Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Assalamualaikum.


Sempena birthday Syafi ke-3 tahun bulan lepas, sis sekeluarga ke Swiss Garden Beach Resort Kuantan untuk bercuti lagi katanya. Idea sebenarnya nak bagi Syafi lepaskan keinginan yang membuak-buak untuk berendam dalam kolam.

Memandangkan masa sis sampai di hotel dalam pukul 2 untuk check in masih belum ada lagi bilik yang kosong, jadi sis ke Warung Aziz Satar yang terletak di Kemaman, Terengganu untuk mengisi perut yang dah berbunyi nyaring. Jarak dari Swiss Garden Beach Resort Kuantan ke Kemaman dalam 30 minit perjalanan. 



Warung Aziz Satar ni terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga orang luar. Selain dari satar, paih dan keropok lekor, di sini juga ada menyediakan makanan berlauk.  Dan sis of course cari kepok lekor dan satar. Sangat sedap ok. Memang kena dengan selera sis. Yang paling sis suka pasal Warung Aziz Satar ni ialah kepok lekor dia semua lembut, fresh dan yang paling penting isi ikan banyak dan takde tulang. Korang wajib cuba kepok lekor rebus dia tau. Sis jadi suka makan kepok lekor rebus ni sejak kahwin dengan orang berdarah Terengganu ni.  Kepok lekor bergoreng dah tak pandang dah. Sampai Syafi pun terjebak sekali. Hehe.


Otak-otak, satar dan pais.

Rupa paih ketam dan sotong. Suami sis suka tapi sis tak berapa nak gemar.

Kepok lekor rebus ni sampai 2 kali tambah gara-gara budak kecik ni.

Dekat Kemaman ni ada satu pantai yang menjadi tarikan iaitu Teluk Mok Nik atau panggilan glamour nya Monica Bay. Kali terakhir sis ke sini pada bulan November lepas sewaktu menginap di Residence Inn. Entri di SINI



Lepas dah isi sis terus ke hotel dalam pukul 3.30 macam tu. Alhamdulillah takde orang pun beratur nak check in dan bilik pun dah ready. Jadi proses di kaunter sangat cepat.

Kaunter check in di hujung tu.

View di kawasan lobi hotel.

View hadapan hotel dari tempat parkir.

Kawasan parkir pun luas.

View pool dari kawasan lobi.

Tempat breakfast dan dinner. Cafe pun ada juga tapi di tingkat atas sama level dengan kaunter check in.

Game room.
Sis booked deluxe king room tanpa breakfast dan harga bilik +-Rm230. Bilik agak luas dan kemas. Basic facilities macam iron dan iron board,  mini bar dan safety box semua ada. Cuma view bilik tak best sebab menghadap kawasan tanah kosong yang berhutan. 


Katil tu muat untuk kami ber-4 tau. hehe

Hamboi.. selesa nampak.

Balkoni untuk lepak-lepak. tapi banyak serangga dekat sini. Sliding door kena sentiasa tutup.

Mini bar dan coffee maker.

Iron, iron board dan safety box.

Bath tub pun ada dalam bilik ni.

bilik air bersih dan besar
Lepas solat terus turun ke bawah untuk aktiviti berendam sampai lah lewat petang. Kolam dekat sini ada dua. Satu untuk kanak-kanak dengan kedalaman 2 kaki manakala kolam dewasa dengan kedalaman 5 kaki (standard international). Sis agak frust tak dapat nak berenang sebab masuk-masuk je kolam dewasa tu terus tenggelam. Huhu. Awak ni baru lah nak berjinak-jinak dengan dunia renang. Kalau 4 kaki tu memang ok sangat lah nak belajar berenang tapi ni 5 kaki dik non. Mau ada yang lemas nanti. Last-last berendam dengan Syafi dekat kolam kanak-kanak je. Huhu. 





Malam tu tak ke mana-mana pun sebab masing-masing dah kepenatan. Konon nak turun bawah main game dekat bilik game bawah tu, sekali semua terdampar atas katil je. Makan pun order guna in room service.  Sis order mee goreng dan nasi goreng kerabu. Mee mamak tu agak mengecewakan sebab pahit (maybe terlebih goreng sampai hangus). Nasi goreng kerabu tu not bad lah. Boleh lah masuk ke tekak ni juga.





Esok pagi-pagi lepas Subuh ingat nak tengok matahari naik dekat tepi laut belakang hotel ni je. Sekali takde rezeki sebab awan tebal sangat. Jadinya lepak-lepak je tepi laut tu amik angin pagi. 


Jalan menuju ke pantai.

Buat pertama kalinya Syafi tak geli pijak pasir. Tu pun sebab pasir ni keras.

Excited kutip cengkerang.

Morning exercise katanya.

Tahniah Syafi. hehe

Sis tak amik breakfast sebab ada banyak gerai-gerai penduduk kampung  di kawasan berdekatan. Jadi takde masalah kalau nak cari sarapan. Harga pun murah sangat-sangat. Tapau bawa balik bilik je. Selesa sikit. 


Roti canai telur. Lembut sangat. Tak lebih RM2 rasanya.
Nasi lemak katanya tapi nasi tu nasi putih je.


Laksam ni pun sedap dan terasa isi ikan dalam kuah tu.

Lepas sarapan dan rehat kejap terus sis check out sebab nak ke Kemaman sekali lagi untuk beli satar dan kepok untuk kekuarga. Kalau beli semalam confirm-cinfirm basi. So beli pagi tu panas-panas terus menuju ke KL. Sementara nak sampai KL tu banyak juga kepok rebus habis kena telan dalam kereta tu. Sedap. Cubalah nanti ye. 


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

57 comments:

Siqah Hussin said...

Lamanya Siqah tak pergi Kuantan! Best tengok Ana berjalan dengan family. Luangkan masa bersama 😘

In room dining hotel ni sedap tak Ana? 😊

anzra rizal said...

seronoknya pergi bercuti.. selamat bercuti ya

Lin Azlina said...

best bercuti...holiday....

Unni Anje said...

besbtnya kak ana... part melompat tu yang jeles sgt2...huhuhuhu

Anum Abdullah said...

cantiknya tempat tu dan lagi satu makanan dia pon enak banget..

PeRdU cINta said...

Boleh cuba ni keropok lekor rebus..PC tak pernah cuba lagi..kalau yang goreng tu biasalah..hihihihi..insyaAllah nak ke Kuantan juga ni nak ziarah anak buah baru..hihihi..

Ana Suhana said...

In room dia biasa je Siqah. Better makan di luar. Mee jadi pahit sebab hangus sikit 😅

Ana Suhana said...

Ni cerita bulan lepas dear. Tp esok br nk bk kg. So kira bercuti juga lah tu ye 😊

Ana Suhana said...

Asal nama holiday mesti best sis. Kalau ada yg sponsor jadi lagi berganda best dia. Hehe 😘

Ana Suhana said...

Unni pergi Bohey Dulang lagi best. Kak ana nak sgt pergi sana tau 😍😍

Ana Suhana said...

Nanti try lah kepok lekor rebus Anum. Sedap sgt. Makan time panas2. Nikmatnya 😋😋😋

Ana Suhana said...

Kuantan - kemaman dalam 40 minit ikut jalan nak ke highway tu. Boleh lah singgah warung aziz satar ni PC. Try kepok rebus dia. Sedapnya 😋😋

Wani Sukarno said...

Bestnyaaaa jalan jalan view pun cantik jugakkk... ....gembira nampak budak tecik tu sorang hiii

Noor Maizan said...

Comel je sis tak sampai kaki kolam tu. Mai pun tak reti berenang,hahaha. Malu ngan anak buah dua2 terer.

Mai suka otak-otak, kat kulim ni tak jumpa pula, dulu masa kat negeri sembilan wajib ada kat mana-mana restoran.

Cantik gambar yang ambik kat pantai tu..

Husniey Husain said...

Wahhh my hometown tuu KEMAMAN - Heehee malam ni baru nak gerak balik Kemaman..

Husniey orang kemaman, suami je orang Kuala Terengganu =D


Cantik juga bilik deluxe di Swiss Garden ni, nampak mewah

Shaidatul Aireen said...

bila dapat pergi sini hahaha. cantik tempat dia :*

luqman zakaria said...

Bestnya! bilik luas dan katil pn besar..cantek plak tuh..tapi yg paling menarik sekali laksam..haha tetiba kan..erliur tgk..

I am LZ said...

LZ x pernah pergi Kuantan.. Negeri Pahang paling jauh sampai Temerloh.. Kesian, next trip mgkn plan pergi Kuantan.

Seronok tgk Ana bercuti 😍😘

Flavnesz said...

Mak baru kirim keropok lekor, dia balik dari kuantan last week. hehe.. sy tak minat yg rebus kak.. Tak tau knape kena goreng jgk bru selera makan.. hehe

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

otak-otak fav akk nii...lama tak ke Swiss Garden Kuantan..uhh rindu nak gi holiday kat tepi laut walau tak mandi laut pun..hehe

C i k R e n e x said...

Otak2 tu sedapnya.. cantik jugak swiss garden ni. Tahun lepas fmly day tmpt kerja CR nak wat kat sini.tp xjadi.ruginyaaa la sbb cantik kt sini.

Seorang Syed said...

Ya Allah kak, saya actually tengah lapar pepagi buta ni kak. tetiba nampak satar dengan otak2 tu kak. lepastu ada paih ikan pula huwaaaaaaaa sedapnya!!

Ana Suhana said...

Budak kecik tu jgn cakap. Asal masuk hotel dah cukup bahagia dah dia tu 😅

Ana Suhana said...

Betul Mai. Kak ana masuk je kolam tu terus tenggelam. Selamat ada tangga boleh turun slow2. Lepas tu cepat2 naik semula. Yg mandi semuanya foreigners. Dorang bapak tinggi. Kak ana ni pohon yg renek ye. Hehe

Kena cuba otak2 Pantai Timur mai. Lain dr yg ada dekat sini. Kepok lekor rebus tu pun wajib cuba 😘😘

Ana Suhana said...

Ana ni baru gerak ke KT. Esok turun kemaman dan ahad ke kuantan. Kalau tak boleh jumpa kan 😘😘

Ana Suhana said...

Soon elsa. InsyaAllah. 😘😘

Ana Suhana said...

Not bad lah bilik dia arep. Selesa yang penting. 😊

Laksam tu memang terbaik. Cukup semha sifat. Susah nak jumpa dekat KL laksam mcm ni.😋😋

Ana Suhana said...

InsyaAllah LZ. Nanti sampai lah juga ke Kuantan ni. Time tu jgn lupa cuba Kulacakes, Restoran sara thai dan ikan bakar tau 😘😘

Ana Suhana said...

Kak ana mula2 dgr pasal kepok rebus ni tak boleh nak hadam. Tapi bila dah rasa, sebungkus tak cukup utk kak ana seorang 😅😊

Ana Suhana said...

Otak2 sini mmg terbaik kak. Nyum nyum. 😋

Samalah. Bukan nak mandi laut pun. Dapat duduk santai tu pun dah cukup happy dah kak 😘😘

Ana Suhana said...

Cantik pemandangan dekat pool dia CR. Next time try lah buat family day dekat sini pula. 😘😘

Ana Suhana said...

Mmg silap besar lah kalau tgh malam tgk gambar makanan ni. Hehe. Kena masuk dapur tgk apae yg ada lah nampaknya ye 😊😊

Abam Kie said...

3 thn lps abam kie pi Teluk Cempedak. Mungkin akhir thn ni nak gi ke swiss garden la pulak. teruja bila tgok foto2 kat situ.

Blog puan ana sudah diletakkan di dlm blog list AK. Jika sudi, masukkan blog AK ke blog list puan ana, ye? TQ
www.zukidin.com

Raihanah Ahmad said...

sedapnya, swiss garden saya pernah gi yang kat lumut

Juls Julie80 said...

salam ziarah

dah lama tak makan satar nihhhh... terliur plakkkkkkkkk... adoiii kene cari ni..heheh

Ana Suhana said...

Boleh lah ke sini pula tahun ni. Ada pool dan pantai. Budak2 mesti suka.

Sy dh masukkan blog abam kie dalam bloglist fav sy sebelum ni. Cuma semalam senarai bloglist semua hlg. Tu yg kena buat semula. Terima kasih sudi berkunjung ke sini. 😀

Ana Suhana said...

Lumut sy tak pernah pergi lagi. Bila tgk blogger kak sue ke Lumut jadi macam teringin pula nak ke sana. 😊

Ana Suhana said...

Terima kasih sudi singgah ke sini. 😘

Alamak kena cari juga lah macam ni. Kalau tak nanti terbayang2 susah pula sis 😍

Mieza S said...

bestnya jalan2. cantik pantai

Shahida Dzulkafli said...

Part kutip cengkerang tu bolehlah geng dengan Imani.. isnggah pantai je, itulah kerjaan dia.. hehehe.. Sha tak perasan lah pula warung nie.. nanti kalau repeat ke Terengganu boleh masuk dalam list wajib singgah.. Hehehehe

Kak Sue said...

Kak Sue pernah plan nak kesini tapi masa tu musim hujan kan..tukar plan, lain kali ingat nak kesini juga lah..

Raihana Torman said...

bestnya hotel dekat dengan pantai. bersih pulak pantai tu tgknya.

Ana Suhana said...

Best juga kecik. Asal berjalan mesti best. Tp part kos tu tak brp nak best. Sekali sekala boleh lah 😘

Ana Suhana said...

Budak2 memang suka kutip cengkerang kan Sha. Unik agaknya pada pandangan mata dorang. 😍

Nanti singgah lah ye kalau ke sini lagi 😘😘

Ana Suhana said...

Next time plan semula ke sini kak. Bagi anak2 berendam dalam pool dan main pasir tepi pantai 😘😘

Ana Suhana said...

Bersih sebab pihak hotel jaga rasanya. Kalau dekat public area confirm2 banyak sampah tu. 😊

FeyLiez said...

aduhhh bila la nak sampai kuantan... Liez tak pernah jejak lagi...best dapat makan otak-otak ngan ketam tu... terliur dah ....

irazulkeffele said...

Lama dah tak makan satar dengan laksam hahaha nama je duk ganu.

Pandai je Syafi ikut terbang sis nak terbang kemana tu ? 😍

Ana Fatihah said...

Seronoklaa si Syafi tu mandi kolam. Eh, akak pun tak kurang jugak seronok nampak tuu. Hihi

Ana Suhana said...

Nanti kalau ada rezeki ke Kuantan boleh lah singgah sini ye. Rasa otak2 dan sata ori Terengganu 😘

Ana Suhana said...

Org ganu muak dah makan semua tu. Org luar je yg lebih2 makan. Hehe. Tp kak ana mmg peminat tegar laksam dan sata. Tp nak yg ori ganu punya lah. 😅

Terbang ke dalam hati Ira lah. Mana lagi. Cia cia cia 😁

Ana Suhana said...

Terpaksa layan juga. Buka berani dia nak mandi sorang2 tu Ana. 😅

Nour Adieb said...

sy lom sampai kuantan lagi

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti sampai juga rezeki awak ke sini. 😘😘

Nour Adieb said...

ameeen 😄

Uyul Rosli said...

seronok betul la baca entri kak ana pasal travel nih. hehehe

Ana Suhana said...

Moga bermanfaat buat semua harapnya.

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤