Discover Kedah : The Regency Jerai Hills Resort - Blog by Ana Suhana

Feb 14, 2017

Discover Kedah : The Regency Jerai Hills Resort


Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak hotel dan resort di Kedah yang sis dah penah duduk, sis paling tertarik dengan The Regency Jerai Hills Resort yang terletak di Gurun. Berada di kaki Gunung Jerai, untuk sampai ke atas memakan masa dalam 30 minit dengan melalui jalan yang bengkang bengkuk dan berliku serta tajam. Sepanjang naik ke atas, kita kena alert dengan bunyi hon sebab ada di sesetengah jalan / selekoh yang tajam dan hanya satu kereta saja boleh muat dalam satu-satu masa. Kalau bertembung memang susah sebab kita sedang menaiki bukit dan jalan pula tak berapa nak ok. So kena hati-hati lah sikit ye.
 


Di sini sis booked deluxe room untuk 3 hari 2 malam. Harga bilik dalam RM300++ semalam bergantung pada hari yang kita pergi. Selalu hujung tahun macam time sis ke sini memang laku keras semua bilik sebab banyak syarikat dan agensi kerajaan menjalankan kursus di sini.
 





Bilik yang sis dapat tu katanya antara bilik yang ada view yang paling cantik. ana taknya, buka je pintu bilik di berandah terus nampak sawah padi yang terbentang luas dan juga Pulau Bunting di sebelah kiri. Memang sangat mendamaikan. Hilang semua rasa tekanan. Waktu pagi dan petang pula berkabus. Rasa macam dekat oversea pulak. Oh ya bilik dekat sini semua takde aircond tau sebab memang dah sejuk semulajadi.






   





Banyak aktiviti yang boleh di buat dekat sini. Antaranya ialah jungle trekking ke air terjun dan telaga Tok Sheikh, melawat botanical garden atau hanya cuci-cuci mata di sekitar resort. Kolam renang dan taman permaianan kanak-kanak pun ada juga. Perfect kalau nak buat family day di sini.

 










Overall bagi sis semua best dekat sini especially pemandangan yang ada. Tapi ada 2 perkara yang sis discover yang tak berapa nak best. Bukan apalah cuma satu makanan sangat limited di atas ni. Better bawa makanan siap-siap atau order je makanan dari cafe di sini. Nak turun rasa tak berbaloi pulak. Memandangkan sis ada 2 malam dekat sini sis dah cuba 2-2 jenis makan malam dekat sini. Satu dinner buffet dan satu lagi steamboat set. Sejuk-sejuk makan steamboat memang layan. Lagi satu line telefon sangat limited especially internet. So pada peniaga-peniaga atas talian harap bertabah ye. Resort ada sediakan wifi tapi segan-segan pula wifi tu nak connect.

 


Hari ke-3 masa untuk check out. Dalam pukul 10 macam tu sis dah keluar dari resort. Sebelum teruskan perjalanan ke Perak sis sempat singgah Pulau Bunting yang sis dok nampak dari bilik. Pulau Bunting ni macam abandoned island rasanya. Takde apa pun dekat sini. Yang ramai orang datang memancing. Tu jer. Tapi kalau nak lepak-lepak amik angin laut ok je dekat sini.








22 comments:

  1. Sebenarnya SA banyak tempat nak teroka kat Kedah tp blom sempat lagi...setakat pi Sg Petani, Alor Setar dah sampai la...harap dapat la teroka Kedah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti jangan lupa naik ke The Regency Jerai Hills Resort ni. InsyaAllah puas hati. Tenang dan mendamaikan. 😘

      Delete
  2. Uihh takut betui nak pi bila jalan dia memuatkan sebuah kete je. tapi bila dah sampai siyesly cantik tempatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat selekoh je sis. Yang lain ok je boleh muat kereta macam biasa. Cubalah ke sini nanti. InsyaAllah puas hati. 😘

      Delete
  3. Banyak tempat menarik Kedah ni rupanya... Terima kasih share... kalau tak memang tak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No thanks. Sama-sama kongsi info. Mudah-mudahan bermanfaat. Cubalah ke sini nanti. InsyaAllah puas hati 👍

      Delete
  4. akk dah pergi dah ...memang best tempat ni. Akk tak overnite pun sebab otw balik KL dari kg en husband..but highly recommended pada yang suka tempat utk relax

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan kak. Nanti try lah stay semalam pulak 😘

      Delete
  5. cantiknye! memang sejuk ea kat sane.. mane tahu one day e'in plak sampai kat sane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk jugak. InsyaAllah nanti sampai rezeki E'in ke sini. 😘

      Delete
  6. Cantik betul pemandangan dia.. Macam kat oversea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Sha. Cantik sedap mata memandang :)

      Delete
  7. Cantiknyaa pemandangan. Nampak macam kat oversea pun ada gak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. lagi2 bila berkabus. Teruja kejap. hehe. Nanti cuba lah singgah ke sini. :)

      Delete
  8. sngt cntik. dulu time sekolah, busyra ada pergi camping dekat sana. bila pagi ja, tak nampak apa. ditutupi kabus pagi. plus sejuk. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. best sangat bila berkabus tu. sejuk macam dekat cameron pulak 😘😘

      Delete
  9. tak sangka ada tempat secantik ni kat Kedah. wajib pi nih! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan. Kalau tak explore kita tak tahu pun. Try lah nanti ke sini. InsyaAllah puas hati 😘

      Delete
  10. Rindu pula gunung jerai, dulu masa tingkatan 5 saya dah panjat gunung tu, hihihi. Sy sekolah di Mrsm merbok, hari2 perhimpunan menghadap gunung berkabus, indah sangat permandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya Mai sek dapat pemandangan cantik macam tu. Kak Ana nampak bangunan jer time perhimpunan. 😅

      Delete
  11. Nice entry and follow...

    May visit us at hotistagram.blogspot.com

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤