Bercuti di Sabah : Masjid Negeri dan Pasar Kraftangan - Ana Suhana

Feb 7, 2017

Bercuti di Sabah : Masjid Negeri dan Pasar Kraftangan

Assalamualaikum. 

 Hari Ke-3 Bahagian 2 (akhir)

Perjalanan balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu memakan masa hampir 3 jam. Ini kerana terdapat banyak kenderaan termasuk lori-lori besar menuju ke Kota Kinabalu. Bila dah ada lori besar di depan, kena tunggu turn lah nak memotong. Jalan dekat sini semuanya satu lane. Tu yang menyebabkan masa banyak habis on road. Memandangkan pukul 5.30 dah nak kena pulangkan kereta so sis sempat pergi 2 tempat je. Memang terkejar dan tak sempat nak amik gambar pun.

Sampai-sampai di Kota Kinabalu sis terus ke Masjid Negeri Sabah yang terletak di Bulatan Sembulan, Jalan Tunku Abdul Rahman untuk solat terlebih dahulu. FYI, masjid ni pernah diiktiraf sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Reka bentuk masjid ni berkonsepkan reka bentuk di Timur Tengah dan konsep moden.

Pic kredit SINI
Pic kredit SINI

Pic kredit SINI
Pic kredit SINI
Lepas solat semua sis terus ke Pasar Kraftangan (Filipino Market) untuk last minute shopping. Dekat sini macam-macam ada di jual. Of course sourvenir lah yang paling banyak. Makanan ringan pun ada juga. Sis hanya beli brooch, gelang mutiara, FM, baju dan makanan ringan (amplang dan kerepek).
 
Pic kredit SINI

Pic kredit SINI

Pic kredit SINI

Pic kredit SINI
Dari Pasar Kraftangan sis ber 'Running Man' ke pasar basah yang terletak berhampiran untuk beli fresh seafood untuk di bawa pulang ke KL. Sebenarnya kalau nak dapat yang betul-betul fresh dan murah kena pergi awal-awal pagi tapi memandangkan sis dari Kundasang dan sampai lewat petang, banyak seafood yang dah habis dan harga mahal sedikit tapi masih murah berbanding harga di KL. Size ketam, udang dan sotong pulak besat-besar. Lepas pilih dan timbang, penjual akan masukkan ke dalam polistrin dan balut sekemas-kemasnya dengan sellotape supaya senang di bawa dan memudahkan proses check in flight. Harga polistrin tu kira lain tau. Hehe.

Macam ni lah rupa seafod yang dah di pack
One good thing bila naik AirAsia, kita boleh bawa seafood ni naik ke kabin. So tak lah terlebih berat luggage. Tapi kalau Mas atau Malindo kena check in dengan luggage sekali. Scene paling kelakar time sis nak lalu dekat pemeriksaan imigresen, kan kita kena letak semua barang-barang dalam tray untuk scan. So sis letak lah kotak seafood tu sekali. Then pegawai tu tegur kata lebih kurang macam ni " Eh ni ketam, udang kan. Kenapa tak letak check in sebagai luggage?" Dalam hati sis ah sudah tadi kata boleh bawa naik kabin. Memang ketara nampak bentuk ketam udang dalam screen monitor tu. hehe. Kebetulan sorang lagi pegawai terdengar terus dia tanya sis naik kapal terbang mana. Sis jawablah AirAsia. Terus dia kasi green light dan bagitau kawan dia yang AirAsia benarkan kita bawa naik kabin.

Semua penumpang flight AirAsia yang delay

Flight malam tu delay hampir 3 jam. So berjanggut lah sis menunggu dalam tu. Alhamdulillah sampai KLIA dalam pukul 11 malam. Baru sampai rumah dah rindu Sabah. Macam mana tu???


16 comments:

  1. Masa screen monitor tu mesti comel je nampak ketam..sotong..hihihi..

    ReplyDelete
  2. Hehe. Kelakar je rasa nampak ketam sotong kat screen ek.. kalau sempat pasti ana dah snap gambar. Muahaha.

    Seronoknya percutian ana ke sabah. Siqah baca entri ana buat bertambah keinginan nak ke sabah pula :D Teringin nak makan seafood dan pergi pantai di Sabah. Semua lawa kan 😍

    Lamanya flight Ana delay. Jenuhlah nak tunggu. Alhamdullilah selamat sampai di rumah. Back to reality. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar sangat time scan tu. Hehe.

      InsyaAllah ana doakan semoga ada rezeki Siqah ke Sabah. Boleh explore sepuas2nya. ❤

      Delete
  3. ha'a. nk prgi PTAR 1 tu, kna dpt letih dlu . jhahhahah . :') kak ana, fakulti ape ehh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakulti Perakaunan. PTAR 1 tu tak sampai 5x pun kak Ana masuk. Hehe :p

      Delete
  4. Cantiknyaaa masjid tu. Siap ada air2 tu macam best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam masjid tu ada macam kolam tau Ana. Ramai orang lepas solat relax amik angin dekat tepi tu =)

      Delete
  5. tu yg x larat tu bila AirAsia ni..delay flight tu mmg sinonim kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malindo pun sama kak. Last 2 years Ana pergi bandung naik Malindo banyak kali retime. Sabor jer lah. 😅

      Delete
  6. Syoknya Sabah ni pasal seafood dia la, masa belajar dulu roomate bapak dia duduk sabah, kalau bapak dia balik sini je nanti dengarlah dia cerita makan seafood besar2 banyak2, hahaha,kadang2 kena tempias lauk seafood kat roomate dia yang seketul ni jugak kekekekeke, bahagia betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang mentah macam seafood memang murah dekat sana Mai. No wonder lah org Semenanjung kalau duduk atau pergi sana, bila balik sini tak sah kalau tak bawa balik fresh seafood tu. Nanti Mai honeymoon lah dekat sini. Explore satu Sabah. InsyaAllah berbaloi. 😘

      Delete
  7. Bila baca review akak, hati saya makin meluap-luap nak pegi Sabah... =) Noted for hubby hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai juga rezeki Shikin dekat sini 😘

      Delete
  8. wahh.. seronoknya.. memang teringin sangat pegi sabah ni.. seafood besar2 tu yg geram.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai juga rezeki awak sekeluarga di Sabah. Boleh makan dan bawa balik seafood banyak2. 😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤