Suria Station

Assalamualaikum.

Segmen makan2 kali nie sis ke sebuah kafe berdekatan kawasan rumah jer. Actually dah berpuluh  kali makan dekat sini tapi macam mana ntah boleh tak update kat blog nie. Pelik tapi benar.
Tapi takpe next time sis makan dekat sini lagi sis update je entri nie okey.

Ok kali nie terasa macam nak makan pasta dengan alasan boleh share dengan bos kicik. Sebab tak tau nak bagi dia makan ape. Kalau dia suka alhamdulillah. Kalau tak, kena cari makanan lain.



Carbonara sphageti pilihan kali ni. Mula2 ingat nak pilih meat ball sphageti tapi bila waiter tue suggest Carbonara so tanpa sebarang bantahan terus agree. Lagipun confirm tak pedas so sangat sesuai untuk bos kicik tue. 

Rm15.
Selalu bila sebut carbonara, confirm akan kembang anak tekak di sebabkan kepekatan cream sauce tue kan. Tapi kali nie just perfect FOR ME. Cream sauce dia sedang2 jer. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Boleh habiskan tanpa perlu berhenti banyak kali. Tapi yang tak best nye, bos kicik tak suka. Selamat ada order mashed potato untuk dia. At least ada la benda masuk dalam perut dia yang bulat tue. 

Mashed potato dia plain. Takde rasa. Sesuai untuk baby. Tapi jangan risau, ada mushroom sauce sekali. Untuk orang tua boleh la bedal. Kalau makan plain macam baby confirm tak lalu kan.

Bos besar pulak order chicken chop with mushroom sauce. Ayam sedap dan lembut. Senang nak telan. Confirm next time dia akan repeat order sebab selalu bila makan dekat sini dia akan order nasi.

 Chicken chop Rm18.90, mashed potato Rm5.90

Overall sis berpuas hati dengan makanan dekat sini. Kalau tak, takkan la sis repeat byk kali kan. So yang duduk dekat area Selayang dan sewaktu dengannya boleh la singgah sini. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤