Bercuti Ke Korea : Bukchon Hanok Village

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-7 Bahagian 2

Dari Changdeokgung Palace sis ke Bukchon Hanok Village pulak. Jalan kaki jer dalam 15 minit macam tue. Ada banyak tempat menarik sebenarnya dekat kawasan nie yang korang boleh pergi. Tapi sis pergi 2 tempat nie jer. 


Route untuk jalan kaki dari Changdeokgung Palace ke Bukchon Hanok Village

Bila sampai jer dekat kawasan Bukhon Hanok Village tue sis macam pening sikit sebab tak tahu nak mula dari mana. Kebetulan ada satu group pelancong dari Indonesia baru keluar dari salah satu lorong di perkampungan tue so sis cepat-cepat tanya dorang. Dorang pun explain siap bagi maps lagi. Makasih ya. 

Beberapa saat sebelum lorong nie sesak dengan orang

Wefie dengan budak demam

Yang penting tetap kena mendaki dekat sini

Bukchon Hanok Village merupakan satu kawasan perkampungan yang terdiri daripada rumah-rumah traditional yang di panggil Hanok yang dibina semasa zaman Dinasti Joseon. Bukchon pula bermaksud perkampungan utara di mana kawasan ini muncul sebagai satu kawasan kejiranan di utara di antara dua mercu tanda Seoul iaitu Cheonggyechon Stream dan Jongno. Sumber dari Visit Korea

Warna rumah dan dinding di sini semua sama


Antara pintu rumah yang menarik

Belakang tue kedai jual pewangi. Bila lalu sedap je bau.
Mural-mural di dinding pun cantik



Semasa berada di sini, kita di minta untuk tidak membuat bising kerana takut menggangu penduduk-penduduk yang berada di rumah. Ye lah, dah masuk kawasan orang tue pandai-pandailah behave kan. Ada sorang ahjumma tue kerja dia ulang alik dekat sini tegur orang-orang yang buat bising. 

Bukchon Hanok Village nie pernah di jadikan lokasi pengambaran beberapa buah K-drama

Kalau nak tour keseluruhan kawasan memang makan masa. Sis hanya spend dalam 40 minit jer dekat sini sebab ramai sangat orang. Takut Syafi tak selesa. Dah puas bergambar masa untuk lunch. Lepas Google punya Google sis decide untuk ke Boa Travel Gh.  Kena naik subway jugak.  Sis sambung dekat next entri lah ye dan itu entri terakhir sis di Korea. :(


Antara kedai jual cenderamata yang ada di tepi jalan untuk ke sini

Tempat untuk bergambar pun ada di beberapa lokasi di sekitar kawasan nie


Bercuti Ke Korea : Bukchon Hanok Village Reviewed by Ana Suhana on January 17, 2017 Rating: 5

2 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.