Sunat Jumaat : Baca Al-Kahfi dan Selawat Ke Atas Nabi - Blog by Ana Suhana

Jan 6, 2017

Sunat Jumaat : Baca Al-Kahfi dan Selawat Ke Atas Nabi

Assalamualaikum


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(Surah Al-Jumu'ah, ayat 9)

👉Antara sunat Hari Jumaat👈 

01. Baca surah Al-Kahfi

Nabi S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat"
(HR Baihaqi)


02. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

"Sesungguhnya manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku"
(HR Tirmidzi)

03. Datang awal ke masjid

04. Banyakkan bersedekah

05. Memakai wangian

06. Memakai pakaian yang cantik

07. Banyakkan berdoa


6 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤