Taman TasiK Taiping

Assalamualaikum.

Siapa kata dekat Malaysia takde taman rekreasi yang cantik macam dalam K-Drama??? Kalau korang nak tau,  antara banyak-banyak taman rekreasi yang sis pernah pergi, Taman Tasik Taiping yang terletak berhampiran dengan Zoo Taiping adalah yang paling cantik. Taman di Sungai Han di Seoul pun kalah tau. Pemandangan di sini sangat cantik dan hijau sehijaunya. Tapi bukan mak kau hijau ok. 


Mengikut fakta,  taman tasik ini telah di buka pada tahun 1880 dan merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.




Pokok-pokok besar yang unik (pokok Angsana) di tanam di sepanjang jalan menambahkan lagi keindahan di Taman Tasik Taiping ni.




Kebanyakkan dahannya memanjang dan jatuh cantik ke dalam kawasan tasik. Sesiapa yang suka bergambar wajib datang ke sini especially kalau nak buat outdoor wedding photoshoot. Memang perfect lah gambar korang nanti. 





Dekat sini terdapat banyak kemudahan yang disediakan.  Antaranya ialah taman permainan kanak-kanak,  trek untuk berjogging dan reflekseologi, jambatan ala Jepun dan juga kayak dan paddle boat. 



Kalau korang plan untuk ke Ipoh boleh lah singgah di sini juga. Hanya 30 minit perjalanan je. Confirm korang akan jatuh cinta dengan pemandangan yang ada di Taman Tasik Taiping ni. 





Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

32 comments:

Unni Anje said...

subahanallah cantik sgt kak... Terasa macam ada kat situ..hahahahahaha... btw blog akak nampak baru, comel!!!

Shesyira As said...

airah selalu pegi sini time otw ke penang.serius cntik.naik paddle boat tu best gila

Ana Fatihah said...

Cantiknyaaa. Hijau dan tenang je tengok pemandangan kat sana. Subhanallah.. :)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kalau g perak wajib singgah tasik taiping ni .view background pun cantik

Anum Abdullah said...

cantik nya..

Warisan Petani said...

Cantik sungguh.
Belum pernah sampai lagi.
Lalu Perak pun ikut highway aje.

Siqah Hussin said...

Subhanallah. Siqah teringin sangat nak ke sini tapi masih tak bekesempatan nak ke sana. Cantiknya! Paling siqah suka dengan pokok kat sana :) Unik.

Pandai Ana ambik gambar. Semua cantik :)

Cahaya Hannan said...

kak ana, saya kalau ke taiping sure singgah sini, makan tepi tasik. hihi heaven!

Seorang Syed said...

haha kak, saya baru nak update pasal taman tasik ni tadi. takpalah cancel kih2. tapi pemandangan dia memang sangat cantik.

Noor Azlan said...

Cantiknya pokok kat situ.... Ambil gambar memang menarik view nya...

Ana Suhana said...

Memang sangat cantik unni. Nanti ada rezeki Unni singgah lah ke sini. 😘

Hehe terima kasih. Blog pun nak baju baru juga 😅

Ana Suhana said...

Bestnye dapat naik paddle boat tu. Kak ana tak sempat pun hari tu. 😊

Ana Suhana said...

Subhanallah. Memang cantik. Tak perlu pergi sampai luar negara.😘

Ana Suhana said...

Betul tu. Siapa suka bergambar wajib singgah sini 😘

Ana Suhana said...

Sangat cantik. Sejuk mata memandang. Singgah lah ke sini nanti 😍

Ana Suhana said...

Boleh lah singgah sini nanti WP. Exit dari PLUS dalam 30 minit je. 😊

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti sampai rezeki Siqah ke sini. Pokok dekat sana memang unik. Rasa macam zaman dulu2 pulak. 😍

Background dekat sana memang lawa. Amik jer gambar macam mana pun confirm lawa. Hehe 😊

Ana Suhana said...

Best kan dapat makan tepi tasik. Heaven sangat katanya. Nampaknye kak ana kena singgah ke sini semula. Nak try makanan dekat sana pulak 😘

Ana Suhana said...

Laa ye ke. Tapi kalau awak update cerita ni mesti best sebab awk pandai karang ayat. Kak ana punya ayat simple je. Straight to the point orang kata. Huhu

Ana Suhana said...

Memang sangat cantik tuan. Nanti singgah lah ke sini pula 😊

Nurul Afifah said...

caantiknya tasik and even more cantik your picturess

Shahida Dzulkafli said...

Memang cantik pun.. macam kat luar negara.. Sha pernah singgah tapi tak lama..

Ana Suhana said...

Memang sangat cantik tasik tu. Kalah tasik negara luar. Hehe.

Terima kasih awak 😘

Ana Suhana said...

Kan Sha. Samalah ana dapat singgah sekejap jer hari tu. Kena repeat lagi lepas ni nampaknya 😘

Kak Sue said...

Cantiknya,rasa bangga pula kampung akak dekat dengan Taiping..ehehe..kadang siap pi berkelah kat Taman Tasik tu tau..seronok..

I am LZ said...

Memang cantik.. Macam tak percaya itu gambar real Ana.. Cepat-cepat LZ letak dlm senarai tempat utk dilawati..

Thanks sudi kongsi info.. Lepas komen tengok semula gambar taman Taiping ni memang x jemu.. 😍

Shikin Razali said...

Subhanallah, cantiknya view.. Nanti nak ajak hubby la pegi ke sini.. =)

Ana Suhana said...

Bestnya kak kampung dekat sini. Boleh berkelah sambil menikmati pemandangan yang cantik. Ana is jeles 😘😘😘

Ana Suhana said...

Memang sangat cantik view taman tasik tu LZ. InsyaAllah puas mata memandang. Singgah lah ke sini ye kalau bercadang utk ke Perak. 😘

Ana Suhana said...

Sangat cantik. Tak perlu pergi jauh2. Dalam Malaysia je. Boleh lah plan ke sini pula Shikin 😘😘

Jun Zie said...

bling2 mata ju tgk .. series mmg cntik nature dekat sna ! subhanallah

Ana Suhana said...

Memang sangat cantik. Nanti kalau ju ke Perak boleh lah singgah dekat sini sekali. InsyaAllah puas mata memandang 😍

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤