March 2017 - Ana Suhana

Mar 31, 2017

Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway

3:38 PM 29
Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join

Jom ramai-ramai join GA dari Dilah sempena Ulang tahun kelahiran Fattah Anas yang ke-2 tahun. Mudah jer syarat-syaratnye.

1. Wajib follow blog www.ceritaibu.com

2. Wajib like FB Nor Afdilah Lias dan Little Bambam

3. Wajib follow Instagram Afdilah17 dan Little Bambam17

4. Buat 1 entri tentang GA ini, letakkan banner dan backlink ke entri di blog Dilah. 

5. Tinggalkan link korang di ruangan komen di entri tersebut.

3 hadiah menarik menanti para pemenang dan pemilihan  di buat secara random.

1 x  Pocoyo and Friends
1 x Robocar Poli
1 x 3D Animal Card 

Salam Jumaat dan Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi s.a.w

9:54 AM 26
Salam Jumaat dan Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi s.a.w
Assalamualaikum.




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,  maksudnya:

"Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam di ciptakan dan pada hari itu juga dia di keluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaanya."


(Hadis Riwayat Muslim) 




Rasulullah s.a.w bersabda, 

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)." 

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Mar 30, 2017

Hidup Seorang Insan Seharusnya...

9:47 AM 29
Hidup Seorang Insan Seharusnya...
Assalamualaikum.




Semakin banyak tempat di jejaki,
Semakin tunduk,
Bukan semakin meninggi diri. 

Semakin banyak pengalaman di lalui, 
Semakin rendah rasa diri,
Bukan semakin membangga diri. 

Semakin banyak di pelajari, 
Semakin bodoh di rasakan,
Bukan semakin riak menjadi pandai. 


Mar 29, 2017

Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah

9:31 AM 63
Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
Assalamualaikum.



Lepas puas bergambar di buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, sis terus ke Masjid Terapung atau lebih di kenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. Bajet nak solat dhuha lah sebentar dekat sana sekali tak boleh nak masuk sebab tengah ada kursus haji. Orang punya ramai sampai berdiri di luar pintu. Padat sepadatnya.





Alang-alang dah sampai, sis jalan-jalan dekat luar tu kejap. Kebetulan ada bakul jual makanan ikan, so sis beli lah 2 paket untuk Syafi bagi ikan makan. Sambil-sambil tu tumpang telinga dengar kursus tu sekali. Layan juga dengar ceramah tu sebab speaker guna bahasa Ganu. Molek je dengar. hehe.

Untuk pengetahuan semua, Masjid Tengku Tengah Zaharah ini dinamakan bersempena dengan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Terapung kerana ianya dibina di atas air di muara Sungai Ibai. Sekaligus menjadikan ia masjid terapung terulung di Malaysia.



Masjid ini di bina berkonsepkan ciri-ciri tamadun Islam dan senibina tempatan dan terdapat menara setinggi 30 meter, sebuah kubah dan lima wakaf yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang pada satu-satu masa. Tidak kurang hebat juga kan.



Sumber : Wikipedia

Tak jauh dari Masjid Terapung ni ada Equestrian Park dan lagun kecik untuk berkayak. Sebelum pulang ke hotel sis singgah kejap nak bagi Syafi tengok kuda. 



Dari dalam kereta nampak kuda bukan main excited,  bila dah bawa depan-depan mata kejung terus badan tu. Hehe. Semua benda pun dia takut.



Mar 28, 2017

Waktu Yang Sepatutnya Seorang Hamba Itu Bersabar

10:40 AM 46
Waktu Yang Sepatutnya Seorang Hamba Itu Bersabar
Assalamualaikum.



Dari Anas r.a., katanya:

Nabi s.a.w berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas satu kubur.

Banginda bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!"

Wanita itu berkata:
"Ah, jauhkan dirimu daripadaku, kerana kamu tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan kamu tidak mengetahui apakah musibah tersebut."

Diberitahu kepada wanita tersebut:
"Yang berbicara tadi adalah Nabi s.a.w."

Kemudian wanita tersebut mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. dan tidak didapatinya pengawal di pintu tersebut (sebagaimana pemimpin-pemimpin negara yang lain). 

Wanita itu lalu berkata:
"Saya memang tidak mengenali Tuan tadi (memohon kemaafan)." 

Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: 
"Sesungguhnya yang dikatakan sabar itu ialah di saat mendadaknya mushibah yang pertama."

Muttafaq 'alaih
Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim

Di dalam riwayat Imam Muslim menyebut: "Wanita itu menangisi anak kecilnya (meninggal dunia)."

♦Dipetik dari Kitab Riadhussolihin
♦Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria ahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi)
♦Cetakan Dar At-Taqwa Lit-Turath (Mesir)

(Hadis ke 32)

Mar 27, 2017

Jalan-jalan di Terengganu : Buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

11:09 AM 59
Jalan-jalan di Terengganu : Buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Assalamualaikum.



Pagi-pagi hari ke-2 di Kuala Terenggan, lepas jer breakfast sis menderu ke Pantai Batu Buruk. Konon-kononnya nak amik angin pagi lah dengan anggapan pagi-pagi tak ramai orang macam waktu petang, tapi tanggapan tersebut meleset sama sekali. Pantai Batu Buruk ni penuh dengan orang. Tak tahu bila je sunyi dari orang ramai. Hehe. 

Time sis pergi tu tengah ada pertandingan memancing. So ramai lah yang bermalam dekat tepi pantai malam tu menjaga pancing masing-masing. Kemudian ada aktiviti explorace race dan sebagainya. Semua ni di bawah aktiviti Festival Pantai Kuala Terengganu.





Pantai Batu Buruk ni sememangnya menjadi tempat tumpuan penduduk setempat dan juga orang luar. Terdapat deretan gerai yang menjual makanan dan sourvenir serta restoran makanan segera boleh di dapati di sini. Complete set orang kata.

Yang paling latest yang ada di Pantai Batu Buruk ni ialah buaian ala Gili Trawangan, Lombok. Viral kot buaian ni FB baru-baru ni. Sebanyak 12 buaian di sediakan di sepanjang pantai ni. Pilih jer mana yang korang nak naik. So sis pun nak lah menyelit bergambar juga kan. Kalau di Lombok buaiannya dalam air tapi dekat sini di atas pasir.



Dengar cerita kalau lambat sikit memang kena beratur panjang beb. Boleh jadi berjanggut nak tunggu turn naik buaian tu. Hehe. So nak selamat datang pagi macam sis dan pergi yang dekat deretan kedai di hujung sekali. Kosong je buaian tu siap boleh berayun lama-lama lagi. Takde orang heran pon. Hehe. 









Antara aktiviti popular dekat Pantai Batu Buruk ni selain berkelah ialah aktiviti menunggang kuda, parasailing dan juga bermain layang-layang. Tapi aktiviti mandi laut takde dekat sini tau. 

Sumber : SINI
Sumber : SINI
Sumber : SINI
Walaupun namanya Batu Buruk tapi tak buruk pun pantai dekat sini. Cantik molek belaka. Yang buruk cuma perangai manusia yang tinggalkan sampah sarap dekat sana tu je. Hehe. Sekian.

Lokasi : Belakang Hospital Sultanah Zahirah di bandar Kuala Terengganu. 

Mar 26, 2017

Jalan-jalan di Terengganu : Berkelah di Pantai Pandak - Chendering, Kuala Terengganu

12:16 PM 38
Jalan-jalan di Terengganu : Berkelah di Pantai Pandak - Chendering, Kuala Terengganu
Assalamualaikum.



Jumaat baru-baru ni sis berkesempatan balik ke Ganu sekejap untuk attend wedding saudara belah suami. Ni first time sis attend wedding pada hari Jumaat. Kalau dekat KL tak pernah jumpa lagi. Memandang sis sampai sana dalam pukul 10 pagi so sis attend wedding tu terus sebab En suami nak kena pergi solat Jumaat lepas tu. 

Belah petang tak tahu nak buat apa jadi sis dan keluarga mertua ke Pantai Pandak - Chendering untuk amik angin petang.  Plan nak ke Pantai Batu Buruk tapi memandangkan time ni cuti sekolah dan tambahan pula ada festival pantai, terus cancel plan tersebut. Tak sanggup nak berjemaah dalam kesesakan tu. 



Sebelum sampai ke pantai singgah kejap dekat kedai kepok lekor tepi jalan untuk kudap-kudapan. Sampai di pantai Chendering tengok ada construction in progress dan jalan ke pantai di tutup. Frust pulak sis sebab pantai di sana cantik. Ada batu-batu besar untuk port bergambar. Terus ke Pantai Pandak yang terletak bersebelahan dengan Pantai Chendering. 



Ramai juga orang di sini. Semua nak lari dari Pantai Batu Buruk rasanya. Macam sis juga lah. Hehe. Tapi kawasan pantai ni biasa-biasa je. Yang jual jajan dan air ada seorang je. Depan sikit dekat jalan masuk ke pantai ada satu kabin cafe kalau nak selesa sikit. 









Di sini kalau sekadar nak amik angin petang ok lah. Anak-anak boleh lah mandi laut juga. Cuma tak sedap mata memandang bila banyak sampah bertaburan di atas pasir. Tong sampah pula satu pun tak berapa nak ada. Jadinya pengunjung kena lah pandai-pandai bawa sampah tu balik. Jangan buat-buat lupa pula ye. Pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan oleh sis ana hanya di BCSB.blogspot.my 😊

Pssst: Kalau korang jalan-jalan dekat KT especially di Pantai Batu Buruk atau Masjid Terapung kalau nak beli kepok cari kedai kepok lekor 007. Di jalan besar berhadapan dengan Masjid Terapung. Kedai ni antara yang sedap di area ni. InsyaAllah.

Mar 25, 2017

Mystery Giveaway 2017 oleh Airah Syahirah

4:06 PM 24
Mystery Giveaway 2017 oleh Airah Syahirah
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Kali ni sis join GA dari Airah Syahirah. Kebetulan tengah jalan-jalan di reading list ternampak post pasal GA ni di lanjutkan. Kenapa sis tak perasan GA ni awal-awal ye. Jom korang join sekali memeriahkan GA ni. Menarik tau hadiah yang di tawarkan. 

Ok salah satu syarat GA ni ialah sis kena nyatakan first impression terhadap blog Airah Syahirah ni.  Ok ni komen sis:

Memandangkan sis memang fully guna Hp untuk berblog, template blog Airah ni antara template sis suka. Simple and neat. Layout widget pun sangat tersusun. Sedap mata memandang. Yang paling sis suka ialah font yang di gunakan. Kemas dan senang untuk di baca. Sis pun terpikir nak guna font macam ni. Overall sis bagi 5 ha untuk blog Airah. Yeahh. 




Hadiah awesome untuk Top Commentor dari blog Lady in Red Planner

1:06 PM 42
Hadiah awesome untuk Top Commentor dari blog Lady in Red Planner
Assalamualaikum.


Alhamdulillah awal bulan ni sis terima satu emel dari LZ owner blog Lady in Red Planner yang mengatakan sis terpilih sebagai pemenang utama untuk Top 5 Commentors di blog beliau. Entri di SINI


Dan 2 hari kemudian satu parcel yang agak besar selamat mendarat di pintu rumah. Bila tengok nama pengirim sis macam blurr juga sebab tak pernah nampak pun nama tu sebab selalu guna initial name je dengan LZ tapi bila tengok alamat terus tahu dah dari siapa. 😘

Sis pun dengan excited (bukan gelojoh) buka parcel tu. Nampak satu barang elok berbungkus di dalam plastik. 




Kemudian bila dah buka palstik tu sis terus teruja. Mana tak nya, plastik tu berisi Mango Handbag. Serius cantik giler color dan design dia. Jatuh chenta di buatnya. Dah lah warna tu kesukaan LZ pula tu. Lagi lah sis terharu. Padahal sehari sebelum sampai hadiah tu LZ ada buat satu entri What's In My Bag dan LZ ada cakap yang dia peminat designer handbags. Then sis pun komen lah kata MIL sis pun sama macam LZ dan selalu juga sis dapat designer handbags tu kalau MIL dah ada koleksi terbaru. Tup tup esoknya sis dapat handbag dari LZ. Terharunya. ❤❤






To LZ - thank you soooooooo much. Ana suka giler dengan beg tu. Cantik sangat-sangat. Ana doakan semoga LZ sekeluarga dimurahkan dengan rezeki yang melimpah ruah sentiasa. Amin. 😘😘

Pada yang belum follow blog LZ,  sila lah follow sekarang. Klik je header di atas tu. LZ pun suka nak cari rakan-rakan baru. Sama-samalah kita menambahkan dan merapatkan silaturahim sesama rakan blogger and keep supporting each other. Peace yo. 😊





Mar 24, 2017

Tahukah kita siapa mukmin yang paling baik dan paling cerdik?

9:04 AM 38
Tahukah kita siapa mukmin yang paling baik dan paling cerdik?
Assalamualaikum dan Salam Jumaat.



Aku bersama Rasulullah,
kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas Nabi SAW kemudian berkata:

Siapakah mukmin yang paling baik?"

Jawab Nabi SAW : 
Yang paling bagus akhlaknya.

Dia bertanya lagi:

 Siapa pula yang paling cerdik?"

Nabi SAW jawab:
Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak.

(Sunan Ibn Majah:4259)

Mar 23, 2017

Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Swiss Garden Beach Resort Kuantan

1:06 PM 57
Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Assalamualaikum.


Sempena birthday Syafi ke-3 tahun bulan lepas, sis sekeluarga ke Swiss Garden Beach Resort Kuantan untuk bercuti lagi katanya. Idea sebenarnya nak bagi Syafi lepaskan keinginan yang membuak-buak untuk berendam dalam kolam.

Memandangkan masa sis sampai di hotel dalam pukul 2 untuk check in masih belum ada lagi bilik yang kosong, jadi sis ke Warung Aziz Satar yang terletak di Kemaman, Terengganu untuk mengisi perut yang dah berbunyi nyaring. Jarak dari Swiss Garden Beach Resort Kuantan ke Kemaman dalam 30 minit perjalanan. 



Warung Aziz Satar ni terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga orang luar. Selain dari satar, paih dan keropok lekor, di sini juga ada menyediakan makanan berlauk.  Dan sis of course cari kepok lekor dan satar. Sangat sedap ok. Memang kena dengan selera sis. Yang paling sis suka pasal Warung Aziz Satar ni ialah kepok lekor dia semua lembut, fresh dan yang paling penting isi ikan banyak dan takde tulang. Korang wajib cuba kepok lekor rebus dia tau. Sis jadi suka makan kepok lekor rebus ni sejak kahwin dengan orang berdarah Terengganu ni.  Kepok lekor bergoreng dah tak pandang dah. Sampai Syafi pun terjebak sekali. Hehe.


Otak-otak, satar dan pais.

Rupa paih ketam dan sotong. Suami sis suka tapi sis tak berapa nak gemar.

Kepok lekor rebus ni sampai 2 kali tambah gara-gara budak kecik ni.

Dekat Kemaman ni ada satu pantai yang menjadi tarikan iaitu Teluk Mok Nik atau panggilan glamour nya Monica Bay. Kali terakhir sis ke sini pada bulan November lepas sewaktu menginap di Residence Inn. Entri di SINI



Lepas dah isi sis terus ke hotel dalam pukul 3.30 macam tu. Alhamdulillah takde orang pun beratur nak check in dan bilik pun dah ready. Jadi proses di kaunter sangat cepat.

Kaunter check in di hujung tu.

View di kawasan lobi hotel.

View hadapan hotel dari tempat parkir.

Kawasan parkir pun luas.

View pool dari kawasan lobi.

Tempat breakfast dan dinner. Cafe pun ada juga tapi di tingkat atas sama level dengan kaunter check in.

Game room.
Sis booked deluxe king room tanpa breakfast dan harga bilik +-Rm230. Bilik agak luas dan kemas. Basic facilities macam iron dan iron board,  mini bar dan safety box semua ada. Cuma view bilik tak best sebab menghadap kawasan tanah kosong yang berhutan. 


Katil tu muat untuk kami ber-4 tau. hehe

Hamboi.. selesa nampak.

Balkoni untuk lepak-lepak. tapi banyak serangga dekat sini. Sliding door kena sentiasa tutup.

Mini bar dan coffee maker.

Iron, iron board dan safety box.

Bath tub pun ada dalam bilik ni.

bilik air bersih dan besar
Lepas solat terus turun ke bawah untuk aktiviti berendam sampai lah lewat petang. Kolam dekat sini ada dua. Satu untuk kanak-kanak dengan kedalaman 2 kaki manakala kolam dewasa dengan kedalaman 5 kaki (standard international). Sis agak frust tak dapat nak berenang sebab masuk-masuk je kolam dewasa tu terus tenggelam. Huhu. Awak ni baru lah nak berjinak-jinak dengan dunia renang. Kalau 4 kaki tu memang ok sangat lah nak belajar berenang tapi ni 5 kaki dik non. Mau ada yang lemas nanti. Last-last berendam dengan Syafi dekat kolam kanak-kanak je. Huhu. 





Malam tu tak ke mana-mana pun sebab masing-masing dah kepenatan. Konon nak turun bawah main game dekat bilik game bawah tu, sekali semua terdampar atas katil je. Makan pun order guna in room service.  Sis order mee goreng dan nasi goreng kerabu. Mee mamak tu agak mengecewakan sebab pahit (maybe terlebih goreng sampai hangus). Nasi goreng kerabu tu not bad lah. Boleh lah masuk ke tekak ni juga.





Esok pagi-pagi lepas Subuh ingat nak tengok matahari naik dekat tepi laut belakang hotel ni je. Sekali takde rezeki sebab awan tebal sangat. Jadinya lepak-lepak je tepi laut tu amik angin pagi. 


Jalan menuju ke pantai.

Buat pertama kalinya Syafi tak geli pijak pasir. Tu pun sebab pasir ni keras.

Excited kutip cengkerang.

Morning exercise katanya.

Tahniah Syafi. hehe

Sis tak amik breakfast sebab ada banyak gerai-gerai penduduk kampung  di kawasan berdekatan. Jadi takde masalah kalau nak cari sarapan. Harga pun murah sangat-sangat. Tapau bawa balik bilik je. Selesa sikit. 


Roti canai telur. Lembut sangat. Tak lebih RM2 rasanya.
Nasi lemak katanya tapi nasi tu nasi putih je.


Laksam ni pun sedap dan terasa isi ikan dalam kuah tu.

Lepas sarapan dan rehat kejap terus sis check out sebab nak ke Kemaman sekali lagi untuk beli satar dan kepok untuk kekuarga. Kalau beli semalam confirm-cinfirm basi. So beli pagi tu panas-panas terus menuju ke KL. Sementara nak sampai KL tu banyak juga kepok rebus habis kena telan dalam kereta tu. Sedap. Cubalah nanti ye.