Berhenti Mengeluh dan Bersyukurlah - Blog by Ana Suhana

Feb 21, 2017

Berhenti Mengeluh dan Bersyukurlah

Assalamualaikum.



🌸 Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

🌸 Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

🌸  Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

🌸 Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

🌸Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

🌸 Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

🌸 Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.

🌸 Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

🌸 Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

🌸Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

🌸 Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

🌸 Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

🌸 Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Sama-samalah kita mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah.

(CnP dari WhatsApp) 

46 comments:

  1. alhamdulillah.. masih bnafas utk hari ini =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga kita masih berkesempatan untuk bertaubat dan beribadat. InsyaAllah 😘😘

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur 😘😘

      Delete
  3. Alhamdulillah, syukur dalam segala hal. Semoga semuanya akan baik-baik belaka ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah mudah-mudahan semua urusan kita dipermudahkan. Dan semoga dengan bersyukur Allah akan tambah nikmat untuk kita 😘

      Delete
  4. Alhamudlillah, masalahnya macam mana gambar kat atas tu boleh gerak kak. macam cantik pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Akak edit gambar sendiri guna photo lab je. Cuba lah. 😊

      Delete
  5. Allahamdullilah, semakin positif dan bersyukur, kita pasti tak akan rasa down dengan apa yang dilalui~

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan ye dear 😘

      Delete
  6. Bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sebaiknya. Semoga dengan bersyukur Allah murahkan lagi rezeki kita. Amin. πŸ˜€

      Delete
  7. Alhamdullilah. Syukur atas semua yang dikurniakan kepada kita sekarang. Hargainya dengan baik :) Setuju cakap Ana di atas. Mungkin dengan bersyukur, Allah akan murahkan lagi rezeki kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita selalu mengeluh pada benda2 yang remeh. Padahal mengeluh tu seolah2 tak mensyukuri nikmat Allah. Semoga kita sentiasa bermuhasabah dan berusaha tingkatkan sifat2 mahmudah dalam diri kita. InsyaAllah 😘

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Sangat bersyukur dengan apa yang ada.. perkongsian yang ohsem Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga bermanfaat buat kita semua insyaAllah 😊

      Delete
  9. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku, cubalah cari sisi baiknya. Pasti akan ada yang boleh kita syukuri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Kak Ana setuju sangat 😘

      Delete
  10. Alhamdulillah, hidup penuh hikmah tersembunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mai. Sentiasa berlapang dada atas semua yg terjadi 😘

      Delete
  11. alhamdulillahh. ya ALLAH insaf lepas bce entry nii..sgt bermanfaat :D follow sini #241

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua mudah-mudahan 😘

      Delete
  12. manusia macam tu dah la..hehe sama juga dengan dayah, kadang tu termengeluh juga bila ALLAH jentik hati dengan dugaan, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua manusia pun macam tu Dayah. Kena cepat2 muhasabah diri lepas tu. Mudah-mudahan mendapat rahmatNya 😘

      Delete
  13. Kalau kita bersyukur, Allah akan gandakan nikmatNya.

    ReplyDelete
  14. Syukur Alhamdulillah...kita masih diberikan peluang dan semoga kita terus tabah dengan hari2 mendatang...InShaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan kita sentiasa diberi peluang untuk mendekatkan diri padaNya.

      Delete
  15. Cuba untuk bersangka baik dengan Nya. Setiap apa yang berlaku kita kena bersyukur dan redha. Walaupun pyh utk kita redha sebenarnya. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Walaupun sangat payah, mudah-mudahan dengan rasa bersyukur dan redah itu Allah kurniakan rezeki dan rahmatNya kepada kita. InsyaAllah.😘😘😘

      Delete
  16. dengan bersyukur, segalanya menjadi nikmat.. Syukur selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat yang lebih lagi pada kita. InsyaAllah 😘😘

      Delete
  17. ada sy tngk 1 video tntg sorg wanita india yg baru kematian suami. dia bagi ucapan. setiap mlm time tido suami dia akan berdengkur kuat. time ni para pdgr ketawa. pastu dia sambung. skrg suami sy telah pergi, sy xkan dgr lagi bunyi dengkuran dia 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihnya. bila dah kehilangan baru rasa nikmatnya semua yang kita keluhkan dulu. 😒😒😒😒 tak dapat nak bayangkan perasaan bila kehilangan org yg kita sayang 😒

      Delete
  18. jgn terlalu banyak mengeluh. bersyukurlah dgn apa yang kita punya.. InshaAllah smuanya akan jadi lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengeluh ni umpama tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi. kena sentiasa muhasabah diri kita kan Busyra 😘😘

      Delete
  19. perkongsian yg bagu ini ana...tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama saling ingat mengingati kak. Moga2 bermanfaat buat semua :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤