[ REVIEW ] Misi memburu bunga tulip dan sakura dengan Traveloka Sale-abration

Assalamualaikum dan hi semua.


Sumber : Places and Foods
Cantik giler kan gambar bunga sakura dekat atas ni? Agak-agak korang dekat mana gambar lokasi bunga sakura ni? Kalau korang kata Jepun, jawapan korang salah sama sekali. Sebenarnya lokasi ni hanya di Chiang Mai, Thailand. Ye betul, hanya di negara jiran kita sahaja. Bukan bunga sakura je yang ada, bunga tulip pun ada. Sebab tu sis plan nak bercuti di Chiang Mai tahun ni. Kebiasaannya bunga-bunga ni mula mekar sekitar November - Februari.


Sumber : Places and Foods
Selalunya orang akan ke Jepun untuk menikmati keindahan bunga sakura dan ke Eropah untuk menyaksikan kecantikan festival bunga tulip. Sejak sis dah tahu yang Chiang Mai pun ada dua-dua bunga ni, kenapa sis perlu pergi jauh-jauh kan? Dan kenapa sis perlu berbelanja lebih kalau Traveloka Sale-abration ada tawaran tidak masuk akal untuk merealisasikan impian percutian sis ni.




Seperti yang kita semua tahu, Traveloka merupakan satu platform yang membantu kita menempah hotel dan tiket penerbangan di dalam dan luar negara dengan satu klik sahaja. Hanya dengan menaip nama destinasi yang ingin di tuju beserta tarikh menggunakan aplikasi Traveloka atau laman web, Traveloka membantu korang membuat carian dengan mudah dan cepat dengan memaparkan pelbagai jenis hotel mengikut pilihan kita. Dan yang paling penting tiada caj tersembunyi.  Apa yang korang nampak itulah harga yang korang akan bayar!! Nampak tak betapa jujurnya Traveloka ni. Tak macam sesetengah laman web yang tidak memaparkan harga sebenar dan penuh dengan caj tambahan.  Akhirnya kita rasa tertipu dan mood nak bercuti pun ke laut. 



Memandangkan Traveloka Sale-abration akan berakhir pada 31 Mac 2017 ni, masih ada masa untuk korang plan percutian idaman korang. Jangan risau pasal kos penginapan kerana dengan Traveloka Sale-abration terdapat diskaun sebanyak 79% untuk penginapan di lebih dari 30 destinasi di dalam dan luar negara di tawarkan. Pilih saja mana-mana destinasi percutian korang dan Traveloka akan membantu korang bercuti dengan senang hati tanpa perlu berbelanja lebih.



Dengan Traveloka, korang boleh menempah hotel mengikut bajet sendiri. Macam sis yang jenis bajet ciput ni sudah semestinya hotel bajet menjadi pilihan. Dan salah satu cara penjimatan ialah dengan menempah menggunakan aplikasi Traveloka kerana korang akan mendapat harga special deal berbanding menempah menggunakan laman web. Lagi satu tips penjimatan ialah dengan menempah awal di mana korang boleh dapat diskaun sehingga 40%. Banyak tu kan. Dua penjimatan dalam satu aplikasi. Ni sis bagi contoh harga untuk hotel sis di Chiang Mai nanti.
 
Tekan je tab budget yang di bulatkan tu dan semua hotel bajet akan di paparkan


Bajet-bajet pun 2 bintang juga tau.


RM42 je semalam untuk 2 orang. Mana nak dapat lagi.

Bab hotel selesai, sekarang bab tiket penerbangan pula. Confirm mahal kan? Jangan risau dengan Traveloka Sale-abration tawaran serendah RM40 untuk penerbangan domestik dan RM100 untuk penerbangan antarabangsa di tawarkan. Memang tidak masuk akan betul tawaran Traveloka Sale-abration ni kan.


 
Kalau tadi sis bagitau pasal special deal bila menempah bilik hotel dengan aplikasi Traveloka, ni sis nak bagitau satu lagi ciri penjimatan yang menarik yang ada di aplikasi Traveloka untuk menempah tiket penerbangan. Kalau tengok gambar di bawah ni, korang akan nampak tarikh-tarikh yang di tanda dengan warna merah kan. Itu menunjukkan hari-hari cuti umum di Malaysia dan bila kata cuti umum sudah semestinya harga tiket akan melambung tinggi. Jadi dengan menggunakan aplikasi Traveloka ni, korang boleh terus pilih tarikh selain dari cuti umum tersebut tanpa perlu merujuk Encik Google. Senang giler kan. Semua depan mata saja. Kalau orang putih kata korang naik lemak di spoon feed kan oleh Traveloka.




Bagi yang tiada aplikasi Traveloka jangan risau sebab di laman web Traveloka ada ciri terbaru untuk membantu korang berjimat iaitu dengan promo quick finder. Promo quick finder membantu korang mencari harga tiket penerbangan yang rendah dengan memaparkan harga-harga tiket dari pelbagai syarikat penerbangan sepanjang bulan tersebut. Tinggal nak pilih mana yang paling murah je. Cool kan?





Jadi tunggu apa lagi, ada beberapa hari lagi untuk korang grab tawaran tidak masuk akal ni untuk pergi bercuti bersama insan-insan tersayang. Takde dah alasan kemurungan kerana tak dapat pergi bercuti sebab tak cukup bajet.

Untuk info lebih lanjut boleh lawati laman sesawang atau media sosial Traveloka seperti link di bawah ni:

















Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

57 comments:

Hernee Nazir said...

aduhaiii syok Ana..

- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

Ana Suhana said...

cantik kan bunga-bunga dekat Chiang Mai ni. Geram je ana tgk. kalau ada rezeki memang plan nk ke sana. InsyaAllah 😘😘

Noor Azlan said...

Nice info sis... jimat sikit berbanding pergi dua tempat kan....

Ana Suhana said...

hi tuan. masih di Kapit ke? Lama blog tu menyepi =)

betul tu. jimat banyak dah kalau ke sini. 2-2 bunga dapat di nikmati keindahannya.

Ibu Dilah said...

cantikkkk nya pemandangan kat thailand tu.. mmg mcm kat jepun la ana...

Ana Suhana said...

cantik sangat. padahal dekat thailand je. kalau naik flight 2j45m jer. dekat sgt. boleh lah plan ke sana. tapi musim dia bermula nov-feb je tau. 😘😘

Shaidatul Aireen said...

Kak anaaa nak ikut melancong hakhakhak

Unni Anje said...

Subahanallah lawanya... ingt kat jepun td... mood travel ke kak ana?? hihih

Seorang Syed said...

hehehe akak dah book ticket flight + hotel ke belum ni.

PeRdU cINta said...

Maka boleh bercuti dengan hati yang girang..yeyyyy.alhamdulillah..

Ana Suhana said...

Jom elsa. Kita berfrozen dengan sakura tu. 😘😘

Ana Suhana said...

Kan. Lawa sgt. MasyaAllah.

Mood travel kembali lagi ni Unni. InsyaAllah kalau ada rezeki sampai lah ke sana. 😘

Ana Suhana said...

Tgh plan for itinerary ni Syed. Masih mencari info yang tepat sebab pergi secara backpacker kan. Memang niat nak ke sana. Kalau ada rezeki InsyaAllah sampai lah kak ana dkt sana. Doakan 😊😊✌

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan. Doakan ye ada rezeki kak ana jejakkan kaki di sana 😇

Shahida Dzulkafli said...

All the best Ana..

irazulkeffele said...

Semoga impian dan hasrat sis Kak Ana ke sana tercapai. All the best sisthor 😘

Zafirah Nazri said...

cantiknyaaa bunga sakura tuuu . best lah kak ana kalau dpt pergi

Ana Suhana said...

Baru plan Sha. InsyaAllah kalau ada rezeki sampai lah ana di sana 😘

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan. Kita merancang je. Dia yg tentukan 😍

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

kawan akk baru2 ni pergi ChiangMai pi tengok bunga2an..mmg cantikk lagi pun ke ChiangMai kos pun tak mahal..hehe

Ana Suhana said...

Cantik sangat sangat sakura tu Zaf. Dlm gambar je pun dah cantik. Belum tgk depan depan. 😍😍

InsyaAllah kalau di izinkanNya dapatlah kak ana jejak kan kaki ke sana 😘

Ana Suhana said...

Bestnya kawan akak dah pergi. InsyaAllah kalau ada rezeki ana ke sana, tentu seronok. Doakan ye 😘😘

Husniey Husain said...

Wahhh cantiknyaaa, tak sangka kat Chiang Mai pun cantikk. Jimat jugak kos tak perlu pergi jauh kalau nak tengok bunga bungaan yang cantikk tuuu --

Nour Adieb said...

kat loqstaq skrg musim bunga sakura 😍 tahun ni plan pi tempat lain 😭 kalau x, mesti dah pilih chiang mai juga. traveloka kan ada, boleh bercuti bajet 😉

Shikin Razali said...

Wah, cantiknya bunga sakura dan bunga tulip... Satu hari nanti saya pasti akan jejakkan kaki ke sana..

Aisya Ahamad said...

Okay jom pergi chiang mai cari tulip and sakura. Hehe

Kak Sue said...

Cantiknya Ana.. kalau ada rezeki nak juga sampai ke sana ;)

Ana Suhana said...

Betul tu Husniey. Pergi satu tempat je boleh dapat tgk 2 bunga sekali. Dekat pun dekat. 😘😘

Ana Suhana said...

Wah buat lah entri pasal bunga sakura tu. Mana tau kak ana ke alow loqstaq nanti. Hehe. 😘😘

Wah nak pergi mana tahun ni?😊

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudajan ada rezeki kita jejakkan kaki ke sana 😘😘

Ana Suhana said...

Jom jom. Tapi tunggu hujung tahun dulu ye 😘

Ana Suhana said...

Cantik sangat kak. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki kita semua ke sana. 😍

nur diyana said...

Mudah dan memudahkan pergi chiang mai dpt tgok 2 jenis bunga..jimat..😊😊

Ana Suhana said...

Betul tu. Dekat pun dekat 😍

Raihanah Ahmad said...

cantik, takla jauh sangat kan. have fun dear

C i k R e n e x said...

Cantiknya. CR paling suka bunga tulips.

Ana Suhana said...

Cantik sangat2. Tergoda di buatnya. Tapi ni baru perancangan sis. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana InsyaAllah 😊

Ana Suhana said...

Ana suka bunga sakura. Tp 2-2 pun lawa sangat2 kan CR 😍😍

ayunie ramli said...

Cam mek nk pegi penang, boleh dh start usha dari sekarang :)

Ana Suhana said...

Penang pun ada dalam list ana. boleh cuba grand lexis dekat sana Mek. Boleh mandi pool dalam bilik 😊

Shahida Dzulkafli said...

semoga dipermudahkan segala perancangan Ana..

Ana Suhana said...

InsyaAllah sha. Mudah-mudahan 😇

Noor Maizan said...

Dah ada plan nampaknya kak Ana, moga dipermudahkan....

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki ke sana. Amin 😘😘

FeyLiez said...

aduhhh bunga tulip fav liez tu ana... semoga ada rezeki anak nak g tgk bunga-bunga tu.. simpan duit utk chiangmai ni...

Nour Adieb said...

xdan nak buat entry bunga sakura tu, x duk kedah skrg. bnyk sngt plan thn ni �� kena pilih slh 1

Lina Shaza said...

bila lah nak sampai chiangmai ni

Ana Suhana said...

insyaAllah kalau ada rezeki ana ke sana. kalau tak tahun ni, tahun depan boleh lagi. hehe

Ana Suhana said...

insyaAllah bila sampai rezeki dan masa nya, sampai lah lina di sana.

azif said...

dah lama teringin nak tengok sakura & tulip kat jepun tapi bajet ciput.

tak tau pula kat chiang mai ada. thanks for the info ana!



Syah BaNu said...

Tak sangka kat Thailand ada bunga- bunga tu semua, bukan main cantik lagi..

Ana Suhana said...

kita pun bajet ciput jugaaaa. hehe.

jom ke chiang mai. dekat dan boleh jimat flight ticket dh tu. =)

Ana Suhana said...

Thai belah utara dia ada musim sejuk sebab tu boleh tumbu bunga2 macam ni. cantik kan. tgh gigih kumpul duit nak ke sana ni. kalau tak tahun ni, inysaAllah tahun akan dtg pun boleh lagi.

Iris Myra said...

cantiknyeee...

Ana Suhana said...

kan.... cantik sgt.

Iris Myra said...

sakuraaaa.. bile dpt pergi..

Ana Suhana said...

Cantik kan. Kak ana pun menunggu bila ada rezeki ke sana 😍

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤