Bercuti di Sabah : Gaya Market, Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli

Assalamualaikum.

Hari Ke-2 Bahagian 1:

Hari ke-2 di Kota Kinabalu sis akan ke Kundasang. Yeahhh. Sis is so excited sebab Kundasang adalah tujuan utama sis ke Kota Kinabalu ni. Tapi sebelum sampai ke Kundasang sis sempat singgah di beberapa tempat di sepanjang 2 jam perjalanan tersebut.

Tempat pertama yang sis singgah ialah Gaya Market yang terletak di Jalan Gaya. Gaya Market ni di buka setiap hari AHAD sahaja tau bermula dari 6.30 pagi sehingga pukul 1 petang. Macam-macam barangan di jual di sini seperti sourvenir (baju, brooch, aksesori wanita), hasil kraftangan, barangan antik, makanan dan juga sayur-sayuran. Boleh rambang mata di buatnya. Harga pun agak murah. Sis spend dalam sejam jer dekat sini. Tak boleh lama-lama, berbahaya!! Hehe.

Gambar Gaya Market ni semua sis kredit di sini. Tak sempat nak amik gambar pun time dekat sini sebab tempat ni sangat crowded dan lagi satu sebab leka bershopping. Hehe.





Dari Gaya Market sis teruskan perjalanan ke arah Kundasang. Tempat seterusnya yang sis singgah ialah Rumah Terbalik ( Upside Down House) yang terletak di Batu 21, Jalan Jalan Telibong, Tamparuli.




Rumah Terbalik ni berkonsepkan rumah suku kaum Bajau di Kota Belud. Semasa kita berada di dalam rumah tu, kita tak dibenarkan untuk mengambil atau merakam sebarang bentuk gambar. Harga tiket ialah Rm10.60 seorang. Kanak-kanak bawah 3 tahun FOC. Ada juga 3D museum bersebelahan dengan Rumah Terbalik ni. 

** Pada pendapat sis, tak masuk ke dalam Rumah Terbalik ni pun takpe. Kalau setakat nak bergambar, boleh jer masuk dekat kedai dalam tu then time nak keluar bergambar lah dekat tepi tu macam gambar-gambar sis dekat bawah ni.








Memandangkan sis dah berada di Tamparuli, rugi rasanya kalau tak singgah di Jambatan  Gantung Tamparuli. Menurut cerita, Jambatan Tamparuli telah digunakan oleh suku kaum Kadazandusun untuk menyeberangi sungai sejak zaman berzaman. Walaupun jambatan yang ada sekarang ni bukan jambatan asal kerana jambatan asal telah musnah akibat banjir, namun sis tetap rasa teruja bila berada di atas jambatan gantung ni. Bergoyang dan beralun bila kita lalu ramai-ramai. Seram pun ada. Hehe.







Di bawah Jambatan Tergantung Tamparuli ni terdapat sebuah jambatan pendek yang boleh muat kenderaan dari satu hala jer pada satu-satu masa untuk menyeberangi Sungai Kiulu untuk ke arah Kundasang. Bila hujan lebat, paras air sungai akan naik dan menenggelamkam jambatan pendek sehala ni. 





Bercuti di Sabah : Gaya Market, Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli Reviewed by Ana Suhana on January 31, 2017 Rating: 5

10 comments:

  1. laaa..sis datang Sabah ka? kalau sy tahu bole la jumpa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last year trip ni. InsyaAllah nak datang lagi ke sini. Boleh kalau kau bha 😊❤

      Delete
  2. Cantikkknya lah view dari jambatan tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik lah jugak Husniey. Tapi bergoyang-goyang tue yg gayat sikit 😅

      Delete
  3. Rumah terbalik dgn jambatan Tamparuli dah pernah smpai. Tapi, Kundasang belum pernah smpai lg.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 40 minit dari Tamparuli nak ke Kundasang. InsyaAllah nanti sampai lah rezeki Ana dekat Kundasang. ❤

      Delete
  4. Masih kekal Kota Kinabalu dalam wish list...bila ntah dpt pi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki awak nanti ke sana 😍

      Delete
  5. Memang seronok melawat Sabah.
    Banyak tempat boleh dikujungi.
    Lepas ni nak carik pulau2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue WP. Sabah banyak tempat boleh pergi dan pulau2 dia semua cantik2. Tak perlu sampai ke Maldives. Bohey Dulang pun dah Marvelous. 👍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.