Lapan Jenis Rezeki dari Allah SWT

Assalamualaikum.



1. Rezeki Yang Telah Dijamin

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. 

Aamiin Allahumma Aamiin.

(sumber dari whatsApp)

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

17 comments:

  1. Betul tu... Rezeki kita tak dapat jangka... Paling penting rezeki kesihatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan. Rezeki ni bermacam bentuk. Kesihatan diri pun satu rezeki. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik insyaAllah. 👍

      Delete
  2. Btul tue kak... =) Rezeki nie hanya Allah saja yang tahu bila dan di mana kita memperolehi rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Shikin. Rezeki tak pernah salah alamat. Kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat semoga dengan rasa syukur tu Allah limpahkan lagi rezeki kepada kita. InsyaAllah ❤

      Delete
  3. betul tu..rezeki ni dalam macam bentuk, kena belajar selalu bersyukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Dengan bersyukur Allah akan tambah nikmat untuk kita. Maka sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. 😀

      Delete
  4. semoga murah rezeki kita semua..amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Syukur di atas segala nikmat dan rezeki kurniaan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan dengan rasa syukur tu Allah tambahkan lagi rezeki untuk kita. InsyaAllah. 👍

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian.
    Semoga kita dikurniakan rezeki yang berkat dari Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah amin. Moga bermanfaat buat semua 😘

      Delete
  7. Alhamdullilah untuk semua rezeki yang dikurniakan. Banyak rezeki yang kita perolehi cuma tak sedar dan masih mengharap rezeki yang lain.
    Terima kasih ana atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas setiap rezeki dan nikmat yang di kurnia. Mudah-mudahan ada lagi rezeki yang mendatang untuk kita. InsyaAllah 😘

      Delete
  8. Rezeki itu luas.. Semoga kita sentiasa bersyukur..
    aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga dengan bersyukur Allah tambahkan rezeki untuk kita. 😘

      Delete
  9. nice info.. aril balas balik kunjungan tuu .. cantik blog kak ana .

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤