2017 - Ana Suhana

Dec 31, 2017

5 Perkara Yang Perlu Di Syukuri Terus Menerus

10:00 PM 14
5 Perkara Yang Perlu Di Syukuri Terus Menerus

Ada banyak nikmat yang terus mengalir dalam hidup kita; nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat mendengar, nikmat melihat, nikmat tangan dan kaki, nikmat air dan udara dan nikmat makanan.

Apakah kita ingin mata kita dibeli dengan harga 1 bilion?

Mahukah kita menjual kedua telingan kita dengan harga 1 bilion?

Beranikah kita menjual kedua tangan dan kaki kita dengan harga  bilion?

Sediakah kita menjual hati kita dengan harga 1 bilion?

Betapa banyak nikmat yang kita miliki, tetapi sering kali kita tidak bersyukur atas semua tu.

Jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya - Surah Ibrahim, ayat 34


5 Perkara Yang Perlu Di Syukuri Terus Menerus 


1. KELUARGA

Tidak ada alasan bagi kita untuk tidak mensyukuri keluarga yang kita miliki.

Kita ada ayah, ibu, saudara, kakak, adik, isteri, anak dan seluruh keluarga kita.

Kita bersyukur di kelilingi keluarga yang mencintai dan menyayangi kita.

Sebahagian kita mungkin sudah ditinggalkan ayah atau ibunya, dan bahkan sudah di tinggal keduanya.

Jika ayah ibu masih ada disamping kita, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita.

Berilah kebahagiaan kepada mereka, jangan buat mereka bersedih.

Jika ayah ibu sudah tiada, jangan lupa doakan mereka.

Panjatkan doa-doa yang terbaik buat mereka dalam setiap solat kita.

Lakukan kebaikan agar kelak menjadi amal jariah yang pahalanya juga mengalir kepada ibu ayah kita.


2. KESIHATAN

Kata Nabi Muhammad saw di antara nikmat yang sering diabaikan manusia adalah nikmat sihat.

Ketika sihat kita lupa untuk menjaga kesihatan. Kita seakan-akan tidak sedar bahawa bila-bila sahaja Allah boleh uji kita dengan sakit.

Ketika sihat,kita tidak pernah menggunakan tubuh kita kita yang sihat untuk beribadah, mengisi hari-hari dengan kebaikan.

Tapi saat sakit menimpa, kita tergesa-gesa ingat kepada Allah. Kita membasahi bibir dengan terus mengucap zikir.

Kita baru sedar baawa melalui sakit Allah swt boleh mencabut nikmat hidup dari kita, Astaghfirullah.

Maka pergunakanlah masa-masa sihat untuk kita terus memupuk kebaikan, memperbanyak amal soleh, dan berkongsi kebaikan bersama.


3. PERKARA-PERKARA KECIL

Pernah kah kita memerhati dan mencium haruman bunga mawar?? Mungkin perkara biasa, dan bahkan tidak masuk akal tetapi cubalah lain kali.

Ada banyak perkara kecil yang harus kita syukuri, seperti hangatnya sinar matahari, suara burung di pagi hari, titisan hujan setelah seharian panas, dan banyak lagi.

Mururut satu kajian di Amerika Syarikat, salah satu komponen hidup bahagia adalah jika kita bersyukur atas perkara kecil yang terjadi.


4. TEMAN DAN SAHABAT

Kata Nabi Muhammad saw: "Mukmin kuat yang pandai bergaul dan sabar menghadapi liku-liku pergaulan lebih baik daripada mukmin lemah yang tidak pandai bergaul dan tidak sabar menghadapi liku-liku pergaulan" (Hadis Riwaya At-Tirmidzi).

Apa maksud hadis ini?

Perbanyakkan kawan, tetapi jangan salah pilih kawan.

Berkawan;ah dengan sesiapa sahaja yang boleh membawa kita ke jalan kebaikan. Bersyukurlah apabila memiliki teman dan sahabat yang sentiasa mendoakan saat kita senang dan bahagia, serta menyokong dan menguatkan kita saat kita terjatuh.


5. MASA KINI

Bersyukurlah untuk pekerjaanmu saat ini, walau amu tidak menyukainya. Bersyukurlah untuk kenderaan yang kamu miliki; basikal, motor, ataupun kereta. Semua perkara itu membuat hidupmu lebih mudah. Kenapa tidak mensyukurinya?
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. (Surah Ibrahim, ayat 7)



Giveaway Bulan Cinta by Dilah

7:21 PM 17
Giveaway Bulan Cinta by Dilah

Giveaway Bulan Cinta by Dilah | Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak join GA. Hari ni Ana join Giveaway Bulan Cinta by Dilah. Selamat tak terlepas sebab hari ni hari akhir GA ni berlangsung. Good luck to all blogger friends.
Giveaway Bulan Cinta by Dilah

Anniversary Ana  dan suami ialah pada 28.05. Dan tahun 2017 ni merupakan tahun ke-6 perkahwinan kami. Alhamdulillah dikurniakan seorang anak yang bijak dan sihat. Dan semoga ada rezeki untuk ada zuriat lagi. Amin. 

Dec 30, 2017

Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat

6:43 AM 31
Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat

Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat | Assalamualaikum. Hujung-hujung tahun ni selalunya cuaca tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Bila cuaca dah tak menentu mula lah kes demam, selesema dan batuk meningkat. Baru-baru ni Ana ke Hospital Selayang hantar mak sebab demam juga. Punya lah ramai pesakit demam. Baik orang dewasa dan juga kanak-kanak. Siap fever centre di tubuhkan khas untuk memeriksa pesakit yang demam. Boleh bayangkan ramai mana pesakit kan.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat

Seminggu lepas tu Ana dan Syafi pula demam. Pakej dengan selesema dan batuk sekali. Bila dah demam badan jadi tak bermaya sangat. Selesema pula buat jadi tak selesa sebab hidung tersumbat. Batuk jangan cakap lah sampai rasa nak terkeluar anak tekak tu. Selamat ada Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat dan yang bagusnya balm ni sesuai untuk seisi keluarga.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Ana baru tau tentang Balm Bayi Tok Syed ni dalam beberapa minggu ni lepas nampak beberapa rakan recommend guna produk ni lepas dorang sendiri guna. Berkesan katanya jadi Ana pun nak lah cuba juga kan. Lagipun Ana perasan yang Balm Bayi Tok Syed ni diproses di kilang bertaraf GMP dan di formulasi dari bahan-bahan semulajadi. Jadi semestinya ianya selamat untuk digunakan.

Bahan-bahan Balm Bayi Tok Syed

Balm serbaguna Tok Syed ini diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang halal lagi suci. Antara bahan-bahan yang diadun di dalam balm ni ialah Beeswax, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari dan pati minyak Lavender.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
1. Beeswax

Beeswax atau nama Melayu nya lilin lebah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan oleh lebah. Beeswax telah lama diketahui kebaikannya dalam mengatasi keradangan kulit dan mengubati demam.

2. Pati Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara dihasilkan dari buah kelapa yang telah matang melalui proses khas tanpa merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadinya. Antara fungsi minyak kelapa dara yang terkenal adalah sebagai pembasmi kuman semulajadi kerana sifat anti virus dan anti bakteria yang ada padanya.

3. Minyak Bunga Matahari

Minyak Bunga Matahari dihasilkan dari biji bunga matahari. Menurut kajian minyak bunga matahari mengandungi vitamin A yang penting untuk fungsi tubuh manusia. Selain itu kandungan vitamin E dan asid omega 6 yang tinggi menjadikannya efektif untuk urutan luaran. 

4. Pati Minyak Lavender

Seperti yang kita tahu lavender selalu digunakan sebagai salah satu bahan untuk aromaterapi bagi meredakan tekanan. Ini kerana bau lavender itu yang sedia wangi dan menenangkan. Selain itu pati minyak lavender juga mampu mengatasi masalah pernafasan akibat demam, batuk dan selesema.

Kelebihan Balm Bayi Tok Syed Untuk Bayi

1. Bahan Semulajadi

Seperti yang Ana bagitau dekat atas tadi, bahan-bahan yang diadun di dalam balm bayi Tok Syed adalah dari bahan-bahan semulajadi yang halal lagi suci. Tiada bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, paraben dan bahan kimia didalamnya menjadikan ianya selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

2. Bau Yang Harum dan Segar

Gabungan bahan-bahan yang digunakan mencipta satu bau yang sangat harum dan segar. Kelebihan bau balm yang harum memberi reaksi yang baik kepada deria bau yang tersumbat.

3. Balm Tidak Panas dan Melekit

Tekstur balm bayi Tok Syed sangat halus dan bila disapu pada kulit ianya tidak mencetus rasa panas dan melekit. Jadi ianya sangat sesuai digunakan kepada bayi dan kanak-kanak tanpa mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka.

4. Saiz Mudah Dibawa

Saiz nya yang kecil dan ringan membuatkan balm bayi Tok Syed ini mudah dibawa ke mana saja dan tidak memakan ruang yang besar.

5. Sesuai untuk Seisi Keluarga

Balm bayi ni menjimatkan kerana boleh digunakan untuk seisi keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya tidak terhad kepada kegunaan bayi sahaja. Penggunaanya yang nipis menjadikan balm ini tahan lebih lama.

6. Pembungkusan Yang Eksklusif

Pembungkusan balm bayi Tok Syed yang sangat kemas dan eksklusif sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada para ibu yang baru lepas bersalin.

Cara Menggunakan Balm Bayi Tok Syed Untuk Bayi


1. Sapukan sedikit atau secara nipis di bahagian dada, belakang badan (kiri dan kanan), tapak kaki dan tengkuk.

2. Sapu 2 kali sehari selepas mandi (maksimum 4 kali sehari)  jika bayi tidak selesema. 

3. Dalam kes bayi selesema,  sapukan balm secara nipis di bahagian batang hidung.

4. Balm juga boleh disapu ketika membuat teknik percussion untuk melonggarkan kahak.

Testimoni Balm Bayi Tok Syed

Ramai sebenarnya pelanggan yang dah mencuba balm bayi Tok Syed dan mereka semua berpuas hati dengan keberkesanan balm ni. Suka Ana kongsi dengan korang semua antara testimoni pelanggan yang dah guna balm bayi ni.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed

Testimoni Peribadi



Secara peribadi memang Ana suka sangat dengan Balm Bayi Tok Syed ni. Ianya sangat membantu melegakan hidung tersumbat akibat selesema. Bau balm pula sangat wangi dan segar. Hidung yang tersumbat pun boleh dapat bau wangi balm ni. Tekstur balm pula tidak melekit dan bila Ana pakai balm tak terasa panas. Jadi sangat sesuai untuk di pakai ke atas bayi dan kanak-kanak. Packaging balm pun cantik dan nampak eksklusif. Sesuai untuk dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

So korang kalau berminat nak try balm ni boleh order dari senarai pengedar yang berdaftar di link ini - http://www.toksyed.com/stockist. Tapi make sure beli yang original di mana terdapat pelekat hologram di atas kotak balm tersebut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Balm Bayi Tok Syed ni korang boleh layari socmed di bawah ni:

Harga :
RM80 (45g)

Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.
Ground Floor
PKNS Complex
40000 Shah Alam
Selangor

Laman Sesawang :

Link Untuk Membeli Produk :

Facebook :

Instagram :

Telefon :
016-826 2990

Dec 29, 2017

Menikmati Eksklusif New Year Eve Dinner Dari Tingkat 18 Hotel Grand Bluewave Shah Alam Sambil Menyaksikan Pancuran Bunga Api

10:00 AM 52
Menikmati Eksklusif New Year Eve Dinner Dari Tingkat 18 Hotel Grand Bluewave Shah Alam Sambil Menyaksikan Pancuran Bunga Api

Menikmati Eksklusif New Year Eve Dinner Dari Tingkat 18 Hotel Grand BlueWave Shah Alam Sambil Menyaksikan  Pancuran Bunga Api | Assalamualaikum. Sekejap je kan dah nak sampai hujung tahun. Rasanya baru semalam sambut tahun baru 2017 tup tup dah nak sampai akhir tahun. Azam banyak dah ke tertunai?? Ngeee.. Bercakap tentang tahun baru ni, kalau korang takde plan nak ke mana-mana malam tu apa kata kita beramai-ramai menikmati eksklusif New Year Eve Dinner dari tingkat 18 Hotel Grand BlueWave Shah Alam sambil menyaksikan pancuran bunga api. Tak perlu nak bersesak-sesak di dataran atau padang dah.
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menikmati Eksklusif New Year Eve Dinner Dari Tingkat 18 Grand BlueWave Shah Alam Sambil Menyaksikan  Pancuran Bunga Api

Apa yang istimewa tentang New Year Eve Dinner ni ialah ianya hanya available pada 31 Disember 2017 sahaja!! Dan korang boleh start enjoy early dinner seawal pukul 6.30 petang sehingga 1 pagi. Plus minus 6.5 jam juga lah korang boleh lepak enjoy makan malam tu sambil menunggu countdown new year dan persembahan bunga api. Makan in slow and steady mode orang kata.

Kemua makanan malam tu akan disediakan oleh Senior Chef de Cuisine iaitu Chef Al-Hafiz bin Redzuan. Dan jangan risau kerana makanan-makanan yang disediakan di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni telah mendapat sijil halal JAKIM.  Semuanya halalan toyyiban. 

Sajian yang akan dihidangkan pada malam tu terdiri daripada seksyen appertizer, carving station, main dish, western dan juga dessert. Kesemuanya sedap-sedap belaka. Serius tak tipu.

Appertizer :
Parade of Cold Seafood on Ice, Cold Vut Display, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roated Baby Roma dab banyak lagi.
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Carving Station :
Braised Ribs, Roasted Lamb Leg, Roasted Chicken Whole with Italian Seasoning, Beef Wellington dan lain-lain.
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Main Dish :
Spicy Prawn with Cracker, Percik Chicken, Beef Cozy, Mixed Vegetables dan banyak lagi.
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Western :
Chicken Teriyake Sesame, Mussel Au Gratin, Smoked Salmon Quiche dab lain-lain
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Dessert :
Pudding, Cookies, Christmas Stollen, Yule Log, Assortee French Pastries, Tarlets, Caramel Popocorn and Chocolate Fountain.
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Bagi yang berminat nak menikmati ekslusif New Year Eve Dinner dari tingkat 18 Hotel Grand BlueWave Shah Alam sambil menyaksikan pancuran bunga api, kena cepat-cepat booking tau sebab tempat adalah terhad kepada 50 orang sahaja. Dah nama pun exclusive dinner kan mana boleh ramai-ramai.
New Year Eve Dinner Hotel Grand BlueWave Shah Alam
New Year Eve Dinner
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Untuk info lebih lanjut boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Harga:
Dewasa - RM90.00 nett
Kanak-kanak - RM43.45 nett (4-11 tahun)


Telefon :
03-5511 8811 samb 2612 /2613

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram:

Alamat :
Royale Songket Restaurant,
Aras Bawah,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.














Dec 28, 2017

15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi

7:37 AM 41
15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi


15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi | Assalamualaikum. Melaka terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan adat budaya. Kerana kedudukannya yang dekat dengan KL menjadikan Melaka salah satu destinasi percutian terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancongan antarabangsa. Saban tahun statistik jumlah pelancong ke Melaka semakin meningkat sekaligus menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang pesat membangun.

15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi

Walaupun Melaka berkeluasan 1650km² dan menjadi negeri ke-4 terkecil di Malaysia,  namun Melaka menyediakan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Entri kali ni Ana nak share 15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi bila korang ke Melaka. 

1. MENARA TAMING SARI
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Salah satu aktiviti yang wajib korang cuba bila di Melaka ialah menaiki Menara Taming Sari. Menara ini merupakan menara berputar 360 darjah pada ketinggian 80 meter.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka 
Kos pembinaanya sekitar RM24 juta dan telah di rasmikan pada 18 April 2008. Di atas nanti, korang boleh menikmati pemandangan keseluruhan bandar Melaka. Waktu operasi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 11 malam. Satu sesi putaran mengambil masa sekitar 7 minit dan memuatkan sehingga 66 orang penumpang. Harga tiket untuk warga tempatan ialah RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.


2. MUZIUM KAPAL SELAM
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 adalah  milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita. Bayaran masuk ialah RM 5 seorang
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Terdapat juga 2 model jet pejuang di pamerkan di satu sudut di luar kapal selam tu.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka

3. MELAKA RIVER CRUISE
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Melaka River Cruise selalunya akan bermuka dari Jeti Muara sehinga ke Taman Rempah. Jarak antara 2 tempat ni lebih kurang 9km. Masa perjalanan pula memakan masa sekitar 30-40 minit. Sepanjang perjalanan korang akan di sajikan dengan pemandangan beberapa jambatan dan bangunan bersejarah dan juga bangunan yang di cat dengan mural  gergasi yang sangat menarik.

Satu-satu cruise boleh memuatkan dalam 20-40 orang pada satu-satu masa bergantung pada saiz cruise. Minimum 8 orang di perlukan untuk cruise bergerak. Semasa bercruise nanti akan ada penerangan tentang sejarah-sejarah Melaka oleh tour guide. Sangat menarik untuk di dengar selain dapat refresh sejarah yang telah kita belajar di sekolah dulu.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Satu tips Ana nak share kalau korang bercadang nak naik Melaka River Cruise ni ialah kalau boleh sila datang masa weekdays. Seriously!! Ada dua kelebihan korang akan dapat.
  • Satunya tiket cruise lebih murah berbanding harga weekend. Beza dalam RM5.30 seorang. Bayangkan kalau pergi ramai-ramai berapa banyak boleh save kan. Harga tiket untuk dewasa ialah RM10.60 (weekdays) / RM15.90 (weekends). Manakala untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun RM5.30 (weekdays & weekend).
  • Dan keduanya masa beratur untuk naik cruise akan cepat dan tidak perlu beratur panjang.


4. MELAKA RIVER WALK
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Salah satu aktiviti yang boleh di lakukan di Melaka ialah jalan-jalan cuci mata di Melaka River Walk. Terdapat banyak bangunan yang telah di cat dengan pelbagai mural yang cantik-cantik. Memang sesuai untuk aktiviti bergambar. Kalau pergi belah petang, banyak kedai-kedai atau cafe di buka. Vintage semuanya. Selain tu, semasa berjalan kita boleh nampak river cruise lalu di Sungai Melaka. Lambai-lambai lah tangan sikit dekat dorang. Orang Malaysia kan peramah.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka 
Dah penat berjalan, boleh singgah di kiosk jam besar untuk menikmati air buah tembikai segar. Memang nikmat sangat dapat minum masa tengah panas.

Baca juga tempat makan di Melaka : Ikan Bakar Parameswara | The Windmill Station

5. PANTAI KLEBANG
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Waktu petang tak tahu nak ke mana apa kata korang ke Pantai Klebang. Banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini tau. Kalau bawa anak-anak mesti mereka suka. Antaranya boleh main layang-layang dan belon bubble.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Kalau nak lepak lama-lama dan selesa korang boleh sewa inflatable sofa untuk di jadikan tempat duduk. RM10 untuk satu sofa boleh pakai berapa lama kita nak. Tapi maksima sampai pukul 7.30 malam.
Tempat Menarik di Melaka
Selain dari bermain layang-layang dan belon, korang boleh juga cuba naik kuda dekat sini. RM20 seorang untuk seekor kuda. Naik dalam 5 minit je rasanya. Ada owner akan naik sekali untuk kendalikan kuda tu. Kalau tak,  ada yang tercampak dekat pantai nanti. Hehe. Kalau tak nak naik kuda, kereta kuda pun ada. Harga seorang RM15. Kanak-kanak pun di caj harga yang sama. Kereta kuda ni akan pusing satu dataran. Lebih kurang dalam 15 minit macam tu.


6. MASJID SELAT
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Melaka terkenal dengan negeri yang kaya dengan campuran budaya hasil dari tinggalan zaman jajahan British dulu. Terdapat pelbagai bangunan termasuk masjid-masjid yang sangat unik dan cantik boleh di dapati di sini. Antara salah satu masjid yang wajib di kunjungi bila berada di Melaka ialah Masjid Selat. Saban hari ada saja sekumpulan pelancong dari luar seperti China khususnya ke sini untuk melihat keindahan Masjid Selat ini.

Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Masjid Selat yang terletak di Pulau Melaka di bina dan tersergam indah di tepi Selat Melaka. Ketika air pasang, Masjid Selat akan kelihatan seakan-akan terapung di permukaan air dan menjanjikan satu pemandangan yang indah buat para pengunjung.


 7. MASJID PENGKALAN HULU
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Masjid Kampung Hulu terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan merupakan masjid tertua di Malaysia (ada fakta mengatakan masjid ke-2 selepas Masjid Peringgit) dan telah di senaraikan oleh Archnett sebagai antara 777 bangunan bersejarah di dunia. Masjid ini mula di bina pada tahun 1728 oleh penduduk tempatan dan di biayai sepenuhnya oleh Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Disebabkan penjajahan telah mewujudkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, ciri-ciri senireka masjid telah menerapkan unsur-unsur Aceh (Jawa) dan Cina dalam seni binanya. Tak hairan lah masjid Kampung Hulu ni kelihatan sangat klasik dan unik. Sehingga hari ini Masjid Kampung Hulu masih aktif di gunakan dan banyak aktiviti di jalankan untuk mengimarahkan masjid ini. Selain itu, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana ingin mengambil air dari kolahnya untuk di jadikan penawar penyakit yang tidak dapat di rawati oleh pakar perubatan.


8. KOTA A FAMOSA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Kota A Famosa bermaksud Yang Termashur dalam bahasa Portugis. Ianya di bina oleh Portugis pada tahun 1511 sebaik Melaka berjaya di tawan. Kota A Famosa merupakan seni bina eropah tertua yang masih wujud di Asia. Kubu ini dibina atas arahan Alfonso de Alburquerque bagi menangkis serangan orang Melayu dan mengambil masa selama 5 bulan untuk siap. Ramai buruh paksa yang mati ketika membina kubu ini kerana suhu panas terik dan kekurangan makanan.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Semasa penaklukan Belanda ke atas Melaka, kota tersebut telah di kepong selama 5 bulan. Penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus dan ada satu kes seorang wanita memakan bayinya sendiri. Pada 14 Januari 1641, pihak Belanda berjaya menyerbu Pintu Santo Domingo Gate.


9. BANGUNAN STADTHYUS
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Tahu tak perkataan Stadthuys itu bermaksud dewan bandaraya dalam bahasa Belanda. Bangunan Stadhuys ni terletak bersebelahan dengan Gereja Crist. Ianya di bina pada tahun 1650 dan pernah di jadikan sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, pejabat setiausaha, bilik sembahyang, ruang makan, rumah tetamu, gudang dan penjara.

Senireka bangunan ni bercirikan rekabentuk Belanda. Bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan selebar 30 meter. Kini bangunan Stadthuys menempatkan beberapa muzium seperti muzium sastera dan Galeri Laksamana Cheng Ho


10. MUZIUM SAMUDERA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar. Muzium ini di bina pada tahun 1990 dan telah di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada 13 Jun 1994. Tujuan muzium ini di tubuhkan adalah untuk mengetengahkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Muzium ini juga memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan akhirnya zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan pelajar. Muzium ni beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. Manakala hari Jumaat hingga Ahad waktu operasi di lanjutkan sehingga pukul 9 malam.


11. MUZIUM ISLAM MELAKA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Muzium Islam Melaka di tubuhkan sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan berorientasikan Islam. Ini sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara pada masa dulu. Terdapat 8 ruang pameran utama dengan tema-tema tertentu di dalam muzium ini untuk memudahkan pelawat memahami info yang ingin disampaikan. Antara koleksi yang terdapat di sini ialah replika Al-Quran terawal, sejarah masjid dan replika pedang Rasulullah s.a.w. Bayaran masuk ke dalam muzium ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Di tutup setiap hari Isnin.


12. A FAMOSA FREEPORT OUTLET
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Nak fefeeling macam di overseas tak perlu pergi jauh-jauh. Apa kata korang ke Freeport A Famosa Outlet di mana ia merupakan 'open air mall' yang bertemakan warisan Belanda di Melaka dengan menampilkan tasik, air pancut, Carousel dan kincir angin sebagai daya tarikan pengunjung.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Di Freeport A Famosa Outlet terdapat lebih dari 70 outlet beroperasi di sini. Antaranya seperti Nike, Cototn On, Puma, G2000, Carlo Rino, Samsonite, Hyper Gear, Bonita Group dan macam-macam lagi.


13. ZOO MELAKA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Zoo Melaka pernah dinobatkan sebagai zoo terbaik di Malaysia. Terdapat lebih dari 214 spesis haiwan dari Asia Tenggara dan Africa boleh ditemui di sini.  Tarikan utama Zoo Melaka ialah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Waktu terbaik untuk ke sini ialah pada waktu pagi kerana pada masa ni kebanyakkan haiwan sedang aktif menunggu makanan. Zoo Melaka juga ada Safari Malam pada setiap hsri Jumaat hingga Ahad bermula pukul 8 - 11.30 malam. Perkhidmatan tram turut disediakan dengan kadar bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


14. JONKER WALK STREET
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Salah satu lokasi wajib singgah bagi yang tercari-cari barang berupa cenderamata dan sebagainya. Terdapat pelbagai barangan menarik dijual di sini pada harga yang berpatutan. Jonker Walk hanya dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Hari biasa ditutup harap maklum.

15. THE SHORE SKY TOWER
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
The Shore Sky Tower merupakan bangunan tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat (153m). Apa yang menarik di sini ialah terdapat satu lantai kacang lutsinar dibina yang membolehkan para pengunjung untuk menguji tahap keberanian mereka berada di atas platform ini.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Bahagian atas bangunan juga menjadi salah satu port yang cantik dan sesuai untuk instagrammable especially pada waktu petang ke senja.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Melaka termasuk muzium, taman tema dan pantai. Namun yang Ana senarai di atas ni merujuk kepada tempat-tempat yang Ana dah pernah singgah dan untuk dikongsi bersama.