JJCM Makanan Korea di Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak terjebak dengan makanan Korea ni kan, kalau keluar makan mesti ke Restoran Korea. Kuat betul penangan Kimchi ni dalam hidup sis. Hehe. 


Seoul Garden Hot Pot

Kalau sebelum ni sis akan ke Dubuyo , untuk kali ni sis ke Seoul Garden. Kalau sebut Seoul Garden selalu orang akan makan steamboat buffet dia. Tapi bagi yang tak nak makan steamboat macam sis, Seoul Garden ada menyediakan menu ala carte di Seoul Garden Hot Pot. 


Seoul Garden Hot Pot

Bagi yang belum biasa makan makanan Korea, seriously korang patut cuba makan dekat Seoul Garden Hot Pot ni. Sebab selain kimchi dan Hot Pot (sup yang di reneh), dekat sini korang boleh cuba menu dari hot plate dia. Rasa dia exactly macam kuah yee mee sizling tu. Cuma kuah dekat sini tak pekat dan hanya cukup untuk salut bahan-bahan tersebut. Ada 3 menu hot plate iaitu daging, ayam atau sotong.  Sis pilih sotong dan daging.


Seoul Garden Hot Pot - Marinated Sliced Beef Hot Plate

Seoul Garden Hot Pot - Fried Squid Hot Plate

Kalau kita tengok, makanan ni pun di serve atas hot plate sama macam yee mee sizzling tu. Makan time panas-panas memang sedap. Isi daging dan sotong sangat lembut. Nasi pula ada 2 pilihan dan sis pilih nasi putih biasa. Sama macam nasi kita jer rasa dia so don't worry. 


Seoul Garden Hot Pot - Kimchi

Selain dari hot plate tu,  sis order juga ayam goreng pedas. Tapi tak pedas mana pun. Rasa dia pedas manis. Sedap juga. Rangup bila makan. 

Seoul Garden Hot Pot - Deep-fried Wing Sticks with Spicy Coating
Untuk menu berkuah sis pilih Dubu Jjigae HotPot. Dalamnya ada tahu, telur, cendawan dan kepah. Nampak pedas tapi pedas biasa-biasa jer. Rasa macam iras-iras asam pedas gitchuww. 


Seoul Garden Hot Pot - Marinated Beef Hot Pot
Not to forget, Kimchi untuk awak. Sedap dan segar. Makan pula dengan nasi panas-panas dan daging hot plate atas tu, memang tak pandang kiri kanan dah. Hehe. Dekat sini kimchi tak boleh refill tau. Kalau nak kena order extra. 


Seoul Garden Hot Pot - Kimchi
Air pula sis order ice lemon tea dan peach & mango tea. Perfect sebagai menu penamat. Air peach & mango tea tu sangat manis tapi sedap. So sila sediakan air kosong dekat sebelah untuk di top up dalam peach & mango tea tu.  

Seoul Garden Hot Pot - Iced Lemon Tea dan Peach and MangoTea
Penamat yang sempurna. Jom kawan-kawan kita makan di Seoul Garden Hot Pot. InsyaAllah puas hati.


Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall
Ni sis attach menu dan harga semua menu yang ada. Sis amik dari website Seoul Garden untuk rujukan bersama. Oh ya,  tak semua outlet yang ada Seoul Garden ada Seoul Garden Hot Pot ni tau. Kena tengok di website untuk lokasi lebih tepat. 


Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall

Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

56 comments:

Shesyira As said...

sedapnya. airah pun ada makan hot pot seoul garden ni tapi try benda lain

Warisan Petani said...

Nampak sedap2 semuanya.
Kira okaylah Seoul Garden, jangan Pyong Yang Garden.

PeRdU cINta said...

Syok pulak tengok daging dengan sotong tu la Sis..hihi..

Anum Abdullah said...

terliur pulak tengok makanan korea ni..

Ana Fatihah said...

Menggiurkannya kak Ana!! Hihi
Tak pernah makan pulak Seoul Garden hot Pot ni. Pernah makan yg steamboat dia je.

Ana Suhana said...

Ada banyak juga menu dia. Next time sis nak try menu lain pula 😘

Tiara Sapphire said...

dah lama xmakan kat Seoul Garden, dulu zaman blajar rajin juga makan situ.
hmmm nak sikit..hihi:P

Ana Suhana said...

Kalau Pyong Yang Garden ana pun tak nk masuk wak. Hehe

Ana Suhana said...

Boleh lah cuba PC. InsyaAllah sedap. 😘

Sheila Adziz said...

sedapnya sis... tengok dh terliur ni... yumyum

Ana Suhana said...

Boleh lah cuba Anum. Mana tau kena dengan tekak awak kan 😘

Ana Suhana said...

Boleh lah cuba Ana. Tapi dekat certain mall je. Dekay setapak central ada yg steambot saja. Ni kak ana makan dekat Sunway Putra Mall 😊

Ana Suhana said...

Sis last makan yg steamboat tu tahun 2012 rasanya. First and last lah tu. Yg ni baru makan semula dekat sini 😘

Ana Suhana said...

Ya ampun sis. Kena cari nampaknya lepas ni. 😊

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

huihhh...dalam dok lapar ni terliur pulak tgk makanan Korea ni..

Ana Suhana said...

Tak kan tak kenyang makan itik masak lemak cili padi td kak. Ana yg dgr pun terliur tau. Hehe

Husniey Husain said...

Alahai sedapnya nampak ~ :D
teringin nak cuba makan di Seoul Garden, tapi tak pernah pergi lagi. hiihii konsepnya macam bersteamboat jugak kan?

Dedaun Comel said...

Kenapa dengan Pyong Yang? Tak sedap ke?

Dedaun Comel said...

Kenapa Seoul Garden kat tempat saya takde menu ni? :(

Shaidatul Aireen said...

elsa tak pernah makan sini lagi. kena ada banyak duit nieyh nak makan sini hakhak

kak ana elsa nak tanya tadi akak ada pergi aeon rawang ke? sebab rasanya elsa ada selisih dengan akak oh dekat parking. betulkan elsa kalau elsa salah tau! nak tahu sangat sangat nieyh hakhakhak

Ridz said...

Yg ni belum try. Slalu makan steamboat dia je. Sedappnya. Hihi

Seorang Syed said...

Nampak memang sedap tapi tu lah. Rasa macam lebih suka yang steamboat dia! hehehe dah lama tak makan dekat seoul garden.

Ana Suhana said...

Agak mahal harga makanan dekat sini. Sekali sekala boleh lah elsa. Hehe.

Kak ana tak pernah sampai lagi Aeon Rawang tu. Kak ana selalu ke aeon au2 keramat jer. Pelandok dua serupa kot tu. Knp tak amik gambar dia? Hehe

Ana Suhana said...

Tak semua outlet Seoul Garden ada hot pot ni. Kena tgk dekat website outlet mana yg ada. 😀

Ana Suhana said...

Seoul garden memang terkenal dgn steamboat dia. Sama je konsep dia husniey cuma dekat sini ala2 korea dan boleh steamboat dan grill sekali. 😘

Ana Suhana said...

Selalu org akan makan steamboat dia. Cubalah hot pot ni pula. Sedap juga. 😊

Ana Suhana said...

Bukan nampak sedap tapi memang sedap Syed oi. Hehe. Cubalah sekali makan dekat hot pot ni. Lain dr steamboat tu. Mana tau suka pulak kan. 😊

Ana Suhana said...

Ade ke Pyong Yang Garden dedaun comel? Wak tu bergurau je. 😊

Shaidatul Aireen said...

Haha yelah tu kot. Sebab tengok anak akak yang boy tu. Lepastu tengok eh macam dekat aeon tadi je. Hahaha

Ana Suhana said...

Selamat elsa tak tegur kan. Hehe. Akak selalu keluar weekend je. InsyaAllah satu hari nanti mana tau ada jodoh kita berselisih kan. Kita tgk siapa tegur siapa dulu. Hehe. 😘

CikLa Shahril said...

Cikla belum pernah mkn mkn korea. Boleh try nnti..

Btw, awk ditag http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blog-award.html

nadhie wueen said...

Sis pergi Seoul garden area mana? Pernah makan try kimchi, hot plate ayam, bibimbap dan banyak lagi menu kat situ. tapi rasa kureng sedap dari dubuyo dan restoren korea lain. huhue

Ana Suhana said...

Sis makan di Sunway Putra Mall. Bagi sis 2-2 sedap. Mungkin selera kita lain2 sebab sis suka hot pot dan hot plate daging tu juga. Hehe. Cuma air di buduyo sis tak suka sebab tak kena dengan selera. Hehe

Ana Suhana said...

Boleh lah cuba CikLa. Mana tau kena denga selera CikLa kan.

Terima kasih tag ana. InsyaAllah nanti ada jawab ye. 😘

Mrs Velentine said...

alahai sedapnya.....

hi datang singgah dan follow dari segmen yang sama...salam kenal
http://msvelentine.blogspot.my/2017/03/segmen-awak-follow-saya-saya-follow.html

Nour Adieb said...

kalau makanan korea, pernah try kimbap ja. tu pun buat sendiri. kimbap versi malaysia

Ana Suhana said...

Hi Mrs Velentine. Terima kasih sudi singgah. =)

Ana Suhana said...

Kimbab kak ana pernah makam sekali je di Dubuyo. Tapi kak ana tak berapa nak suka 😊

Shahida Dzulkafli said...

Sedapnya.. nie yang lagi nak ajak encik suami gi dating nie.. hehehe

Ana Suhana said...

Boleh lah Sha dating ke sini. Sambil jalan2 cuci mata 😘

LdyNisa said...

macam kena try ni. saya pernah makan seoul garden yg steambot tu je yg hot pot ni belum pernah lagi.

Ana Suhana said...

Memang ramai ke seoul garden untuk makan steamboat dia. Dan hot pot ni pun bukan dekat semua outlet. Cubalah sis. Mana tau kena dengan selera kan. 😘

Fhatin Amelia said...

ala sedapnya sis hahaha ni jealous ni

Ana Suhana said...

Dekat tempat Mellya ada tak hot pot ni? Kalau ada kena cuba lah nampaknya. Mana tau kena dgr selera Mellya kan 😍

Jun Zie said...

nampak smua pun myelerakan ! Ju blm perna cuba lagi mknn korea ni tp kalo ada peluang confirm xnak lepaskan =D

Hernee Nazir said...

ehhh kesiannya kita.. xtau pun seoul garden ada hot pot..selalu bedal steamboat jek hehe.. ke outlet terpilih je ek?

- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

Ana Suhana said...

Cubalah sekali Ju. Mana tau kena dengan selera kan. 😘

Ana Suhana said...

Ada sis. Tapi bukan dekat semua tempat. Kena tgk dekat website Seoul Garden untuk tgk lokasi hot pot ni. 😀

Nour Adieb said...

kalau buat sendiri, sodappp 😍 pastu cepat kenyang

Hernee Nazir said...

ooo kisahnya..ok tq Ana..

- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

Uyul Rosli said...

sedapnya kak ana.

Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Ana Suhana said...

Sedap uyul. Bolehlah cuba nanti. Mana tau kena dgn tekak uyul kan 😘😘

Lina Shaza said...

seksanyaaaa tengok makanan ni....huwaaaaa

Ana Suhana said...

haha. boleh lah ke seoul garden nanti lina.

Syah BaNu said...

walaupun selalu tengok drama Korea tapi tak pernah sekali pun try makanan korea ni haha, tapi tgk gmbar2 kat dalam entry ni, mmg nmpk sedap je..

Ana Suhana said...

try lah sekali dear. amik yang mcm ni makan ni sebab rasa dia sama mcm yee mee sizzling tu. 😘

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤