Bercuti ke Korea : Yeha Guesthouse Pulau Jeju


Bercuti ke Korea : Yeha Guesthouse Pulau Jeju l Assalamualaikum. Ok sambung dari entri hari ke-2, flight Ana ke Jeju pukul 4.20 petang so lepas jer check out dari GH Ana terus ke airport. Untuk ke Jeju Ana naik Air Busan dan beli time promo 3 bulan sebelum. Tiket Ana tak berapa nak murah sebab faktor beli tiket sehala dan hari yang dipilih (Khamis-Isnin). Busan - Jeju hanya sejam perjalanan dan flight available every hour. In fact flight Ana delay sebab air traffic congestion. Mana tak nye, kurang dari 5 minit ada je flight depart and arrive di Jeju Airport. Sangat sibuk airport Jeju nie.


Bercuti ke Korea : Yeha Guesthouse Pulau Jeju

Sampai-sampai je di Jeju Ana terus cari shuttle bus untuk ke pejabat kereta sewa. Ana sewa 2 kereta sedan (9 dewasa 1 kanak2) di 6ixt Rent A Car selama 4 hari di Jeju. Total dalam Rm200 seorang termasuk kos minyak dan insurance. Murah dan sangat berbaloi compare kalau amik private driver.

Macam itik dan ayam bercakap.

Sang mentari pun nak berlabuh dah.




Kia K5. Agak selesa untuk 4 dewasa dan 1 kanak2 with car seat.


Ada Youtube semua settle. 

Lepas selesai bab kereta Ana terus ke Yeha Guesthouse. Dalam 10 minit sampai dah. Sebab Ana tempah guna Agoda, so bayaran penuh telah di buat sepenuhnya semasa menempah hotel. Cuma masa nak check in hanya letak deposit je sebanyak 10k won untuk setiap bilik. Memandangkan sepanjang di Korea Ana booked deluxe room with private shower so harga dia mahal sedikit. Untuk di Yeha Gh ni Ana bayar 60k won semalam. 


Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi
Info corner. Kalau nak join tour bus pun ada disediakan oleh pihak Yeha.


Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi

Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi


Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi
2015/6 Tripadvisor choice. Totally recommended.
Yeha GH nie bagi Ana memang best sangat. Yang penting muslim friendly. Perkakas memasak untuk muslim guest di letakkan di dalam almari yang berkunci dan password diberi semasa check in. Kemudian ada happy hour lagi bermula pukul 7 - 9.30 malam. Setiap guest boleh amik air kotak sorang satu sambil melepak kat bawah tue. Nak guna telur pun boleh. Ana and the geng apa lagi, masing-masing dah lapar tak makan sejak breakfast pagi tadi kan, macam-macam kami masak. Puas hati dapat makan nasi. 


Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi
Dining hall. Sangat selesa. Dekat tepi tue ada komputer kalau kita nak guna.


Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi
Sofa untuk melepak. Dapur sederet peti ais tue je.

Untuk breakfast pulak dorang provide basic food macam telur, roti, cereal, jem, teh dan kopi. Terpulang pada kita nak masak macam mana. Washer machine pun ada disediakan di tingkat bawah cuma dryer jer takde. Tapi yang paling best time kat Yeha Gh nie ialah Ana book bilik deluxe tapi Alhamdulillah dapat bilik triple tanpa extra charge. Bilik dan bilik air dia besar dan bersih. Tv dan mini fridge pun ada. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.


Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi

Computer dijadikan tv. Ada English and cartoon channel. Syafi seronok dapat tengok cartoon malam tu.
Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi
Spacious shower room dia. Bapak besar shampoo dan shower gel dorang sediakan. Wangi-wangi tau bau dia. Best sangat.
Yeha Guesthouse Jejusi
Yeha Guesthouse Jejusi
Hampir kesemua GH di Korea nie akan menyediakan tuala sebesar tuala lap muka jer tau dan tiada perkhidmatan lif disediakan. Kalau dapat bilik tingkat 3/4 memang masak sebab mana nak angkut beg yang banyak dan besar tue, mana nak dukung anak raja nie lagi. Memang menangis dekat bucu katil la nak oi.
Bercuti ke Korea : Yeha Guesthouse Pulau Jeju Reviewed by Ana Suhana on November 30, 2016 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.