November 2016 - Diary of Ana Suhana

Nov 30, 2016

Bercuti ke Korea : Yeha Guesthouse Jejusi

6:51 AM 0
Bercuti ke Korea : Yeha Guesthouse Jejusi
Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-2 Bahagian 2

Ok sambung dari entri hari ke-2, flight sis ke Jeju pukul 4.20 petang so lepas jer check out dari Gh sis terus ke airport.

Sis naik Air Busan dan beli time promo 3 bulan sebelum. Tiket sis tak berapa nak murah sebab faktor beli tiket sehala dan hari yang kami pilih (Khamis-Isnin). Busan - Jeju hanya sejam perjalanan dan flight available every hour. In fact flight sis delay sebab air traffic congestion. Mana tak nye, kurang dari 5 minit ada je flight depart and arrive di Jeju Airport. Sangat sibuk airport Jeju nie.


Macam itik dan ayam bercakap.


Sang mentari pun nak berlabuh dah.

Sampai2 je di Jeju sis terus cari shuttle bus untuk ke pejabat kereta sewa. Sis sewa 2 kereta sedan (9 dewasa 1 kanak2) di 6ixt Rent A Car selama 4 hari di Jeju. Total dalam Rm200 seorang termasuk kos minyak dan insurance. Murah dan sangat berbaloi compare kalau amik private driver.


Kia K5. Agak selesa untuk 4 dewasa dan 1 kanak2 with car seat.


Ada Youtube semua settle. 

Lepas settle bab kereta sis terus ke Yeha Guesthouse. Dalam 1 minit sampai dah. Sebab sis tempah guna Agoda, so  bayaran penuh telah di buat sepenuhnya semasa menempah hotel. Cuma masa nak check in hanya letak deposit je sebanyak 10k won untuk setiap bilik. Memandangkan sepanjang di Korea sis booked deluxe room with private shower so harga dia mahal sedikit. Untuk Yeha Gh sis bayar 60k won semalam. 


Info corner. Kalau nak join tour bus pun Yeha GH nie provide tau.




Stairway to heaven katanya.


2015/6 Tripadvisor choice. Totally recommended.

Yeha Gh nie bagi sis memang best sangat. Yang penting muslim friendly. Perkakas memasak untuk muslim guest di letakkan di dalam almari yang berkunci dan password diberi semasa check in. Kemudian ada happy hour lagi bermula pukul 7 - 9.30 malam. Setiap guest boleh amik air kotak sorang satu sambil melepak kat bawah tue. Nak guna telur pun boleh. Sis and the geng apa lagi, masing2 dah lapar tak makan sejak breakfast pagi tadi kan, macam2 kami masak. Puas hati dapat makan nasi. 


Dining hall. Sangat selesa. Dekat tepi tue ada komputer kalau kita nak guna.


Sofa untuk melepak. Dapur sederet peti ais tue je.

Breakfast pulak dorang provide basic food macam telur, roti, cereal, jem, teh dan kopi. Terpulang pada kita nak masak macam mana. Washer machine pun ada disediakan di tingkat bawah cuma dryer jer takde.

Tapi yang paling best time kat Yeha Gh nie ialah sis book bilik deluxe tapi Alhamdulillah dapat bilik triple tanpa extra charge. Bilik dan bilik air dia besar dan bersih. Tv dan mini fridge pun ada. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.



Ugrade to triple room. Tapi kami bertiga tido dekat deluxe bed tue je. Yang single bed tue kami letak semua beg. So ada ruang yang sangat selesa untuk bergerak.


Computer tapi dijadikan tv. Ada English and cartoon channel.


Spacious shower room. Bapak besar shampoo dan shower gel dorang sediakan. Wangi2 tau bau dia. Best sangat.

p/s: Hampir kesemua GH di Korea nie akan menyediakan tuala sebesar tuala lap muka jer tau dan tiada perkhidmatan lif disediakan. Kalau dapat bilik tingkat 3/4 memang masak sebab mana nak angkut beg yang banyak dan besar tue, mana nak dukung anak raja nie lagi. Memang menangis dekat bucu katil la nak oi.

Nov 28, 2016

Bercuti ke Korea : Gamcheon Cultural Village

4:11 PM 5
Bercuti ke Korea : Gamcheon Cultural Village
Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-2 Bahagian 1


Alhamdulillah!!! Awal bulan Oktober lepas, untuk pertama kalinya sis and the geng berjaya ke Korea Selatan secara backpacker. Yeahhhhh!!!! (Tahniah pada diri sendiri)Setelah bertahun2 dok tengok jer orang bercuti ke Korea akhirnya salah satu impian kami tercapai juga.

Itinerary sebulan sebelum baru sis betul2 commit. Info based on Googling dan hasil bertanya dari group BBM. Thanks guys! Route kami cover KL - Busan - Jeju - Seoul - KL.

GCV nie aktiviti pertama sis di Busan sebelum fly ke Jeju sebelah petangnya. Actually kalau ikut itinerary, hari pertama right after touched down Busan (7.30pg) sis akan ke Nurimaru Apec House, Haeundae Beach, Taejongdae Park dan Yongdusan Park. Tapi nak jadi cerita flight sis delay 10 jam di sebabkan Taufan Chaba yang teruk menghentam Busan beberapa jam sebelum sis berlepas. Jadinya flight sis yang sepatunya rabu pagi (1.15) di tunda pada pukul 11 pagi dan sis hanya sampai di Busan pada pukul 6.15 petang waktu tempatan. Memang dah gelap time tue. Kira semua itinerary hari pertama burn.



Sekitar pukul 6 petang di Korea.

So back to GCV, pagi2 lepas breakfast sis terus bergerak. Dari Gh kami menaiki Busan Metro dari Choryang Station hingga ke Toseong Station. Sis guna T Money jer. Siap dah top up dekat airport semalam. Harga metro standard 1.1k won untuk 10km pertama. Sampai je dekat Toseong Station kena berjalan dalam 5 minit ke arah Cancer Center untuk menaiki bas ke GCV.



Geng2 mak jemah ke Korea.


Bukan main happy dapat naik train. Ahjuhsi tue duk pandang je Syafi. Lepas habis amik gambar dia tegur kata Syafi pandai bergambar. Peramah bukan main. Siap bagitau bila patut kami turun.


Backpacker style katanye.




Sampai2 je di GCV terus dapatkan map di tourist centre. Kena beli tau map tue. Tiket masuk tidak dikenakan. Memandangkan sis sampai terlalu awal, hampir kesemua kedai dan check point belum di buka. Tapi the best part is tak ramai orang. So boleh berjalan dengan aman. Cuma dekat sini kena hati2 sebab kita akan berjalan di sepanjang jalan yang agak sibuk dan kenderaan2 dekat sini agak laju. 


Lengang selengangnya




Geng jemah saja dekat sini.

Sis spend time nak dekat 2 jam jugak nak habis tawaf sekitar perkampungan nie. Sempat la stop dekat beberapa tempat nak hilangkan semput. Rata2 penduduk dekat sini semua friendly especially bila kita yang sapa mereka dulu. Lepas tue ko siap. Macam2 dia borak dan ko hanya mampu angguk2 senyum2 jer. Dan macam biasa, Syafi la jadi tumpuan. Aigoo baby. Namja???






















Lepas siap pusing semua, sis tunggu bas dekat tempat turun tadi jugak cuma di arah yang bertentangan. Berhenti dekat Cancer Centre tadi dan naik metro sekali lagi sampai Choryang Station. Sampai di GH, selesaikan apa yang patut dan terus check out.

Oh ya, dekat Busan nie sis stay di Busan Popcorn Gh dengan harga Rm127 untuk bilik deluxe dan private bathroom. Mula2 jer masuk bilik terus ternganga kejap, mak ai keciknya. Bentang tilam dan letak beg je dah penuh satu bilik. Terus set dalam kepala, memang camnie la rasanya backpacker style. Jimat selagi boleh. Tapi lepas check in check out Gh yang seterusnya, rasanya Gh nie la yang paling sempit sis pernah tidur. Selamat semalam je.



Tue je ruang yg ada untuk solat. Beg je dah separuh bilik. 



Info tambahan:


1. Dari Gimhae Airport ke Busan / Choryang Station sis naik airport limousine. 6k won sehala (6 tahun ke bawah FOC) dan bayar secara tunai. Agak mahal tapi berbaloi sebab tak perlu angkut beg yang banyak2 tue turun naik metro dan sangat selesa. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit je. 


2. Dekat Gimhae domestic airport takde tempat salin pakaian untuk solat. So korang perlu ke International airport di bangunan sebelah. Kami yang perempuan hari tue tumpang solat dekat baby room sebab besar dan takde orang. Yang ada sorang ahjumma tengah caj hp sambil tido. Mula2 minta kebenaran dia nk solat guna bahasa tangan and dia angguk. Lepas 2 orang solat terus dia marah2 suruh keluar. Padahal mak2 yang bawa anak tue tak kisah pun. Macam bengang pun ada. Tapi nak buat macam mana. Last2 solat je dalam flight ke Jeju.


Nov 27, 2016

Kedai Nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC)

3:11 PM 0
Kedai Nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC)
Assalamualaikum.

Lama pulak rasanya sis tak update "segmen" makan2 kan. Padahal banyak tempat dah sis terjah. So kali nie sis nak review satu kedai Nasi Arab yang terletak di Taman Greenwood Gombak.

FYI restotan nie pernah masuk dalam rancangan JJCM tau. Menu utama dia sudah pasti la nasi arab kan. Tapi bukan tue je menu dorang, ada juga nasi ayam salai, daging kambing bakar dan menu terbaru nasi dagang arab. Macam menarik tapi belum sampai seru nak mencuba. Hehe.

Pada pendapat sis harga makanan dekat sini agak mahal sedikit kalau nak di bandingkan dengan portion hidangan tapi masih lagi berbaloi untuk dibayar. 

Nasi arab di AFC nie telah di olah mengikut resepi tempatan. Kalau kedai2 nasi arab yang original, nasi akan di hidang dengan kuah kari / dal dan sambal tomato kan. Tapi dekat sini kari / dal di ganti dengan sup which is bagi sis sedap dan sesuai sangat kalau ada anak kecik yang suka makanan bersup.  Nasi ayam salai dia pun sedap.


Nasi arab mandy ayam berempah-Rm11.


Nasi ayam salai-Rm7.50.





Kambing bakar individu set Rm25. Daging sangat lembut dan sedap. Sis cecah dengan sos nasi ayam je.

Dekat sini ada air special yang korang kena cuba iaitu Rus Alaban (yogurt, susu dan air tapaian beras). Sis first time rasa terus jatuh chenta. Masam2 manis dan sangat sedap bila dihidang sejuk.



Rus Aladin Rm7.50. Campuran yogurt, susu dan air tapaian beras.




Dekat sini kalau nak buat private function pun boleh. Just call and buat reservation. InsyaAllah puas hati dengan makanan dekat sini.






Nov 22, 2016

Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Residence Inn Cherating

9:30 PM 0
Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Residence Inn Cherating
Assalamualaikum.

Tetiba pulak bulan nie sis rasa rajin nak update blog. Tetiba pulak rasa sayang nak biarkan blog nie terkubur macam tue jer. Tetiba pulak sis rasa banyak rasa tetiba. Dah alang2 rasa rajin nak menaip tue datang moh sis cerita short weekend outing sis baru2 nie.

Kalau ikutkan dah tak tau nak pergi mana untuk trip kali nie. Tapi memandangkan anakanda nan sorang duk hari2 sebut nak mandi kolam, so en husband pun tempah hotel nie. Mula2 bila sebut Cherating, sis was like ape benda ada kat situ. Last 5 years pergi macam bosan kot area tue. Tapi dah booking dan bayar pun so menderu jugaklah ke sana.

Muka excited nak mandi kolam

KL - Cherating dalam 3 jam jer ikut LPT dan amik susur Jabor kemudian menghala ke arah Kemaman dan Chukai. Sis sampai dalam pkl 3 camtu so dah boleh terus check in.

Masuk2 je bilik terus wahh.....besarnye bilik. Katil king size dan toilet pun besar. Sis rasa sangatlah berbaloi. Semua dalam keadaan bersih. Sis agak teruja la jugak sebab sebelum sampai sini sibuk sis dok baca review orang. Ada yang kata bilik dia biasa je la, kotor la, itu la ini la. Tapi yang sis dapat nie semua tip top. Maybe sebab sis dapat bilik di bangunan baru kot. Towel dan katil wangi sangat. Bertambah rasa puas hati. Semua basic fasiliti tersedia. Wifi pun ada. Time check in tue nanti korang akan dapat id dan password wifi utk 2 orang dan valid utk kegunaan sehari (24j).


Katil King. Budak kecik tue perkara pertama bila masuk hotel je ialah cari telefon.


Basic facility semua ada.


Toilet pun besar dan bersih yg utama.


Shower area. Air pancut dia memang best. Mcm kena pasang dekat rumah pulak.


Balkoni pun ada.
Bilik di bangunan baru.


Lepas solat semua sis keluar ke Chendor nak cari kepok lekor dan satar. Gerai yg dituju tak lain tak bukan Warung Aziz Satar dan otak2 yang popular di kawasan nie. Take away je sebab ada budak tak sabar nak mandi kolam. Tapi sebelum tue singgah dulu Teluk Mok Nik cuci2 mata.


Satar dan kepok leko rebus dia memang terbaik.


Di Teluk Mok Nik



Dari dulu sampai kini geli dgn pasir. Itu sebab utama dia tak suka laut dan pantai.


Kolam dekat sini ada 3. Satu utk dewasa, satu untuk kanak2 dan satu bubble pool kecik besar boleh masuk. Bukan main seronok la budak kecik nie. Time dekat pantai tadi bukan main melalak nak balik. Bila dah masuk kolam tak reti2 nak naik pulak.


Bangunan lama terletak di kawasan kolam renang.




Esok pagi2 seawal pukul 7 sis dah turun breakfast. Menu sarapan semua okey. Ada nasi lemak, bihun goreng, kuew teow kungfu dan lain2 la standard menu hotel. Lepas sarapan terus bawa budak kecik mandi kolam sebelum check out. Dia jadi orang pertama yg masuk kolam hari tue kot. Haha.


Overall sis sangat la berpuas hati stay di Residence Inn Cherating nie. Dengan harga Rm180 kami dapat bilik yang besar dan bersih (kriteria paling utama). Next time kalau balik kampung, boleh la singgah lagi.