Bercuti ke Korea : Seongeup Folk Village

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-4 Bahagian 1

Untuk aktiviti hari ke-4 sis plan untuk pergi 2 tempat jer sebab nak spend banyak masa dekat sana. Tapi dah di takdirkan sepanjang hari hujan maka tak dapat lah nak lelama dekat 2 tempat tue. Time check out dr Gh cuaca nampak okey. Time otw nak ke Sangumburi Crater tue dah start lebat. Sob sob sob.

Seongeup Folk Village nie memang takde dalam iti pun sebenarnya. Sis boleh sampai dekat sini sebab kononnya nak jadikan pit stop sementara nak tunggu hujan reda pagi tue. Sekali sampai ke malam hujan. 

SFV nie merupakan perkampungan kecil yang terletak di kaki bukit Gunung Hallasan. Actually kita boleh tour sekitar perkampungan nie tapi sebab hujan so sis just dapat join "express tour" jer. Time sis dekat sana ada sorang ahjumma nie yang bawa sis and the geng ronda sekeliling. Ahjumma nie siap bagi explanation tau walaupun English dia totally out. Dia explain tentang jenis2 rumah yang ada dekat sini, peralatan yang di gunakan untuk bertani, cara2 penapaian makanan dan paling win tentang kandang black pig yang ada dekat situ. Ada cerita tersendiri tentang black pig tue. Nanti sis double confirm cerita tue balik. Kang bagi salah info tak ke naya sis. Haha. Last sekali ahjumma tue promote produk2 yang di jual di sini. 

'Penjaga' penjaga di sini. Dekat semua tempat ada patung nie.
Belakang tue merupakan salah satu bentuk rumah di perkampungan nie

Yg baju hijau tue la ahjumma yang bawa kami ronda sekeliling kawasan nie. Tengah promot produk2 dekat sini.

Gigih ahjumma bagi kami tester setiap produk. Baik punya promot.

Jangan risau kalau tak cukup won. Swipe je kad kredit korang. Haha. En suami tgh byr duit madu. Thanks D.

Antara produk yang ada dekat sini ialah madu Jeju, barangan kosmetik dan kesihatan dan jus buah. Sis and the geng pakat beli madu jer sebab murah. 40k won sebotol besar. Macam mahal kan tapi kalau dah biasa beli madu akan rasa berbaloi dengan harga madu di sini. Sis beli 2 botol terus. Haha. Tak nak kalah. 


Kotak madu yang sis beli. Berat dia hampir 1kg jugak.

Nie botol madu tue. Comel kan. Satu botol dah selamat habis. Tinggal satu botol nie jer.

Satu info sis suka nak kongsi dengan korang. Dekat jeju nie kadar jenayah sangat minimal walaupun kebanyakan rumah2 di luar bandar hanya berpagarkan pagar kayu. Dekat Jeju jer korang boleh jumpa pagar kayu nie tau.



Pagar kayu ini di panggil Jongnang. Setiap satu kayu tue ada maksud dia tersendiri. Kalau ketiga2 kayu tue di naikkan bermaksud tuan rumah tiada di rumah untuk beberapa hari. Jika hanya 2 kayu je yang naik bermaksud tuan rumah tiada di rumah  dan hanya akan balik  sebelum malam tiba. Kalau hanya 1 kayu jer bermaksud tuan rumah hanya keluar sekejap saja. Tapi kalau semua kayu tue di turunkan bermaksud tuan rumah ada di rumah dan anda boleh masuk berjumpa. Unik dan simple jer kan. 
Bercuti ke Korea : Seongeup Folk Village Reviewed by Ana Suhana on December 19, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. yelah mmg unik lah diorg ni..siap pakai kayu nak bg tau ada ke x tuan umah tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kat tempat lain mungkin lain cara dia. Kena byk travel lg nie. 😅

      Delete
  2. blh x share tip. life travel bila dah berkeluarga? sy blm kawin. so bila tgk ana, rse mcm tringin nk travel dgn suami jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kena cari suami yg kaki jalan jugak kalau mcm tue. Bila sama kepala insyaAllah semua jd mudah. Cuma bila ada anak je jd berat sikit. Kena prepare everything completely. InsyaAllah nanti bila dah berkeluarga sis pasti awk akan automatik tau semuanya.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.