Bercuti ke Korea : Lyndon Guesthouse Jejusi

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-5 Bahagian 3

Udo Island merupakan destinasi terakhir untuk iti di Jeju. Esok pagi akan fly ke Seoul pulak. Sebab tak nak tertinggal flight, sis check in di Jejusi untuk malam terakhir di sini.

Lyndon Gh nie terletak betul2 dekat tepi jalan besar menghala ke airport. So kawasan dia sangat busy compare dengan Gh sebelum nie. Gh nie berkongsi bangunan dengan orang lain dan ianya terletak di tingkat 4-7 sahaja. 



Sebelum nie sis ada review tentang Yeha Gh time first day sis di Jeju. So concept Lyndon Gh nie sebijik dengan Yeha Gh. Sis rasa mereka under the same management sebab ada sesetengah barang ada nama Yeha Gh. So fasiliti dia pun sama. Ada separate utensil untuk Muslim, happy hour, breakfast dan washer machine. To be suprised, bilik sis dari deluxe upgrade ke triple room without extra charge. Sama macam dekat Yeha Gh. Rezeki kami 3 beranak. 


Receptionist terletak di tingkat 4.  Hiasan dinding sejibik macam Yeha Gh.

Internet cafe pun ada.
Rak kasut di sediakan sebelum masuk ke bilik.  Dah simpan kasut kita pegang kunci tue.

Katil untuk 3 orang. Tapi bilik dekat sini tak sebesar di Yeha. 
Fasiliti asas yang ada di dalam bilik.
Toilet dia luas dan bersih. Shower gel dekat sini semua wangi2 tau.

Ps: Actually sis dah pernah jumpa owner Lyndon Gh nie masa Matta Fair bulan 8 tahun lepas. Sis sempat bagitau dia yang kami akan check in di hostel dia. And he is very friendly.

Lepas solat dan rehat sis and the geng keluar ke Dongmun Market untuk cuci-cuci mata. Dongmun Market nie buka sampai lewat malam dan pelbagai makanan dan barangan di jual. Kedai bawah tanah pun ada juga berdekatan Dongmun Market nie tapi harga dia tak lah berapa murah. Sis tak beli ape pun. 



Buah-buahan banyak dijual di sini.

Fishcake, antara food street yang famous dekat Korea. 



Hotteok. Pic kredit sini


video

Fish cake tue kawan sis bagitau boleh makan sebab Sakinah Omar, orang Malaysia yang study kat sana dan dia juga owner Jeju Muslim Tour pun bawak orang-orang Malaysia makan dekat sini. Sis makan sampai 5 batang dan puas hati sangat lah. Satu batang 500 won. Syafi pun suka. Selain fish cake tue sis cuba juga hotteok (korean sweet oancake). Tapi sis tak berapa suka sebab manis sangat. Perut dah kenyang, mata pun dah berat moh ler kita balik Gh dan cari katil.  Esok nak bangun pagi nak kejar flight.

-------------------------------------------------------------------------------

Beratnya hati nak sambung cerita dekat Seoul. Sebabnya something unexpected happened dan banyak aktiviti dalam iti di Seoul tak dapat di penuhi. Tapi sis yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. Stay positive!!




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

20 comments:

Jun Zie said...

best ny jln2 pat org ni =D mcm2 pgalaman mnarik dpt di critakan dgn pbaca.. Ju tgk pict rasa mcm dekat sna plak =D

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti sampai rezeki awak dear :)

Ana Fatihah said...

Seronoknyaaaa. Dah lama tak jalan2. Bilalaa pulak nak travel jauh2 nii. Huuu

Ana Suhana said...

InsyaAllah sampai nanti rezeki ana. Time tue satu benua ana pusing. :)

Nour Adieb said...

doakan sy ada rezeki pegi korea 😍 wahhh, bestnya jenjalan di negara orang

Ana Suhana said...

InsyaAllah dear. Sampai rezeki awak nanti. Jgn kata Korea, semua negara awak jejak. 😀❤

Noor Maizan said...

Seronoknya jenjalan korea. Mai suka makanan korea tapi takda kesempatan jejak sana lagi, mungkin suatu hari nanti,hehe

mira said...

Bestnya k.ana...harap dpt pegi 1 ari nnt

Ana Suhana said...

Sis pun suka. Sedapnya 😍😍. InsyaAllah mai. sis doakan moga ada rezeki mai ke sana nanti.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah, best sgt. InsyaAllah satu hari nanti sampailah mira dekat sana. Siap pusing satu korea lg. 😍

Liza Licha said...

Wahh. Seronoknya jenjalan korea !

Intan Saffyna said...

hi, saya datang singgah sini :)

Ana Suhana said...

Seronok sgt. Alhamdulillah ada rezeki sis and family :)

Ana Suhana said...

Hi intan. Terima kasih sudi singgah :)

Adam said...

Saya akan ke jeju bulan feb ni.
Thanks kongsi

Ana Suhana said...

Wah bestnye. Have fun there. I miss Jeju damn much. :)

Zafirah Nazri said...

Sedapnya tgk fishcake tu

Ana Suhana said...

Sedap sgt sbb makan time cuaca sejuk hingga ke tulang :) rindunya..

Siqah Hussin said...

Sedapnya odeng dan hotteok! Siqah suka sangat both 😍 bersungguh mencari odeng dan hotteok masa ke korea dulu. Mujur jumpa. Sedap! Kat sini, kalau nak makan odeng, siqah pergi The Street Cafe. Boleh lepas rindu kat Korea 😍 Wish to visit again..

Ana Suhana said...

Haa selamat Siqah ingatkan nama odeng nie. Ana lupa sgt nama dia. Ana tak penah lg dgr nama The Street Cafe nie. Bolehlah pergi nanti sebab dah rindu sgt nak makan odeng nie :D. Thanks Siqah share info

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤