Jalan-jalan di Perlis Indera Kayangan

Assalamualaikum.


Fakta bukan auta Perlis merupakan negeri paling kecil di Malaysia dan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar. Kalau ada yang bercadang untuk ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis boleh lah jalan-jalan di sekitar Perlis. Sehari pun dah cukup. Alang-alang dah sampai sini rugi pulak rasanya kalau tak explore Perlis ni. Di bawah ni merupakan antara tempat-tempat yang sis sempat explore dalam masa sehari setengah di Perlis.

1. Kompleks Padang Besar

Merupakan tarikan utama di Perlis dan terletak bersebelahan dengan daerah Songkhla, Thailand. Kompleks Padang Besar ni terkenal sebagai syurga membeli belah kerana terdapat pelbagai jenis barangan seperti pakaian (jersey terutamanya), barangan dapur, beg, barangan perkahwinan, sourvenir dan juga pelbagai jenis makanan di jual di sini. Di buka setiap hari bermula jam 10 pagi sehinggan pukul 6 petang. Kalau kita pergi weekdays, ada kedai yang buka lewat dalam pukul 11 pagi macam tu. Dari segi harga pula, bagi sis barangan di sini tak begitu murah pun. Sis boleh dapat harga lagi murah di Kenanga Wholesale atau Plaza GM kalau di KL ni.








2. Ladang Tebu Chuping

Hanya tinggal kenangan je. Dah takde dah ladang tebu nya. Puas sis pusing mencari tak jumpa-jumpa. Last sekali berhenti tanya orang, dia bagitau ladang tebu tu dah takde. Dah jadi kawasan perindustrian dah sekarang. Ingat baru nak buat photo shot ala-ala filem KL Menjerit. Haha. Selamat lah tak rasa ralat pusing-pusing dekat sini sebab memang kena lalu pun kawasan ni untuk ke Pasang Besar.
 


3. Gua Kelam

Terletak di Kaki Bukit, Gua Kelam mempunyai tarikannya yang tersendiri. Dengan hanya RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak kita berpeluang untuk melihat sendiri bentuk gua secara dekat. Platform jalan kaki dan keadaan gua yang berlampu di sediakan bagi kemudahan para pengunjung. Sebelum ni ada perkhidmatan tram di sediakan tapi perkhidmatan tu telah diberhentikan kira-kira 3 tahun lepas. Sepanjang kita berjalan di atas platform tu, kita akan mendengar aliran anak sungai yang mengalir di bawah platform tersebut menuju ke arah kawasan mandi manda di kawasan pintu masuk gua. Terrdapat sebuah taman yang di panggil Secret Garden di bahagian belakang gua jika kita berjalan hingga ke hujung platform.







4. Masjid Terapung Al Hussin 

Masjid Terapung Al Hussin yang terletak betul-betul bersebelahan dengan jeti Kuala Perlis merupakan masjid yang tercantik di Perlis dengan kos pembinaan mencecah RM12 juta.

Sedikit fakta menarik tentang Masjid Terapung Al-Hussin ni ialah ianya memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon pertama di dunia. Pembinaanya merupakan simbolik bahawa semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Apabila tiba waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu akan dinyalakan. Ini akan memberi petunjuk kepada para nelayan yang berada di tengah laut bahawa telah masuk waktu solat. Menara tersebut boleh di lihat sejauh 10 km. Hebat kan.




Kredit sini
5. Laksa Kak Su

Laksa Kak Su merupakan salah satu menu wajib cuba di Perlis. Kedai Laksa Kak Su betul-betul terletak berhampiran dengan jeti Kuala Perlis dan Masjid Terapung Al Hussin di atas. Walaupun sis dah pergi lewat petang, orang tetap ramai. Selain dari laksa sebagai menu utama, kuih seperti karipap dan pulut panggang juga ada di jual. Jangan lupa mencuba pulut panggang dia. Memang terbaik dan sedap. Rugi kalau tak cuba.





6. Medan Ikan Bakar Kuala Perlis

Masih di Kuala Perlis, jangan lupa juga singgah di medan ikan bakar  Kuala Perlis. Di sini gterdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain. Pilih saja kedai yang mana korang berkenan. So far sis dah cuba dekat 2 kedai. Salah satunya ialah kedai Mona Ikan Bakar. Tapi sis tak order pun ikan bakar. Sis order menu yang biasa sis order dekat mana-mana pun iaitu siakap sweet sour, udang butter, sotong celup tepung, kerang rebus dan sayur.








7. Resoran Anjung Keli

Restoran Anjung Keli yang menyediakan masakan melayu asli ni pernah masuk dalam JJCM tau. So sis pun tak nak ketinggalan mencuba masakan di sini. Memandang sis pergi waktu makan tengahari, pelanggan memang sangat ramai. Rezeki berpihak pada sis bila ada meja kosong di bahagian berhawa dingin. Pelbagai jenis masakan ada di sini. Bukan setakat ikan keli je, ayam, daging, makanan laut, kerabu semua ada. Rasa makanan pun boleh tahan sedap. Dengarnya ramai artis dah singgah ke sini termasuk UAI. 

** Gambar amik dari Google je.

http://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-perlis-jjcm-menarik/


7. Resoran Suri

Restoran Suri juga menyediakan masakan melayu asli sama seperti Restoran Anjung Keli. Cuma di sini tiada bilik berhawa dingin dan kawasan parkir sangat limited. Jangan lupa cub ABC special di sini. Makan tengah-tengah panas memang layan.

Di sebabkan sudah 2 kali sis ke Perlis, sis dah menginap di 2 hotel yang berbeza.

1.Hotel Putra Palace

Hotel Putra Palace ni terletak di pusat bandar Kangar. Pada awalnya sis tempah bilik standard triple tapi ada rezeki sis bila bilik di tukar kepada standard deluxe. Bilik dan bilik air sangat besar dan bersih.

https://i0.bookcdn.com/data/Photos/Big/489/48901/48901563/Putra-Palace-Kangar-photos-Exterior-Hotel-information.JPEG



2.Hotel Putra Brasmana

Hotel Putra Brasmana ni terletak di jeti Kuala Perlis dan berhadapan dengan medan ikan bakar dan juga Masjid Terapung Al Hussin. Kalau korang jenis yang tak kisah boleh lah menginap di sini. Perabot dan bilik di sini sangat outdated. Dan semasa sis menginap di sini, boiler hotel rosak. So water heater not in service.







Itu sedikit sebanyak info yang boleh di kongsi bersama. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua. 


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

33 comments:

Seorang Syed said...

Dulu saya pergi Perlis mesti pergi padang besar tu sebab nak borong jersey banyak-banyak hehe. Laksa kak su tu nampak sedap sangat kak. Gua Kelam tu macam best tapi tak pernah jejak juga lagi. Next time boleh la pergi tempat2 ni.

Noor Maizan said...

Lama dah tak pergi Perli, makan lokching, hihi.

Noor Azlan said...

Saya idam nak pergi Gua Kelam....

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rindunya... lama dah tak bjlan sni. hehehe

Malas letak said...

wah seronoknya dpt holiday... tak pernah pergi ke sana

Warisan Petani said...

Dah beberapa kali ke langkawi melalui Kuala Perlis.
Biasanya singgah ke padang Besar sekali.

Ana Suhana said...

Orang lelaki kalau ke padang besar confirm tak cari lain selain jersey. Banyak sangat kedai jual jersey. Adik kak ana pun sama. Hehe.
Boleh lah cuba nanti Laksa Kak Su tu. Pulut panggang dia jangan lupa. Sedap. 😊

Ana Suhana said...

Lokching tu apa Mai? Kak ana tak pernah dengar pun. 😀

Ana Suhana said...

Boleh lah singgah nanti. Tempat dia biasa je tuan. Nak cuci mata tgk bentuk gua boleh lah ke sini 😀

Ana Suhana said...

Boleh lah singgah ke sini nanti. Mengimbau kenangan 😊

Ana Suhana said...

Nanti boleh ke sini pulak. Ronda2 utara malaysia. 😀

Ana Suhana said...

Tu memang terbaik WP. Nanti kalau ke Langkawi melalui Kuala Perlis jgn lupa cuba Laksa Kak Su. Dekat jer dengan jeti tu. 👍

Anum Abdullah said...

hari tu sempat pi padang besar jak..ya allah..bila sampai sanaa...ya ampun....dompet mesti gemukk..

Ana Fatihah said...

Bestnyaa Gua Kelam tu. Dalam banyak2 negeri kat Semenanjung, Perlis saya tak pernah sampai lagi.. Sobsob

Ana Suhana said...

Dompet mula2 gemuk lepas tu kempis ye sis. Hehe 😅

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti sampai juga Ana ke sana. Sehari boleh cover semua tu. 😘

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

slmt dtg ke perlis .. heheh .. eh c/in putra regency eh ?? xbekesempatan pulak nk bertemu blogger ni .heheh

Ana Suhana said...

Sis pergi last year ni dear. Hehe 😘

Anum Abdullah said...

ya sis..kira begitulah..hehe..

Shahida Dzulkafli said...

Sha first time sampai di Perlis tahun lepas.. tapi menginap di politeknik je.. sempatlah ke padang besar.. rambang mata tengok macam-macam ada kat padang besar tu.. hehehe

ayunie ramli said...

Yg trtarik padang besar, gua kelam and msjid al hussin ! Ya allah bile la nk smpai sini ni. Klau smpai 3tmpat ni nk jugak pegi.

Nour Adieb said...

kalau kat pdg besar, sy suka tawar menawar kak 😉. alhamdulillah, dpt juga bawa parents shopping kat sana time convo. kerepek pun murah, beli 3 dpt 10 henggit. kalau sy borong lg, dpt free 1 bungkus 😄 kat pdg besar, x semua barangan murah. kalau bgambar dlm gua kelam tu, gmbr jd cam alien 👽. warna hijau 😂.

Ana Suhana said...

Siapa suka shopping memang boleh rambang mata dekat sini. Brooch ada, baju ada, kain ada. Silap hari bulan boleh "lupa diri" sekejap. Hehe

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti sampai rezeki awak ke sini. Sehari boleh cover semua tu provided tak over masa dekat padang besar. Hehe. Masjid tu boleh pergi belah petang. Lepas tu terus makan Laksa Kak Su dan try makanan dekat medan ikan bakar. ��

Ana Suhana said...

Kak ana tak pandai tawar menawar. Maybe seba tak berapa suka shopping. Tapi dekat kerepek tu boleh jadi kenyang makan tester dia je. Hehe

Busyra Bt Takiyudin said...

dah lama busyra tak kesana. dulu pergi time kecik2 ja. hehe.

Ana Suhana said...

kena pergi lah lepas ni. jgn lupa singgah makan laksa Kak su dekat Kuala perlis. 😘 😘

lenny Boniface Jubilee said...

Wah best nye jalan-jalan

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Lagi best kalau free kan. Hehe 😊

Lina Shaza said...

besstnya pergi padang besar kan...murah2

Ana Suhana said...

murah2 barang dekat sana Lina. boleh kempis purse di buatnya.

Iris Myra said...

Tak pnah sampai lagi kt sini.. Syok jgk kat sini byk mknan sdap2..

Ana Suhana said...

Best juga. Boleh shopping dan makan2.

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤