Bercuti di Sabah : Tanjung Aru dan Restoran Haji Manja - Blog by Ana Suhana

Jan 27, 2017

Bercuti di Sabah : Tanjung Aru dan Restoran Haji Manja

Assalamualaikum.

Hari Pertama Bahagian 2:

Balik dari island hopping di Tunku Abdul Rahman National Park masing-masing dah lemau. Dengan penat bangun pagi-pagi buta ke KLIA lagi semua tue bercampur jadi satu. Hehe.

Lepas rehat dan solat perut masing-masing dah bergendang. Last makan waktu dalam flight pagi tadi. Semua cepat-cepat bersiap untuk dinner. Sebelum pergi makan, sis singgah di Tanjung Aru dulu nak tengok sunset. 




Memang sangat cantik sunset di Tanjung Aru nie. No wonder lah ramai orang lepak dekat sini di tambah pulak dengan lokasinya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar.

video

Dari Tanjung Aru sis terus ke Segama Waterfront untuk dinner. Dekat sini terdapat medan selera yang terdiri daripada deretan kedai yang jual seafood. Betul-betul tepi laut. Once korang dah masuk dekat dalam tue, nanti akan ada ramai pekerja kedai approach korang pergi ke kedai mereka. Pilih jer mana satu korang nak. Hehe. Lepas pusing-pusing akhirnya sis ke Kedai Haji Manja.


Belakang tue lah deretan kedai jual seafood

Konsep dekat sini sama jer macam restoran seafood dekat Semenanjung. Kita pilih seafood mana yang kita nak, timbang dan bagitau nak masak apa. Cuma dekat sini tak jumpa lah ikan macam di Semenanjung. Siakap ke pari ke harap maaf tiada ye. Terpinga-pinga gak lah sis nak pilih ikan sebab tak tahu ikan apa semua tue. Haha. Udang, ketam, kerang semua size XXL. Geram jer tengok.





Lepas pilih tunggu jer lah dia masak. Dalam 40 minit semua hidangan dah complete. Lama jugak lah sebab ramai orang kan. So far semua makanan sedap dan paling penting semua segar. Isi seafood semua manis-manis. Memang puas hati.







Total kami makan malam tue campur dengan air, sayur dan nasi semua dalam Rm300. Murah kan?? So korang kalau nak makan dekat Kota Kinabalu nie jangan lupa datang dekat sini tau. InsyaAllah puas hati.




8 comments:

  1. Wah..bestnya bercuti,seafood sedap betul nampak,dah la Kak Sue memang peminat seafood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Memang sedap dan fresh. Saya pun peminat tegar seafood. Ratah lauk saja. Hehe

      Delete
  2. kak ana, kalau kat sabah sy x tau sngt tmpt mkn yg best 😂😂😂 kalau kat kedah, dah hafal. kengkadang tfikir, sy ni org sabah ke kedah? wkwkwkwkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap hafal ye tempat makan best kat kedah tue. Boleh jadi duta kedah lepas nie. Haha. Tapi standard lah. Kita selalu tau tempat luar dari tempat kita sendiri. 😅

      Delete
  3. hihi dulu duduk sabah hari2 makan kerapu tomyam. Balik sini keli je lah mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keli berlada pun dah hebat. Tak toleh kiri kanan dah kalau makan. Hehe

      Delete
  4. Cantiknya sunset di Tanjung Aru 😍 Sedapnya semua seafood! Serius sedap. Murah tu harga rm300 untuk banyak hidangan camtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sunset dekat Tanjunge Aru tu. Jelas sejelasnya. 😍😍
      Ana pun rasa murah sebab banyak dan paling penting fresh. 👍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤