Bercuti di Sabah: Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan Mt Kinabalu Resort and Spa - Ana Suhana

Feb 2, 2017

Bercuti di Sabah: Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan Mt Kinabalu Resort and Spa

Assalamualaikum. 

Hari Ke-2 Bahagian 2:

Dari Jambatan Tamparuli sis teruskan perjalanan ke Kundasang dan singgah sebentar di Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ni lebih kurang macam hentian sebelah kalau dekat highway di semenanjung. Selalu pengunjung akan berhenti dekat sini untuk ke tandas dan berehat sebentar. Sambil tu boleh lah window shopping sebab terdapat deretan kedai yang menjual makanan ringan tempatan, buah-buahan dan juga sourvenir. Pemandangan di Pekan Nabalu ni pun cantik juga. Kalau awan tak tebal boleh nampak Gunung Kinabalu. Tapi waktu sis sampai awan tebal maka Gunung Kinabalu pun tersorok.  Huhu.



Ni gambar-gambar di sekitar Pekan Nabalu.  Sis tak teringat pun nak amik gambar dekat sini sebab sibuk makan dan shopping.  Sama macam dekat Gaya Market.  Hehe. Semua gambar kredit SINI






Dah complete makan dan shopping sis ke Kinabalu Park pulak yang terletak hanya 12km dari Pekan Nabalu. Kinabalu Park merupakan tapak warisan dunia yang di iktiraf oleh Unesco dan merupakan yang pertama di Malaysia. Tarikan utama di sini tak lain tak bukan ialah tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu semua pendaki. Selama ni sis duk ingat semua yang daki Gunung Kinabalu tu masuk melalui Desa Cattle Dairy Farm tu.  Haha. Dekat sini jugak korang boleh tengok flora dan fauna yang ada.  Tapi sis tak pergi pun sebab dah lewat petang.  Sis just jalan-jalan dekat depan tu jer.  









Memandangkan hari pun nak gelap, dari Kinabalu Park sis terus ke tempat penginapan di Mt Kinabalu Heritage Resort and Spa yang terletak di atas bukit di kawasan pekan Ranau.

Ni kawasan di bahagian depan resort. 






Bahagian ruang lobi. 


Bilik kami malam tu. 


Pemandangan dari tingkap bilik. 


Yang best pasal resort ni dia ada 'secret garden' yang terletak di belakang bangunan.  Dekat situ ada satu pelantar untuk kita tengok Gunung Kinabalu.  Tapi macam sis kata tadi,  hari tu awan tebal so tak nampaklah si gagah perkasa tu. Tapi memang layan view dari pelantar tu. Best sangat. 










18 comments:

  1. Seronoknya melawat Sabah.
    Negeri di bawah bayu.

    ReplyDelete
  2. Wah, seronoknya kak Ana dapat bercuti kat Sabah... Ntah bila giliran saya.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki sis sekeluarga. InsyaAllah nanti sampai rezeki Shikin pulak. ❤

      Delete
  3. Cantiknya Kundasang!! And, mewahnya nampak bilik penginapan tu. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Ana Kundasang. Nanti kena sampai sini tau kalau pergi KK lagi. 😊
      Bilik tu kongsi bertiga. Ok lah jugak. 😊

      Delete
  4. sejukkk..rasa malas nk kesana sini tu dgn bilik dan kenyamanan udara cam gitu..terus tarik selimut sambil golek2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. malam dekat sana ana bergolek dalam selimut sambil belek hp. hehe

      Delete
  5. bestnye !!! kakak pon dah masukkan Sabah dalam wishlist.. harap dapat la singgah sana nanti2.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki sis ke sana nanti. Explore sehabis mungkin. banyak tempat menarik dekat Sabah. Saya pun nak kena repeat nanti :)

      Delete
  6. wah..menarik!next time ke kk nak try lah cari hotel area kundasang ni. last time tido hotel bajet je di town.memang cantik view dari pelantar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang banyak dah resort, hostel dekat Kundasang yang cantik dan unik. Tinggal nak pilih je. Hehe 😍

      Delete
  7. Puas hati dapat tahu banyak pasal Sabah melalui Ana :) Hotel dan secret garden cantik. Bilik pun luas jugak.. menarik semuanya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua insyaAllah. Terima kasih Siqah 😘

      Delete
  8. Replies
    1. Memang cantik dan nyaman. Kena datang sini tau Sha 😊. Tengok dengan mata sendiri tak sama dengan dalam gambar ❤

      Delete
  9. Cantiknya pemandangan! pernah pergi sini sekali ja. Rasa nak pergi lagi. Tapi resort ni tak pernah lah pergi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kundasang memang sangat cantik kan. Tak puas pergi sekali. Hehe.
      Sekarang ni dah banyak hotel atau lodge yang unik dan cantik wujud. Pilih je mana kita nak. Tapi kena book awal. Macam goreng pisang panas je semua tu. 😅

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤