Best Moment in 2016

Assalamualaikum.

Less than 12 hours kita akan melangkah ke tahun baru Masihi. Alhamdulillah sis masih di kurniakan rezeki yang sangat banyak sepanjang 2016. Rezeki bukan pada nilai banyaknya wang, tapi rezeki yang lebih berharga lagi iaitu rezeki nikmat Islam dan iman dan rezeki kesihatan yang baik.

Alhamdulillah untuk 2016 Allah bagi sis rezeki lebih sikit. Sis dapat penuhi impian untuk ke Sabah dan Korea. Dan sis dapat bawa parents sis merasa naik flight jalan2 ke utara Malaysia untuk pertama kalinya. Banyak kali dah ajak sebenarnya tapi ayah sis gayat nak naik. Lepas berjaya pujuk akhirnya merasa jugak mereka. InsyaAllah tahun2 akan datang banyak lagi perancangan dan harapan untuk di capai.  InsyaAllah.

Mac - Kota Kinabalu

Aug - Kedah & Perlis

Okt - Busan, Jeju & Seoul

Sis doakan semoga impian dan harapan kita semua dapat di makbulkan olehNya. Ingat usaha, doa dan tawakal. 😍

P/s: Kadang2 kita sering mengeluh dengan masalah dan kesempitan yang kita hadapi. Seolah2 tiada jalan keluar pada setiap kesempitan itu tanpa kita sedari semua itu juga salah satu rezeki Allah nak bagi. Rezeki mendekatkan diri padaNya. Rezeki untuk hapuskan dosa2 kita yang sebanyak pasir di pantai. Bila kita dah tersedar semua ini baru kita nampak rupanya betapa Allah sayang pada kita. Dan kita juga akan sedar yang ada lagi orang yang lebih besar kesempitan mereka berbanding kita. Maka sentiasalah bersyukur untuk setiap nikmat yang kita perolehi. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

9 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Sis dapat buku tu.. nanti e-mail Sha details ye.. Alamat, nama penuh dan No Fon.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. E-mail Sha : coklat.funky@gmail.com

      Delete
    2. Alhamdulillah. Rezeki akhir tahun. Terima kasih sha. Sis dah emel ye details. 😍

      Delete
    3. Alhamdulillah.. murah rezeki Sis.. yang paling best bila dapat bawa parents jenjalan kan sis..

      Delete
    4. Selagi mereka ada dekat atas bumi nie insyaAllah kita kena cuba terbaik utk mereka =)

      Delete
  2. Alhamdulilah, kadar rezeki dan ujian bagi tiap manusia tu berbeza beza kan. Btw Sabah in my wishlist. Hihi harap dapat tiket murah nanti bebila boleh pergiiii. Teringin nak tengok mount Kinabalu, island hopping di kepulauan KK. Moga kenangan terbaik juga 2017😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki awk ke KK nanti. Sis doakan semoga semua impian awak tercapai dgn izinNya insyaAllah. 😍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤