Petting zoo di Farm in The City - Blog by Ana Suhana

Jan 21, 2017

Petting zoo di Farm in The City

Assalamualaikum.

Minggu terakhir 2016 yang lepas, sis berkesempatan ke Farm in The City yang terletak di Taman Equine, Seri Kembangan. Sebabnya Syafi duk minta nak bagi ikan makan so sis pun decide bawa dia ke sini. Bolehlah Syafi kenal haiwan-haiwan lain secara lebih dekat. Selalu tengok dalam buku dengan tv jer.


Peta untuk ke sini

Harga tiket korang refer gambar dekat bawah nie. Senang sikit tengok berbanding tulis kan. Waktu operasi pun sis attach sekali.





So Syafi masuk free jer dalam tue. Jimat duit. Hehe. Jangan lupa present IC kita time nak beli tiket tue tau. Lepas bayar nanti kita akan dapat tag tangan, kupon diskaun untuk sourvenir berharga Rm5 dan peta. Dekat peta tue ada  jugak waktu pertunjukan haiwan.



Farm in The City nie bertemakan petting zoo di mana kita boleh sentuh dan bagi makan dekat haiwan-haiwan di sini. Best tau korang. Mak budak pun teruja. Makanan boleh di beli dekat mesin-mesin makanan yang di sediakan. Satu kotak makanan berharga Rm2. 


Kampong Mahmood
Longkang Fishing


Pet Village

Mood's Lake untuk fish and swan feeding
Savannah

Alpaca di Savannah

Gelojoh tau Alpaca nie. Tapi comel :)

Di sini terdapat lebih daripada 100 spesis haiwan di pamerkan di dalam kandang kaca atau di biarkan berkeliaran di dalam habitat masing-masing.


Racoon
Pony Stable

Jungle Walk. Pandai pulak dia posing.

Free-flight Bird Aviary

Turtle & Tortoise Farm

Nie dah tahap obes. Tak bergerak2 pun. Haha

Exhibiton Hall

Sebenarnya Farm in The City tak lah besar mana. Tapi bila kita dah berhenti dekat setiap kandang haiwan tue, tue yang jadi berjam-jam duduk dalam nie. Kuyup jugak lah baju dengan peluh. Hehe. Nanti akhir sekali sebelum kita keluar, staff akan bag sijil dekat setiap kanak-kanak sebagai kenangan yang merek pernah datang di sini. Menarik kan.


Sijil pun comel :p

Sourvenir untuk kenangan

So pada yang tak tau nak bawa anak-anak pergi mana hujung minggu boleh lah bawa dorang dekat sini. Confirm tak menyesal. Sambil berjalan boleh kenal dan dekati haiwan.❤




16 comments:

  1. Replies
    1. Biasa jer tempat dia tapi plg best sebab boleh pergi dekat dgn haiwan dan bagi makan. 😀

      Delete
  2. Pernah pergi sini bawak anak buah few years back.. Paling suka masuk tempat burung tu.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat burung tue kita hulur tgn jer. Nnti burung tue dtg sendiri kan. Best 😍

      Delete
  3. Memang best tempat nie..
    Sha pernah bawa Amani dan Imani..
    Puaslah mereka berdua dengan haiwan dalam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sha. Kalau pergi Zoo dpt tgk dari jauh jer. Dekat sini siap boleh pegang lagi. Ana pun suka 😊

      Delete
  4. bestnya..nanti boleh bawak anak buah datang sini mesti seronok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm anak buah awak seronok dekat sini. Lagi2 bila dapat bagi makan dengan tangan sendiri. 😀

      Delete
  5. boleh sentuh direct ke sis?? dia tak gigit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Hampir kesemua haiwan dekat sini kita boleh sentuh. Menggigit tue tak pasti sebab sy perasan dekat kandang kuda jer ada warning signboard suruh berhati2 sebab kuda menggigit. Tapi so far sy bg makan dekat haiwan2 dekat sini semua ok jer. Time dia dah gigit makanan tue cepat2 lepas 😅

      Delete
  6. best kan bawak budak2 pergi sini, diorang lg byk explore dan bebas boleh sentuh haiwan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak budak yang terlebih excited dekat sini. hehe. seronok sangat. pelbagai jenis haiwan ada dekat sini. puas hati :)

      Delete
  7. wah....tq share...baru tau ni ade tmpat best dekat2 sini...wajib pegi bawak anak2 ni

    ReplyDelete
  8. nice place.. simpan untuk jalan nanti hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤