Jalan-jalan di Terengganu : Berkelah di Pantai Pandak - Chendering, Kuala Terengganu - Ana Suhana

Mar 26, 2017

Jalan-jalan di Terengganu : Berkelah di Pantai Pandak - Chendering, Kuala Terengganu

Assalamualaikum.



Jumaat baru-baru ni sis berkesempatan balik ke Ganu sekejap untuk attend wedding saudara belah suami. Ni first time sis attend wedding pada hari Jumaat. Kalau dekat KL tak pernah jumpa lagi. Memandang sis sampai sana dalam pukul 10 pagi so sis attend wedding tu terus sebab En suami nak kena pergi solat Jumaat lepas tu. 

Belah petang tak tahu nak buat apa jadi sis dan keluarga mertua ke Pantai Pandak - Chendering untuk amik angin petang.  Plan nak ke Pantai Batu Buruk tapi memandangkan time ni cuti sekolah dan tambahan pula ada festival pantai, terus cancel plan tersebut. Tak sanggup nak berjemaah dalam kesesakan tu. 



Sebelum sampai ke pantai singgah kejap dekat kedai kepok lekor tepi jalan untuk kudap-kudapan. Sampai di pantai Chendering tengok ada construction in progress dan jalan ke pantai di tutup. Frust pulak sis sebab pantai di sana cantik. Ada batu-batu besar untuk port bergambar. Terus ke Pantai Pandak yang terletak bersebelahan dengan Pantai Chendering. 



Ramai juga orang di sini. Semua nak lari dari Pantai Batu Buruk rasanya. Macam sis juga lah. Hehe. Tapi kawasan pantai ni biasa-biasa je. Yang jual jajan dan air ada seorang je. Depan sikit dekat jalan masuk ke pantai ada satu kabin cafe kalau nak selesa sikit. 









Di sini kalau sekadar nak amik angin petang ok lah. Anak-anak boleh lah mandi laut juga. Cuma tak sedap mata memandang bila banyak sampah bertaburan di atas pasir. Tong sampah pula satu pun tak berapa nak ada. Jadinya pengunjung kena lah pandai-pandai bawa sampah tu balik. Jangan buat-buat lupa pula ye. Pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan oleh sis ana hanya di BCSB.blogspot.my 😊

Pssst: Kalau korang jalan-jalan dekat KT especially di Pantai Batu Buruk atau Masjid Terapung kalau nak beli kepok cari kedai kepok lekor 007. Di jalan besar berhadapan dengan Masjid Terapung. Kedai ni antara yang sedap di area ni. InsyaAllah.

38 comments:

  1. Replies
    1. Lama sungguh tak berkelah. Last time sek dulu rasanya. Huhu 😊

      Delete
  2. Selamat balik Ganu.
    Boleh pekena masi ayang hainan di Batu Buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh masuk batu buruk tu wak time tengahari ke atas. Ada festival pantai dan makanan. InsyaAllah next time 👍

      Delete
  3. Betul tu ana.. kadang tempat cantik2 tp bila pengunjung dan penduduk di situ tak menjaga kebersihan, boleh jadi buruk tmpt tu.. sayang kannn..

    ************************
    Jemput join Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway dari blog www.ceriteraibu.com ya.. hadiah menarik menanti peserta yg bertuah..

    http://www.ceriteraibu.com/2017/03/fattah-anas-2nd-birthday-giveaway.html?m=1
    *************************

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti org malaysia sis. Tong sampah depan mata pun boleh buat2 tak nampak 😅

      Delete
  4. Sedapnyaa kepok lekor Ganu. Banyak ikan. Pantai kat sana pun cantik2, air biru dan pasir putih.

    Tapi, tulah part sampah susah betul. Semua kena ada kesedaran untuk jaga kebersihan alam kita nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepok lekor rebus. Nyum nyum. Banyak ikan dan lembut. 😘😘

      Dah besar panjang tak sedar2 juga tu yg kak ana pelik. Dekat rumah sendiri tahu pula buang sampah dlm tong sampah tu. Huhu 😅😅

      Delete
  5. bila tak bersih tu yang tak seonok..tapi habit bawak sampah balik rumah belum ramai rakyat Malaysia mampu buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul. Habit dorang makan lepas tu platik campak tepi. Slumber je pulak tu. Buat muka tebal. Hish geram pulak kita 💆💆

      Delete
  6. wah bestnya,seronok bercuti-cuti ni kan,,i follow u ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal bercuti seronok saja irda. Balik rumah start kumpul duit semula. Hehe 😅

      Delete
  7. Bestnya Ana.. Kak Sue pernah pergi sana lama dah dan tak sempat pun pergi jalan-jalan kat pantai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalau ke sini boleh lah singgah pantai2 dekat sini kak. Makan ikan celup tebung, kepok lekor, satar. Lepas tu jalan2 pergi kampung cina, waterfront,masjid kristal semua. 😘😘😘

      Delete
  8. bestnya ana, dah lama gak ni tak berkelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Last berkelah di pantai rasanya time sek dulu. Lama sungguh 😅

      Delete
  9. Replies
    1. Boleh tahan lah anum. Ombak kuat dekat sini. 😊

      Delete
  10. kengkadang, ada tong sampah pun tetap buang sampah merata. dah menyakitkan mata yg nengoknyerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard lah org malaysia. Yg sedihnya org educated pun boleh buat cmtu. Huhu 😁

      Delete
  11. busyra tak pernah ke sini lg.. cntik sngt view nyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada kelapangan singgah lah ke Pantai Timur. Buat road tour. 😍😍

      Delete
  12. Aaah Ana sini majlis kahwin kenduri ke kebanyakan hari Jumaat atau Sabtu. Weekend.

    Pantai Pandak memang under construction belah batu batu tuu T_T
    Tak leh nak bergambor situu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal. Beria nk picnic dekat sana sebab hari tu pergi open lagi tempat tu. 😊

      Delete
  13. bestnyer dapat berkelah kat tepi pantai ni..lama akk tak berpicnic camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak. Ana last dulu masa sek rasanya. Huhu 😘

      Delete
  14. Kenapa Syafi takut pasir? Hehehe comel je perangai. Geli eh dik ? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. geli sangat sangat. tak boleh kena pasir sikit pun 😅

      Delete
  15. Aa dgr jugak keropok 007 tu sedap tp tk penah singgah beli lg.

    Pantai ni mek tk penah singgah lg. Yg mek singgah tu dekat ape entah lupa namenya - tp ade batu besar besar. Tempat Mael Lambong shooting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time boleh lah cuba kepok 007 ni mek. sedap juga.

      pantai ni tersorok sikit. tak ramai yang tau especially orang luar 😊

      Delete
  16. suka sangat pantai chendering...selalu pergi kalau hantar adik ke uitm..Ari selalu singgah beli lemang on the way ke chendering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik juga pantai Chendering ni ari. Tp tak ramai yang tahu 😘😘

      Delete
  17. Adoi.. Masalah sampah ini memang merunsingkan.. Mana-mana pun ada sampah.. Tempat yang cantik, jadi tak cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah masalahnya. Mentaliti rakyat Malaysia. Tak tahu lah bila nk free from sampah sarap bersepah2 ni 😊

      Delete
  18. Subhanallah.. rasa tenang aman damai tgk pmandgn laut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 laut atau pantai sentiasa menenangkan. MasyaAllah 😘

      Delete
  19. Replies
    1. Jom g ganu Kite. Makang kepok lekor dan nasi dagang. Nyum nyum.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤