Discover Kedah : Star City Hotel Alor Setar

Assalamualaikum.

Hari ni sis nak review satu hotel yang sis stay masa ke Kedah tahun lepas iaitu Star City Hotel. Mana tau ada yang sedang mencari hotel di Alor Setar kan. 


Star City Hotel ni terletak di Jalan Pintu Sepuluh dan berhampiran dengan pusat bandar Alor Setar. Kalau nak berjalan kaki dalam kawasan bandar pun boleh. Tapi sis sayang nak bakar lemak-lemak tepu ni so sis ronda naik kereta je. Tak sampai 5 minit dah boleh sampai Menara Alor Setar, Aman Central dan Masjid Zahir. Dari bilik hotel pun dah boleh nampak menara Alor Setar. 



Sis booked 3 bilik deluxe room. Harga semalam +-Rm160 termasuk breakfast untuk 2 orang dan surat khabar. Bilik agak luas, selesa dan bersih. Bilik air pun sama. Fasiliti asas seperti peti sejuk mini, kettle, iron dan iron board, hair dryer dan wifi ada di sediakan. 






Menu breakfast pula pada pendapat sis agak bagus. Walaupun menu tak banyak tapi untuk sarapan pagi dah lebih dari cukup. Ada nasi, mee,  roti canai, pelbagai jenis roti, kuih muih dan juga lain-lain. So far sis sekeluarga semua puas hati. Masa breakfast tu baru nampak ada ramai yang berkursus di sini. 




Masa sis booking hotel ni sis ada baca review dekat agoda. Kebanyakkan complain pasal attitude staff dekat sini yang katanya kurang mesra. Tapi sepanjang 2 hari sis keluar masuk dekat sini, semua staff sangat mesra. Setiap kali lalu dekat reception area  staff akan greet sis semua. Lagi satu waktu sarapan, ayah sis amik roti canai dengan kuah dal. Tapi sambal takde. So ayah sis try request sambal  mana tau ada kan. Cepat-cepat staff dekat sana cari kan sambal. Alhamdulillah ada juga. So sis conclude yang mungkin management dah take action against semua bad complain tentang staff mereka. As a compliment, sis bagi good review tentang hotel ni di TripAdvisor dan review sis mendapat response dari pihak hotel. 




So pada yang nak cari hotel di Alor Setar boleh lah cuba Star City Hotel ni. InsyaAllah puas hati. 





Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

39 comments:

Amer Ridzuan said...

Saya pernah duduk sini seminggu sebab ada event dekat ballroom.. makan memang sedap ah hahaha

Ana Suhana said...

Kan. Berbaloi lah kiranya stay dekat sana. Lokasi yang strategik dan kemudahan yang baik 👍

NHY ZIERA said...

Wah sis punya details exactly mcm baru je stay hotel tu. Rupanya tahun lepas pergi. Saya kalau baru balik seminggu pun boleh lupa serba sedikit pasal hotel tau. Good writing sis! :)

Fhatin Amelia said...

wah menarik sis hehe nnti boleh la try sana :D

Ana Fatihah said...

Kalau service baik, kita pun seronok je nak lalu depan receiptionist tu. Kalau tak, hmmm. Adalaa jugak rasa geram2 tu sikit. Hihi

Noor Azlan said...

Kawasan yang strategik ni memang best kalau menginap kat situ.... tak perlu berhabis duit tambang kalau nak pusing-pusing kan... btw memang view yang cantik...

Tiara Sapphire said...

star city ni yg belakang aman central tu ke?

Ana Suhana said...

Sebab nak update blog punya pasal sis kena ingat. Hehe. Kalau tak, susah nak buat point. Hehe 😍

Ana Suhana said...

Try lah. Harga pun reasonable. InsyaAllah puas hati 😘

Ana Suhana said...

Betul tu Ana. So far Alhamdulillah tak pernah lagi kak ana jumpa staff hotel yg tak friendly. 😍

Ana Suhana said...

Betul tu tuan. Harga pula reasonable. Memang berbaloi. 👍

Ana Suhana said...

Betul tu tp bukan belakang betul lah. Area2 belakang tu juga. 😀

Seorang Syed said...

Syoknyaaaa saya dah lama tak duduk hotel. asyik baca review pasal hotel je geram pulak nak pergi haha.

Warisan Petani said...

Jarang2 duduk hotel.

Noor Maizan said...

Seronok juga sekali sekala jalan2 dengan family, tapi kena tunggu cuti sekolah nantilah. Cantik view hotel tu.

Saya support kak Ana bagi review positif, mai pun kalau berpuas hati akan sumbangkan review positif, sejenis random kindness juga tu,hihi.

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra nama ja org kedah. tp belum pernah masuk ke situ. yela kan nak kemana ja tidur situ.. hehe.. rumah pun dkt2 situ jgk.. btw cntik hotel ni..

Ana Suhana said...

Takpe nanti dah kerja tiap2 bulan boleh check in hotel. Skrg byk dah hotel / boutique house yang cantik dan murah. Pilih jer mana yg sesuai dengan ketebalan dompet kita 😊😊

Ana Suhana said...

Ana kalau setakat bertiga prefer hotel sebab lagi murah dr homestay. Selalunya hotel yang affordable jer wak. 😀

Ana Suhana said...

Kak ana pula akan cuba elak time cuti sek sebab nak elak kesesakan lalu lintas dan bilik hotel penuh selalunya. Tp nanti bila syafi dah sek takde pilihan juga kan. Hehe.

Betul tu Mai. Bila kita bg positive feedback at least it's like a token of appreaciation supaya mereka terus bagi service yg terbaik untuk semua 😘

Ana Suhana said...

Betul lah tu. Macam kak ana lah jugak lah. Mana pernah check in hotel2 di KL ni sebab rumah dekat sini kan. Tidur dekat rumah sendiri lagi lah beribu kali selesa dan best. Lain lah dpt stay free kan. Hehe 😘😘

Flavnesz said...

Akak boleh ingat details holiday last year? Hebat la kak.. hehe

Ana Suhana said...

Ingat-ingat lupa sebenarnya. Bila dah ingat update semula info. Selalunya kak ana ada rekod semua tu 😘

Shesyira As said...

harga not bad jugak cantik hotelnya. apa lagi ea tempat best kat sekitar kalau bercuti di sana

Ana Suhana said...

Macam sis mention ada masjid zahir, menara alor setar, rumah Mahathir, tempat makan banyak juga. Kalau nk ke padang besar dalam sejam je. 😊

Zafirah Nazri said...

uishhhh , macam best je tengok hotel nih . hehe

Ana Suhana said...

Boleh tahan lah Zaf. Yg penting selesa, bersih dan harga berpatutan 😘

Shahida Dzulkafli said...

Kawasan yang strategik.. pekerja yang ramah.. memang bestlah stay..

Kak Sue said...

Nanti pergi Kedah boleh tido kat hotel nie..

Ana Suhana said...

Betul tu. Kita rasa di hargai dan happy untuk stay dekat sana lagi. 😘

Ana Suhana said...

Boleh lah cuba kak. InsyaAllah puas hati 👍😘

ayunie ramli said...

Bestnya !

Ana Suhana said...

Best juga. Boleh cuba kalau ke sini ye Mek 😘😘

Nour Adieb said...

yg sy tau hotel kat sblh city plaza tu je. tu tmpt menginap masa first time dtg kedah 😁 dan hotel bajet yg murah2 bnyk d sblh shahab. tapi, mmg strategik la Star City Hotel tu. dkt lg dgn bandar loqstaq, ukir mall. jln kaki je 😉

Ana Suhana said...

Betul. Banyak hotel murah2 dekat sini. Pilih jer mana nak. 😊

Ukir mall tu takde apa pun kan. Kak ana nak post dekat sini pun tak tahu nak cerita apa sebab memang takde apa pun. 😅

Nour Adieb said...

sy pegi sblm peniaga kat pekan rabu pndh kat ukir mall. ohhh, ingat dah meriah dah. pekan rabu dah ada org niaga balik dah?

Ana Suhana said...

Ada tp tak meriah langsung. Suram jer dalam tu. Part ok sikit dekat bahagian luar yang jual kerepek2 tu. 😊

Jun Zie said...

alhamdulillah, tgk suasana hotel pun slesa bila lagi staff layan kita dgn baik =)

Ana Suhana said...

betul tu. kita jadi seronok dan rasa di hargai. :)

Nour Adieb said...

ohhh, alalalala. dah lama sy x pi sana. aritu time convo pun x smpt nak bawa family round loqstaq 😂

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤