Bercuti ke Korea : Sangumburi Crater

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-4 Bahagian 2

Cuaca hari ke-4 sis di Korea nie tak berapa nak cun sebab hujan lebat sepanjang hari dari pagi sampai lah ke malam. So faham2 lah kalau dah hujan, aktiviti pun limited.

Dari Seongup Folk Village sis patah balik ke Sangumburi Crater. Hujan pun hujan lah. Sis kentalkan jiwa masuk juga ke dalam. Ada jugak pelancong2 lain yang redah hujan macam sis nie tapi takde lah yang bawa anak. Huhu. Mesti dorang ingat sis dah buang tebiat bawa anak kecik time2 hujan lebat.

Tiket masuk ialah 3k won seorang. No gps untuk ke sini pulak ialah +82-64-783-9990.

Sangumburi Crater nie merupakan satu kawah rata yang berbentuk seakan2 stadium dengan 2km ukuran lilitan. Ianya telah di wartakan sebagai Monumen Semulajadi (Natural Monument). Terdapat pelbagai tumbuhan tumbuh di kawasan kawah ini. 

Tapi di sebabkan hujan lebat, kawah yang menjadi tarikan utama tue terlindung akibat kabus yang sangat tebal. So tak nampak langsung kawah yang kehijau2an tue. Sob sob sob. Jadinya sis jalan2 jer la dekat sekitar kawah tue. Moh ler tengok gambar2 sis dekat sini.


Kawah tue dekat belakang sis. Tapi tak nampak sebab kabus tebal.

Dalam hujan lebat dengan angin sejuk sampai ke tulang dia boleh bantai tido. 






















Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤