Dubuyo Urban Korean Food

Assalamualaikum.


Sebelum sis dan family ke Korea tahun lepas, sis sempat mencuba untuk pertama kalinya makanan Korea di Dubuyo nie. Sebenarnya dah lama sangat sis teringin nak makan dekat Dubuyo sebab setiap kali pergi Sunway Putra Mall mesti lalu depan restoran nie. Tapi tak pernah nak dapat sebab tekak En Suami tekak melayu totok orang kata. Puas pujuk tapi tak berhasil.

Nak jadi cerita, time buat itinerary Korea sis cakap nanti dekat En suami yang dia nanti kena makan jugak makanan Korea dekat sana. Tak larat nak bawa makanan dari Malaysia banyak-banyak. Buat berat luggage nak usung sana sini. So sebagai persediaan moh kita try Dubuyo. Rela dalam terpaksa En Suami pun setuju.

Sampai-sampai dekat Dubuyo sis blurr tak tahu nak pilih apa. Banyak sangat pilihan. Last-last sis panggil staff Dubuyo untuk suggest menu untuk sis sekeluarga. Haha.

Set for 2 + chicken bibimbap

Muka orang excited

Muka orang terpaksa sebelum pekena bulgogi. Lepas dah rasa siap order bulgogi extra. Haha

 All day set for 2 - Rm56.85

- Chicken Soondubu Jigae (sup ayam jernih mix dengan telur, tahu)
- Beef Honey Garlic Bulgogi ( daging manis yang sangat lembut)
- rice
- barley tea / green tea
-free flow banchan 


Sis order side dish iaitu chicken bibimbab (Rm12). Tapi sis tak berapa nak suka rasa dia. Lepas habis makan semua En Suami buat senyum kambing. Rupanya boleh jer makanan nie masuk dalam tekak dia. Tak teruk langsung rasa Korean food nie. To be suprised, sis jatuh cinta dengan kimchi. Sebelum-sebelum nie tak tahu macam mana rasa kimchi nie. Selalu dengar orang duk kata sedap. Sekali sis makan memang betul. Makan dia saja dengan nasi panas pun dah sedap.

Lepas dari tue ada lah 2 kali kami datang semula ke Dubuyo. Order set yang sama dan ada tambahan yang lain. 

Gambar amik dari Instagram Dubuyo jer sebab tak jumpa gambar makanan-makanan nie.

Maandu aka ladu-Rm7.50. Not bad rasa dia. Kena dip dengan soy sauce baru ok.

Spicy topokki -Rm17.30 . Like it damn much. Rasa macam yong tau fu. Kena makan 2 orang sebab cepat kenyang.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

6 comments:

  1. Teringin nak tahu macam mana pengalaman sis spend duit sebelum dan semasa bercuti ke oversea. Backpack atau agency. Ira pun suka berjalan tapi belum pernah sampai lah ke oversea eheee. Harap kalau sis sudi berkongsi pengalaman dan tips :D

    *jemput join segmen pertama ira http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-februari-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan pulak sis nak share tips sebab sis noob lagi bab2 travel nie. Banyak lagi nak kena belajar. InsyaAllah nanti sis kumpul info based on experience sis dan kawan2 yg lain 👌

      Delete
  2. Dapnyerrrr. Lapar pulak memalam niii~ :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Samalah kita. Mana nk cari topokki memalam nie 😅

      Delete
  3. Spicy topokki tu nampak menarik..
    Sha pun jenuh pujuk suami untuk cuba makanan korea..
    Tak ingat makan kat restorant apa tapi dekat IOI Mall.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan rasa makanan Korea nie sama jer Sha dekat mana2 restoran.
      Spicy topokki tue antara fav ana =D

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤