Bercuti ke Korea : Feliz Town Seogwipo - Ana Suhana

Jan 3, 2017

Bercuti ke Korea : Feliz Town Seogwipo


Bercuti ke Korea : Feliz Town Seogwipo l Assalamualaikum. memandangkan hari pun dah petang bila dah habis pusing di Seopjikoji, Ana decide untuk check in di Feliz Town Seogwipo terus. Tapi sebelum tue Ana sempat singgah di Paris Baguette Cafe terlebih dahulu sebab nak cari makanan untuk kudapan malam nanti. Kafe ni terletak betul-betul berhadapan dengan Seongsan Ilchulbong Peak Menurut Korean Tourism Organisation KL kafe ni satu-satunya bakery shop yang tak gunakan bahan-bahan tidak halal. Jadi semua roti dan kek dia kita boleh makan. Surau pun disediakan di tingkat atas.

Korea Hari ke-4 Bahagian 4 : Feliz Town Seogwipo

Rata-rata pelancong Malaysia yang dah pernah ke sini kata sweet potato bread dia sedap teramat dan jadi igauan bila balik di Malaysia. Masa Ana ke sini masih ada beberapa biji sweet potato tu jadi Ana rembat semua sekali. Memang sedap macam yang di kata. Terasa kemanisan isi kentang dalam roti tu. Bau hangit-hangit kentang tu buat rati ni semakin menarik. 3 biji sekali Ana makan.

Paris Baguette Seogwipo
Paris Baguette Seogwipo
Dari Paris Baguette Seogwipo kami terus ke GH. Jarak hanya 10 minit perjalanan. Sampai-sampai jer dekat tempat parking, staff GH dah ada dekat sana. Siap keluar sambut Ana and the geng. Memang friendly sangat orangnya Selesai urusan check in dekat, staff tue bawa kami ke bilik masing-masing.

Bilik dekat sini terbahagi kepada dua bahagian. Satu di bahagian yang ada tingkat hijau di bawah ni dan satu lagi di bahagian sebelah. Bilik Ana di tingkat hijau tu manakala bilik rakan yang lain di bangunan sebelah. Harga semalam 58,000w.

Feliz Town Seogwipo
Feliz Town Seogwipo

Feliz Town Seogwipo
Feliz Town Seogwipo
Buka-buka je pintu Ana terus macam wow. Bilik dia punyalah besar dan sangat luas untuk syafi berlari sana sini. Bilik pun bersih dan kemas sangat. So far ni bilik yang paling besar masa Ana menginap di Korea. Semua fasiliti asas disediakan dengans sebaiknya. Selesa yang amat. Boleh mimpi indah orang kata. hehe.

Feliz Town Seogwipo
Feliz Town Seogwipo.

Feliz Town Seogwipo
Feliz Town Seogwipo
The best thing tentang bilik ni ialah kitchenette yang lengkap disediakan. Semua kemudahan seperti periuk, rice cooker dan pinggan mangkuk ada disedikan. Tinggal nak bersihkan guna sabun taharah je. Boleh memasak lah senang cerita dalam bilik ni. Tapi masak yang biasa-biasa je lah bukan yang heavy tu.

Malam tu semua pakat makan malam dekat bilik Ana. Kami masak nasi goreng dan sphagetti. Seronok makan ramai-ramai. Sampai masing-masing kekenyangan. Ana pun sempat masak nasi untuk bekalan esok hari. 
Feliz Town Seogwipo
Feliz Town Seogwipo

8 comments:

  1. bestnyaa gi korea.. Nurul pun ada angan2 jugak nak gi korea.. tapi tak tahu bile >.<"

    singgah sini
    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki sis. nak join jugak contest tue. :)

      Delete
  2. Seronoknya travel negara orang! Nak pergi jugak one day, kalau ada rezeki. Nak jumpa boyfriendsss sana. Haha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki sis tahun lepas. InsyaAllah ada rezeki awk jugak dear. And jumpa oppa mata sepet jugak 😀

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah antara memori terindah nie. Thanks for reading dear 😍

      Delete
  4. Alamak..teruja tengok roti tu je.. hehehe..
    memang nampak menarik walau hanya dalam gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sha. Tak jumpa dekat sini lagi roti mcm tue :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤