Sushi King Card

Assalamualaikum.

Korang suka tak makan sushi? Sis baru jer 2 tahun nie baru boleh masuk ke anak tekak. Kalau tak, tak sempat masuk mulut dah loya tekak. Selalunya sis beli dekat Jusco jer tapi bila Sushi King dah dapat halal Jakim baru sis beralih arah.

Pencinta tegar Sushi King mesti tau kalau kita ada member card boleh dapat 10% diskaun kan. Member card tue valid dekat semua outlet kecuali di outlet Sushi King Express.


Kad tahun lepas. Time nak bayar baru perasan kad dah expired.

Tapi start tahun 2017 nie dah takde 10% diskaun tue tau dia ganti dengan voucher. Untuk setiap rm10 kita  bayar akan dapat rm1 voucher untuk digunakan pada pembelian seterusnya. Macam rugi sikit lah dengan voucher nie. Tapi ok lah dari takde pape kan.



Kad baru lagi comel :)

Macam semalam sis renew card kena bayar rm20 dan terus dapat voucher bernilai rm20 untuk digunakan pada pembelian seterusnya. Kiranya macam free jer lah sebenarnya member card tue. 


Kena beli rm20 ke atas baru boleh guna voucher nie.
Tapau untuk dinner  tak lupa :)

Tip: Korang kalau teringin nak makan tapi takut tak lalu, sis suggest beli yang dekat Jusco dulu. Amik yang isi dia timun ke, crab fillet ke. Kalau tak boleh juga try buat sendiri sebab punca sis boleh makan sushi bila colleague sis buat sendiri depan mata. Kira homemade sushi lah. Hehe

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

4 comments:

Zafirah Nazri said...

saya langsung tak boleh nak makan sushi . erm erm

Ana Suhana said...

Try buat sendiri insyaAllah boleh makan. 😀

Shahida Dzulkafli said...

Sha memang suka.. tapi jarang beli sebab jarang jumpa.. hehehe..

Ana Suhana said...

Dah jumpa boleh makan puas2 ye. Tak pun buat sendiri jer Sha :)

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤