GIVEAWAY 5 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR - Blog by Ana Suhana

Jan 5, 2017

GIVEAWAY 5 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR

Assalamualaikum


http://thefzhmdnr.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html




💗  Self positive when i sad 💗


Perkara utama yang sis buat bila sis sedih ialah sis akan kenang balik perjalanan hidup sis dari dulu sampai sekarang. Kenapa??


Zaman kanak-kanak sis dulu sangat susah. Parents sis langsung bukan orang senang. Kerja pun sebagai penjaga parkir jer. Duit gaji cukup untuk makan pakai jer. Nak sewa rumah tak mampu jadinya kami tinggal nun di dalam hutan jauh dari rumah orang. (Kira mcm penempatan haram lah. Hehe). Bekalan elektrik dan sumber air paip of course lah takde kan. So guna lah generator dan sumber air amik dari anak sungai. Comotnya kami jangan cakaplah. Bila tengok balik album gambar dekat rumah makcik, tersengih-sengih sis tengok rupa sis dua beradik. Hitam dan keding compare dengan sepupu-sepupu yang lain. Haha


Lepas tue bila mampu sikit, ayah sewa rumah makcik dekat kawasan perumahan. Baru lah bertamadun. Haha. Ayah time tue dapat kerja dekat Avon. Kira hebat dah tue untuk kami adik beradik. Time tue sis dah ada 2 adik dan coming soon dalam perut. Tapi kehidupan tak mewah pun. KFC setahun sekali pun susah nak dapat. Mainan satu ketul pun takde. Main lah panjat-panjat pokok, teng teng, galah panjang da sebagainya. Bestnye zaman tue. Tapi sikit pun kami tak sedih. Sedih tue datang cuma bila time raya jer. Semua orang pergi berjalan rumah saudara mara tapi sis pergi rumah nenek atuk dekat taman sebelah jer. Lepas tue balik rumah tunggu lah kalau ada orang nak datang. Kira time tue family sis macam tak bercampur saudara lah orang kata. Ye lah, kami berlima dan ada motor jer time tue. Celah mana nak pergi sana sini. Saudara mara semua jauh-jauh. Sampai pernah dipulaukan akibat salah faham. Tapi sekarang semua dah berbaik semula.

Lepas tue masuk sekolah rendah seterusnya sekolah menengah. Pun hidup susah. Kalau nak merasa ada duit sendiri pergi lah amik upah dekat pasar tolong orang jual kuih, jual soto, jual mee, amik upah bersihkan kacang rebus bertong tong. Dapat gaji jer terus belikan makanan untuk adik-adik. Kira bangga dah time tue dapat gaji sendiri. Tuition langsung tak pernah dapat pergi walau hati meronta-ronta nak ikut kawan-kawan. Jiwa remaja lah katanya. Habis sekolah sesi pagi kena jaga kedai runcit pulak sampai petang. Time tue arwah atuk bagi kedai runcit kecik jer dekat ayah suruh sambung berniaga. So ayah berhenti kerja dan bekerja sendiri sambil amik upah mengajar ngaji. Dah tutup kedai belah petang malam kena tolong ajar ngaji pulak. Itulah rutin harian time sampai sis nak duduk SPM. Senang kata sis tuition sorang-sorang dekat kedai runcit tue.

Lepas SPM alhamdulillah dapat masuk U. Time tue sis dah risau mana nak cekau duit nak bayar itu ini. Selamat ada PTPTN. Haha. Memang sis fully utilise lah loan tue. Loan PAMA satu sen pun sis tak pernah minta. Sampai degree pun guna PTPTN. Jadinya loan PTPTN melambak2. (Lepas tolak KWSP pun melambak lagi outstanding. Nangis bucu katil. Huhu.)



Dah habis belajar apa lagi sis kerja lah. Nak kumpul duit semampu boleh. Dan start time nie kehidupan sis berubah banyak sangat. Alhamdulillah. Walaupun gaji cukup-cukup makan jer tapi memang nampak perubahan tue. Dapat travel sana sini, dapat bagi parents duit bulanan, dapat belanja adik beradik. Semua lah. Kalau boleh tak nak mereka rasa kesusahan yang sis alami dulu. Setahun kerja terus bertemu jodoh. 3 tahun kemudian dikurniakan cahaya mata. (time tue pressure giler sebab orang asyik tanya jer bila nak dapat baby. Sekarang dah ada sorang, orang asyik tanya bila nak bagi Syafi adik pulak. Sedih jugak nie!!)


Dan sekarang bila setiap kali sis rasa sedih (sebab kegagalan ke, tak dapat sesuatu ke, di timpa musibah ke, sedih sebab orang sekeliling ke) sis bila  akan kenang balik semua kesusahan tue untuk terus keep positive. Sis yakin dengan perancangNya. Apa yang berlaku semua adalah yang terbaik untuk diri kita dariNya. Kita jer yang selalu tak nampak hikmah di sebalik semua kesedihan dan kesusahan yang kita alami. Sentiasa ingat, akan ada pelangi yang cantik selepas hujan.  


9 comments:

  1. Tahniah Ana..
    http://thefzhmdnr.blogspot.my/2017/01/pengumuman-pemenang-giveaway.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha.
      Alhamdulillah ada rezeki Ana kali nie. :)

      Delete
  2. Sedih siqah baca kisah ana.. tapi siqah tahu, itu yang menjadikan ana seorang yang kuat sekarang. Alhamdullilah ana dah boleh bantu ibu bapa dan keluarga :)

    Siqah pun sama nasib bab anak. Dah 3 tahun kahwin dan masih belum ada rezeki anak. Stress jugak bila orang asyik tanya :( Macam mereka tak tahu yang rezeki anak drpd Allah. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La Tahzan innallaha ma'ana Siqah. Belum sampai rezeki anak utk awk dear. So enjoy dulu hidup berdua buat masa nie. Sentiasa yakin dengan perancangan Allah.

      Pakcik ana dulu selalu advice ana bila stress pasal org tanya bila nak ada anak. Sebab dia dulu pun 8 tahun tggu baru ada rezeki. Alhamdulillah skrg dah 3 hero. So keep positive and smile.
      Ana doakan semoga dimurahkan rezeki untuk Siqah ❤

      Delete
  3. So inspiring. Tahniah sis menang GA :3 *dari GA yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih dear 😍

      Delete
  4. Assalamualaikum, tahniah Ana kerana kisah awak menjadi sumber inspirasi kepada pembaca.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalah Shikin. Mudah2an bermanfaat pada semua. Kenangan semua tue. Hehe :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤