Perjalanan sebagai seorang Blogger - Ana Suhana

Jan 23, 2017

Perjalanan sebagai seorang Blogger

Assalamualaikum.

Sis di tag oleh si cantik manis Mellya untuk join segmen pencarian bloglist oleh Farhana Jafri.



Perjalanan sebagai seorang Blogger 

Blog BCSB nie boleh dikatakan mula wujud pada akhir  tahun 2011. Kira dah hampir 5 tahun dah tapi baru 3 bulan nie betul-betul aktif. Entri pun tak sampai 150 lagi. Follower pun kurang dari 20 orang setakat Nov 2016. 

Kenapa slow sangat pergerakan blog nie? 

Kalau blog lain untuk tempoh 5 tahun tue mesti dah beribu entri kan. Tapi blog BCSB nie macam hidup segan mati tak mahu. Huhu. Sebenarnya banyak cerita nak dikongsi tapi tuntutan kerja sebagai seorang auditor menyebabkan blog nie terbiar begitu lama. Kerja boleh dikatakan 24/7. Pergi dan balik kerja tak jumpa matahari. Tidur di pejabat tue bukan satu perkara yang asing. 24 jam menghadap working paper dan audit report. Masa kebanyakkan di client office. Memang tak sempat pun nak jeling blog.

Sekarang nie bila dah tak bekerja (part time freelance accountant & auditor) baru lah boleh fokus semula pada dunia blogging. Sayang pulak rasanya nak biarkan blog nie terbiar macam tue jer. Walaupun blog nie tak sehebat blog2 yang lain tapi bagi sis ianya merupakan satu jurnal peribadi yang ada sentimental value tersendiri.

Macam mana boleh terpikir nak berblog nie?

Actually sis tahu pasal dunia blogging nie pada tahun 2009 bila tengok semua budak2 intern dekat office sis sibuk berblog. Time tue Fb baru nak naik dan Friendster masih digunakan secara berleluasa.  Tapi sis tak amik port pun sebab memang takde masa untuk semua nie.

Pada tahun 2011 MIL sis suggest supaya sis buat satu blog memandangkan sis suka sangat jalan sana sini dan jalan-jalan cari makan. MIL kata buat lah satu blog supaya dapat share dengan orang tempat-tempat yang sis dah pergi. Then dari situ baru sis terbuka hati untuk buat satu blog. Blog yang semata-mata berkongsi tempat-tempat yang sis pergi. Tiada cerita peribadi sebab tiada yang menarik pun untuk dikongsi. Huhu.

Dan paling penting tujuan utama sis wujudkan blog nie ialah untuk dijadikan renungan dan tatapan anak-anak cucu sis pada masa hadapan. InsyaAllah. Besar nau harapan. 😅


Kenapa bajetciputselerabesar ??

Memandangkan sis seorang pelajar jurusan kewangan, bab2 duit nie sis memang sangat details. Ye lah kerja penat-penat kenalah well spend kan. Haha. Sebab sis suka berjalan tapi pada masa yang sama nak berjimat jadinya sis kenalah pandai2 guna duit tue kan. Jadinya dari situ timbul idea nak letak nama blog nie sebagai bajetciputselerabesar. Hehe.

Progress blog selama 3 bulan nie macam mana?

Alhamdulillah sepanjang 3 bulan nie adalah peningkatan dekat blog BCSB nie sebab  sis ada ramai rakan-rakan blogger yang sangat supportive. Walaupun hanya berkenalan di dunia blog tapi mereka sangat sporting dan mereka juga salah satu penaik semangat sis untuk terus berblog. Thanks korang yang sudi support dan komen dekat entri2 sis tue. Dan teruskan sokongan korang. Sis sangat bersyukur dan happy dapat berkenalan dengan korang. Semoga perkenalan kita mendapat keberkatanNya insyaAllah.



Dengan itu sis nak tag 3 orang rakan blog sis untuk join segmen ini.








32 comments:

  1. Benar tu ana. Tuntutan kerja membuatkan kita susah nak kekal dgn blog. Siqah pun baru aktif balik start tahun lepas dan dapat kenal ana :)

    Good luck ana dalam pencarian bloglist :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ana kerja lagi nie confirm blog nie bersarang dah. Silap hari bulan password pun tak ingat 😅.

      Thanks Siqah sebab jadi salah seorang rakan blogger ana yang selalu singgah blog nie. Ana sangat menghargainya 😍

      Delete
  2. rasa sweet pula ju rasa mil suggest buat blog =D tpancar keakraban antara mil & mnntu auww !!! *mata is bling2 like shinchan =D
    Btw smoga terus sukses & selamat bsegmen tau =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIL ana lagi advance dari ana. Dia siap ada blog lagi dulu. Huhu.

      Terima kasih Jun Zie. Semoga terus berjaya jugak untuk awak. 😍

      Delete
  3. hehe moga tahun ni kita lebih active berblog ye sis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Thanks fhatin sebab selalu singgah blog sis 😍

      Delete
  4. suka baca ur travel story. keep sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear. Semoga bermanfaat hendaknya. 😍

      Delete
  5. Auditor... Memang confirm details lah.... Hihi

    ReplyDelete
  6. Fuh terbaik entry kak Ana ni... Good luck :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai punya lagi hebat. Kak ana baru nak bertapak semula nie. Byk nak kena belajar dari korang semua. Good luck utk Mai jugak ❤

      Delete
  7. Good luck!

    Sy pun jrang da dpt blogwalking. Sibuk dan line internet kat rumah yang kureng. Stress rasa.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CR.

      Jgn stress2 nanti tak comel. Hehe
      Keep calm and smile always ❤

      Delete
  8. Best of luck, kak Ana.. Insha Allah akan join dan terima kasih kerana sudi tag saya.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shikin. Good luck utk awak jugak ❤

      Delete
  9. Woww nice Ana, teruskan berkongsi tentang perjalanan destinasi yang dah dilawati di blog ni.. Sorry late baru balik jalan jalan. Hahaaa. Sibuk benor seminggu ni... Thankss, nanti kita join tauu 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bersegmen Husniey dan semoga terus berjaya 😘😘😘

      Delete
  10. eh sama lah tarikh kita join blog! Tapi sayang blog tu dah lesap hahaha. Lagi satu benda sama kita budak finance. Memang kalau boleh nak cari tempat murah sedap & banyak ;P

    Senarai peserta dah update tau sis :)
    https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/assalamualaikum-hai-to-all-of-you-guys.html

    ReplyDelete
  11. baru sempat baca ceritera Ana sebagai blogger ni...sama la kita utk simpanan utk anak cucu baca kisah kita..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Besar harapan kita nie. Agaknya apa reaksi dorang time baca nanti.😅

      Delete
  12. Selamat maju jaya dan semoga terus berblogging sis ana. Chaiyokk! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat maju jaya untuk Anis juga. 😘

      Delete
  13. wahhh.. sis suka travel.. Nurul pun memang kaki travel.. tapi tu la ~ takde rezeki lagi nak travel :D


    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Nanti dah keje boleh pergi mana2 pun yang awak nak dear 😘

      Delete
  14. Allahu akak tag unni knpa boleh x sedar, lagi pun disember hingga febuari memang unni blog slow sgt2..maaf yer :'(

    never stop travel.. lama akak da blog.. unni start 2014 tapi satu enrty je buat 2015 semua entry draft..hihihihi .. moga terus blog akak, never stop... wish u good lucjk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Time tu unni jarang dekat blog.

      Terima kasih Unni atas sokongan dekat blog kak ana. 😘😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤