cuti umum sudah semestinya harga tiket akan melambung tinggi. Jadi dengan menggunakan aplikasi Traveloka ni, korang boleh terus pilih tarikh selain dari cuti umum tersebut tanpa perlu merujuk Encik Google. Senang giler kan. Semua depan mata saja. Kalau orang putih kata korang naik lemak di spoon feed kan oleh Traveloka.




Bagi yang tiada aplikasi Traveloka jangan risau sebab di laman web Traveloka ada ciri terbaru untuk membantu korang berjimat iaitu dengan promo quick finder. Promo quick finder membantu korang mencari harga tiket penerbangan yang rendah dengan memaparkan harga-harga tiket dari pelbagai syarikat penerbangan sepanjang bulan tersebut. Tinggal nak pilih mana yang paling murah je. Cool kan?





Jadi tunggu apa lagi, ada beberapa hari lagi untuk korang grab tawaran tidak masuk akal ni untuk pergi bercuti bersama insan-insan tersayang. Takde dah alasan kemurungan kerana tak dapat pergi bercuti sebab tak cukup bajet.

Untuk info lebih lanjut boleh lawati laman sesawang atau media sosial Traveloka seperti link di bawah ni:

















Misi memburu bunga tulip dan sakura dengan Traveloka Sale-abration Reviewed by Ana Suhana on March 21, 2017 Rating: 5

57 comments:

  1. Replies
    1. cantik kan bunga-bunga dekat Chiang Mai ni. Geram je ana tgk. kalau ada rezeki memang plan nk ke sana. InsyaAllah 😘😘

      Delete
  2. Nice info sis... jimat sikit berbanding pergi dua tempat kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi tuan. masih di Kapit ke? Lama blog tu menyepi =)

      betul tu. jimat banyak dah kalau ke sini. 2-2 bunga dapat di nikmati keindahannya.

      Delete
  3. cantikkkk nya pemandangan kat thailand tu.. mmg mcm kat jepun la ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat. padahal dekat thailand je. kalau naik flight 2j45m jer. dekat sgt. boleh lah plan ke sana. tapi musim dia bermula nov-feb je tau. 😘😘

      Delete
  4. Kak anaaa nak ikut melancong hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom elsa. Kita berfrozen dengan sakura tu. 😘😘

      Delete
  5. Subahanallah lawanya... ingt kat jepun td... mood travel ke kak ana?? hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Lawa sgt. MasyaAllah.

      Mood travel kembali lagi ni Unni. InsyaAllah kalau ada rezeki sampai lah ke sana. 😘

      Delete
  6. hehehe akak dah book ticket flight + hotel ke belum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh plan for itinerary ni Syed. Masih mencari info yang tepat sebab pergi secara backpacker kan. Memang niat nak ke sana. Kalau ada rezeki InsyaAllah sampai lah kak ana dkt sana. Doakan 😊😊✌

      Delete
  7. Maka boleh bercuti dengan hati yang girang..yeyyyy.alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Doakan ye ada rezeki kak ana jejakkan kaki di sana 😇

      Delete
  8. Replies
    1. Baru plan Sha. InsyaAllah kalau ada rezeki sampai lah ana di sana 😘

      Delete
    2. semoga dipermudahkan segala perancangan Ana..

      Delete
    3. InsyaAllah sha. Mudah-mudahan 😇

      Delete
  9. Semoga impian dan hasrat sis Kak Ana ke sana tercapai. All the best sisthor 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Kita merancang je. Dia yg tentukan 😍

      Delete
  10. cantiknyaaa bunga sakura tuuu . best lah kak ana kalau dpt pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat sangat sakura tu Zaf. Dlm gambar je pun dah cantik. Belum tgk depan depan. 😍😍

      InsyaAllah kalau di izinkanNya dapatlah kak ana jejak kan kaki ke sana 😘

      Delete
  11. kawan akk baru2 ni pergi ChiangMai pi tengok bunga2an..mmg cantikk lagi pun ke ChiangMai kos pun tak mahal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya kawan akak dah pergi. InsyaAllah kalau ada rezeki ana ke sana, tentu seronok. Doakan ye 😘😘

      Delete
  12. Wahhh cantiknyaaa, tak sangka kat Chiang Mai pun cantikk. Jimat jugak kos tak perlu pergi jauh kalau nak tengok bunga bungaan yang cantikk tuuu --

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husniey. Pergi satu tempat je boleh dapat tgk 2 bunga sekali. Dekat pun dekat. 😘😘

      Delete
  13. kat loqstaq skrg musim bunga sakura 😍 tahun ni plan pi tempat lain 😭 kalau x, mesti dah pilih chiang mai juga. traveloka kan ada, boleh bercuti bajet 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah buat lah entri pasal bunga sakura tu. Mana tau kak ana ke alow loqstaq nanti. Hehe. 😘😘

      Wah nak pergi mana tahun ni?😊

      Delete
    2. xdan nak buat entry bunga sakura tu, x duk kedah skrg. bnyk sngt plan thn ni �� kena pilih slh 1

      Delete
  14. Wah, cantiknya bunga sakura dan bunga tulip... Satu hari nanti saya pasti akan jejakkan kaki ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudajan ada rezeki kita jejakkan kaki ke sana 😘😘

      Delete
  15. Okay jom pergi chiang mai cari tulip and sakura. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom. Tapi tunggu hujung tahun dulu ye 😘

      Delete
  16. Cantiknya Ana.. kalau ada rezeki nak juga sampai ke sana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat kak. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki kita semua ke sana. 😍

      Delete
  17. Mudah dan memudahkan pergi chiang mai dpt tgok 2 jenis bunga..jimat..😊😊

    ReplyDelete
  18. cantik, takla jauh sangat kan. have fun dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat2. Tergoda di buatnya. Tapi ni baru perancangan sis. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana InsyaAllah 😊

      Delete
  19. Cantiknya. CR paling suka bunga tulips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana suka bunga sakura. Tp 2-2 pun lawa sangat2 kan CR 😍😍

      Delete
  20. Cam mek nk pegi penang, boleh dh start usha dari sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang pun ada dalam list ana. boleh cuba grand lexis dekat sana Mek. Boleh mandi pool dalam bilik 😊

      Delete
  21. Dah ada plan nampaknya kak Ana, moga dipermudahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki ke sana. Amin 😘😘

      Delete
  22. aduhhh bunga tulip fav liez tu ana... semoga ada rezeki anak nak g tgk bunga-bunga tu.. simpan duit utk chiangmai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalau ada rezeki ana ke sana. kalau tak tahun ni, tahun depan boleh lagi. hehe

      Delete
  23. bila lah nak sampai chiangmai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah bila sampai rezeki dan masa nya, sampai lah lina di sana.

      Delete
  24. dah lama teringin nak tengok sakura & tulip kat jepun tapi bajet ciput.

    tak tau pula kat chiang mai ada. thanks for the info ana!



    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun bajet ciput jugaaaa. hehe.

      jom ke chiang mai. dekat dan boleh jimat flight ticket dh tu. =)

      Delete
  25. Tak sangka kat Thailand ada bunga- bunga tu semua, bukan main cantik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai belah utara dia ada musim sejuk sebab tu boleh tumbu bunga2 macam ni. cantik kan. tgh gigih kumpul duit nak ke sana ni. kalau tak tahun ni, inysaAllah tahun akan dtg pun boleh lagi.

      Delete
  26. Replies
    1. Cantik kan. Kak ana pun menunggu bila ada rezeki ke sana 😍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.