Tempat Menarik di Melaka : Swiss Garden Hotel and Residence dan Muzium Kapal Selam - Ana Suhana

Feb 23, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Swiss Garden Hotel and Residence dan Muzium Kapal Selam

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita masa jalan-jalan dekat Matta Fair tahun lepas ternampak promosi di booth Swiss Garden ni. Promoter tu pun bersungguh-sungguh promote hotel mereka. En Hubby pun termasuk ke dalam booth mereka dan terbeli voucher tu. Dapat lah diskaun dalam beberapa puluh ringgit jer. Boleh pilih samada Swiss Garden di Melaka atau Kuantan.  Dan sis pilih ke Melaka.

Swiss Garden Hotel and Residence Melaka

Next 2 weeks after beli voucher tu sis ke sana untuk bercuti katanya. Sis sampai dalam pukul 1 lebih macam tu dan terus ke kaunter untuk check in. Orang beratur punya lah ramai. Dalam 20 minit beratur akhirnya selesai bab check in. Tapi kena tunggu dalam pukul 3 untuk bilik siap. Receptionist tu kata nanti dia akan call semula. Sementara tu sis ke shopping mall di sebelah bangunan hotel untuk lunch dan cuci-cuci mata. Dalam pukul 4 macam tu baru dapat bilik sebab masa tu 4 buah bas pelancong china daftar masuk juga. On the way nak ke bilik, tetiba lif pula tersangkut. Haru di buatnya tapi semua under control sebab ada staff dalam lif tu sekali. 

Gambar bilik dan pool ni sis amik dari Agoda je.

Swiss Garden Hotel and Residence Melaka

Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Swiss Garden Hotel and Residence Melaka

Bilik sis menghadap Sungai Melaka dan Kampung Morten. Boleh nampak cruise lalu lalang. Boleh lah nak berehat amik angin malam dari berandah tu.
Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Malam tu sempat keluar makan je di Windmill Station. Mujur orang tak ramai. Cepat jer dapat makanan. So far makanan dekat sini memuaskan. Sis siap tapau nasi goreng lagi. 

Windmill Station - Sirlion Steak


Windmill Station - Grilled Chicken


Windmill Station - Mushroom Soup



Malam tu tak ke mana pun sebab dah boleh bayangkan jalan di bandar sesak sesesaknya. Memandangkan dah selalu sangat ke Melaka jadi tak lah ralat tak masuk bandar. Jadi aktiviti malam ialah duduk termenung dekat balkoni layan view bandar Melaka waktu malam dan layan si kecik berendam dalam bath tub sampai kecut jari. Lepas tu jenuh nak tunggu air turun dekat shower. 

Swiss Garden Hotel and Residence Melaka


Swiss Garden Hotel and Residence Melaka

Esok dalam pukul 10 camtu sis dah check out. Malas nak bersesak dengan orang lain. Dari hotel sis ke Muzium Kapal Selam bawa si kecik ni jalan-jalan. Bayaran masuk ialah RM 5 seorang.  Syafi masuk free je.  Dekat sini kita boleh tengok secara dekat macam mana susun atur di dalam kapal selam tu. 

Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium Kapal Selam Melaka


Muzium Kapal Selam Melaka

Terdapat juga 2 model jet pejuang di pamerkan di satu sudut di luar kapal selam tu. Tapi tak boleh masuk hanya tengok dari luar jer.

Muzium Kapal Selam Melaka

Muzium Kapal Selam Melaka

Muzium Kapal Selam Melaka

Sebelum balik KL sis singgah kejap dekat pantai Klebang. Saja amik angin pantai. Orang pun tak ramai sebab tengahari kan.  Dah agak berpeluh dan melekit-lekit sis teruskan perjalanan pulang ke KL. 

Pantai Klebang


Pantai Klebang


Pantai Klebang

Akhirnya tamat sudah trip 2h1m sis di Melaka. Bila nak datang Melaka lagi kita tunggu je lah sebab memang tiap-tiap tahun akan ke sini juga.


Tempat-tempat menarik di Melaka dalam  entri bawah ni:

Melaka 1 - Kota A Famosa / Kampung Morten / Menara Taming Sari / Restoran Terapung Umbai / Makan Hang Tuah

Melaka 2 - Padang Pasir Klebang

35 comments:

  1. Bilik tu nampak cantek je, tapi kalau toilet problem. Memang terus spoil mood holidayyy! Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. bertabahlah kak ana time tu. paling penat sebab turun naik lif tu. lama nak menunggu sebab hotel dia tinggi. lepas ni cari hotel yang rendah2 jer lah. hehe

      Delete
  2. Uishh memula baca penceritaan Kak Ana pasal lif tu ingatkan Ira tengah baca kisah highland tower tadi. Hahaha. Nasib baik everthing being okey after that :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuak sangat kak ana time tu. dah pikir macam2. haha. alhamdulillah semua selamat. lepas dari tu fobia terus nak naik lif. huhu

      Delete
  3. Replies
    1. cantik sangat tapi tu lah. nasib tak berapa nak baik time ana ke sana. huhu

      Delete
  4. Saya tak pernah pergi lagi Muzium Kapal Selam... Teringin nak pergi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah pergi sekali tuan. menarik juga. boleh tengok susun atur dalam kapal selam tu secara dekat.

      Delete
  5. Singgah sini :))) bestnyaaa jalan2 .. lama dah x jalan 2 melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah plan ke Melaka lepas ni. Mcm2 ada dah sekarang. 😊

      Delete
  6. Saya pula sakit hati kak baca kisah lif tersangkut and masuk bilik, bilik tak ready lagi. haihhh memang boleh buat spoil mood betul2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Dah nasib badan. Hehe. Lepas ni tak nak dah check in sana kalau boleh 😅

      Delete
  7. LZ pernah pergi hotel ni utk kursus.. Tak sangka pula hotel consider baharu tapi ada problem..

    Muzium kapal selam masih belum berkesempatan singgah.. Mungkin satu hari nanti.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. ana pun ingat hotel ni among the best in Melaka sebab masih baru dan 4 star kan. tu yg nak cuba stay dekat sini. mungkin tak semua bilik rasanya. tapi dari segi lif tu memang kena do something sebab hotel dia tinggi. masa nak tunggu tu memang lama kalau ramai yang check in macam time ana tu. other than that, semua ok. view cantik dan bilik pun besar dan updated.

      Delete
  8. Wah, bilik di tingkat 23, view yang sangat cantik.. Tapi kalu lif rosak, huhu haru biru jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana terus jadi fobia kalau naik lif sekarang ni. nak cepat2 sampai je rasanya. hehe.

      Delete
  9. mmg spoil mood kan bila jadi benda macam tuu...sedih pun ye...kita byr bukannya free kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. tapi takpe pengalaman semua tu. tak semuanya indah kan Sally. hehe

      Delete
  10. Pengalaman Ana..
    Melaka dekat di hati.. tahun nie nak gi lagi.. hehehe
    Sha kalau gi, suka duk homestay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana kalau pergi ramai2 baru akan stay di homestay. Kalau bertiga saja, ana prefer stay hotel. Banyak dah homestay ana dah stay dekat Melaka tu 😀

      Delete
    2. Samalah dengan Sha.. Kalau Sha sekeluarga memang stay hotel.. Stay homestay sebab bawa MIL sekali.. Sekarang dah kurang jalan sefamily je.. Mesti trip reramai..

      Delete
  11. nasib baik night view cantik...tp bab lif tu mmg stress. silap2 boleh trauma macam hero citer Secret Garden..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemadangan tu jer lah pengubat hati yang keciwa. hehe.

      jangan kata hero SG tu, sis pun sama. siapa nak bertanggungjawab?? hehe. memang akan cuba elak dari stay hotel yang tinggi2 dah lepas ni ;p

      Delete
  12. Replies
    1. Bilik dia memang cantik dan luas. 😘

      Delete
  13. Kalau saya kn camni....xde mood dah nk jalan...terasa kepenatan sis...hihi,tp hotelnya nmpak cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lepas dpt bilik keluar untuk makan je. selebihnya habiskan masa dalam bilik layan view sg melaka. hehe

      Delete
  14. cuak jugak, kalau lift stop cenggitu, fuhhh... nama hotel gempak da...cuma servis je spoil cket eh~Macam best jugakkk saja saja singgah hoel..kan.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuak sgt2. fobia sampai hari ni. hehe. maybe sebab weekend ramai dengan org especially tourist dari China. Tu yg tak terkawal sikit.

      Delete
  15. Piqa datang swiss garden sbb ada formal dinner je😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu. kak ana stay sini tapi tak amik breakfast atau dinner pun. stay di hotel semata. hehe

      Delete
  16. huawaaa.. mesti cuak masa lift terbenti tu.. tula masalah kalau jenis hotel yg ada 2 tower ni kan.. kalau salah masuk lift dah kena turun balik... bertabah la ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bertabah sungguh masa tu. kesan dia sampai skrg ana jadi fobia nak naik lif. sedihnya. hehe

      Delete
  17. Nak tanya, apa nama bilik tu SBB ada bath Tub kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Ada bath tub. bilik jenis deluxe sis

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤