March 2015 - Ana Suhana

Mar 26, 2015

Bandung: Day 2

4:15 PM 3
Bandung: Day 2
Assalamualaikum


Okey hari nie sambung dari cerita semalam.

Di sebabkan perbezaan waktu 1 jam lewat dari waktu Malaysia, pukul 4 pagi dekat sini dah Subuh. Dari bilik hotel dah boleh dengar azan Subuh. Ini satu kelebihan kalau melancong di tempat ramai orang Islam. Senang nak tau kalau dah masuk waktu solat. Pukul 5 lebih dah terang benderang dekat luar. Kenderaan pun dah start banyak. Sarapan start pukul 6. Sebab dah janji dengan Pak Wan nak gerak pukul 7.30 so tepat2 pukul 6 kami semua dah turun untuk sarapan.


Menu utama ialah nasi. Ada nasi kukus dan nasi goreng. Lauk ada daging, sayuran dan keropok. Side menu ada lontong, bubur, roti dan buah2an.


Tepat pukul 7.30 kami dah terpacak depan pintu hotel. Pak Wan terlambat sikit sebab stuck dalam macet. Bandung gitu loh.

Depan pintu hotel.

Aktiviti pertama kami hari nie ialah ke Kawah Putih yang terletak di tanah tinggi daerah Ciwidey di selatan Bandung.  Kira2 2 jam perjalanan. Jarak dari hotel hanyalah dalam 45km tapi di sebabkan macet, perjalanan memakan masa yang lama. Dengan erti kata lain, masa habis dalam macet jer.

** Kalau ikut plan asal kami nak ke Tangkuban Perahu. Tempat wajib pergi pergi bila berada di Bandung. Bajet nak pergi 2-2 sekali pada hari yang sama tapi tak dapat sebab Tangkuban Perahu terletak di utara Bandung. Kiranya dua laluan yang berbeza walaupun hanya sejam perjalanan dari hotel. Di tambah pula dengan macet, lagi la impossible. Ok kenapa kami tak ke Tangkuban Perahu saje sebab its a must visit place right. Sebabnya Pak Wan advice better ke Kawah Putih kerana harga tiket masuk sekali ganda murah dari sana. Kemudian di sana terlalu sesak dengan penjual jalanan. Lepas tue kalau nak ke kawasan aktif gunung berapi kena jalan kaki lagi dan caj tambahan di kenakan. So kami decide ke Kawah Putih saje.

Sebelum naik ke Kawah Putih, kami singgah sebentar di kawasan rehat di pintu masuk Kawah Putih  dan di jamu dengan air strawberry fresh from oven sebagai welcome drink. Otak2 pun ada di jual. Panas2 lagi. Melazat kami makan. Tapi yang nie kena bayar sendiri. Harga seketul otak2 ialah Idr4k sekitar RM1.20. Mahal kan tapi sedap. So tak kisah sangat.


Cafe yang terdapat di kawasan R&R di kawah putih.

Melazat makan otak2 Bandung.  Penjual strawberry pun ada. Sangat murah ok. Sekotak kecil ada 2 lapis hanya Idr10k sekitar Rm3. Strawberry dia sangat fresh. Lagi sedap dari Cameron. Seriously.
Kat belakang tue kedai cenderahati. Tapi kami tak masuk sebab nak kejar masa.

Kawah Putih merupakan sebuah tasik yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi Gunung Patuha. Tanah di sini berwarna putih sesuai dengan namanya. Manakala air tasik pula berwarna putih kehijauan. Ini terjadi hasil dari tindakbalas sulfur dari letusan gunung berapi. Bau sulfur juga agak kuat Dan boleh menyebabkan sesak nafas. Tapi jangan risau kerana terdapat ramai penjual jalanan yang menjual topeng muka.

Bayaran masuk untuk pelancong asing ialah Idr50k sekitar Rm15 seorang.  Untuk naik ke atas, terdapat kenderaan yang di panggil ontang anting di sediakan dengan harga Idr15k seorang dan hanya akan berjalan bila dah cukup orang. So kami decide naik guna van sendiri dengan kadar bayaran Idr150k. Sama jer kos kalau naik ontang anting cuma tak perlulah menunggu hingga cukup orang.


Taaaraaa.. Inilah ontang-anting. Atau nama kat KL, buggy. hehe

Sepanjang hari tue cuaca mendung dan ketika kami sedang menikmati pemandangan tasik, tetiba hujan mulai turun. Memandangkan semua dah puas bergambar, kami decide untuk meneruskan perjalanan.

** Selain topeng muka, khidmat sewa payung juga ada di sediakan oleh penjual jalanan.


Cantikkan view kat sini. Sedap mata memandang.








Aktiviti seterusnya ialah makan tengahari bertemakan makanan Sudan di Suang Gawur. Tempat dia cantik, selesa dan makanan pun sedap. Di tambah pula dengan hujan lebat bertambah lazat rasanya.


Ikan masin ala2 pekasam.
Pecel yang memang terbaik. Nak suruh mak buat la nanti.
Main menu. Sambal tue yang jahat. Pedas2 pun tak boleh nak stop.

Lepas makan dan solat di situ, kalau ikut rancangan asal ialah aktiviti memetik strawberry. Tapi di sebabkan hujan, kami terus ke Cibabuyut untuk cuci mata barangan kulit. Cibaduyut merupakan pusat penjualan kasut di Bandung. Kalau ke sini, mana2 kedai semua jual sepatu bak kata orang Bandung.


Tugu kasut sebagai landmark di Cibaduyut.
Pic courtesy : Google.com sebab tak sempat nak snap hari tue
Yang nie nampak jer macam kulit tapi bukan yer. Sebab dah terbekenan sapu jer la. Harga dalam RM40++. Quite reasonable.

Seterusnya kami ke D'Fashion untuk cuci mata kain ela. Kedai nie macam Jakel la lebih kurang. Ayah jer yang shopping kain untuk jubah. Kami yang lain tengok2 jer sebab takde keperluan nak beli kain.



Tanpa sedar dah tiba waktu makan malam. Nampak tak, tak banyak tempat boleh pergi sebab masa banyak habis dalam macet. Lagi2 la hari hujung minggu, bertambah sesak. Bukan kata pelancong asing, pelancong tempatan pun turun ke Bandung especially penduduk Jakarta. 

Makan malam kami di sebuah restoran ala2 Fullhouse iaitu Djoeroe Masak Pavilion. Dekorasi di dalam restoran sangat cantik dan tersusun. Ingat dapat makan western sekali makanan tempatan juga. Selalu makan nasi sekali sehari. Dekat sini 3 kali sehari. Mau tak muak. Haha.






Tetap nasi u ollss... Alhamdulillah..

Selesai makan terus balik bilik. Tak larat nak jalan dah. Bambam pun pengsan terus tak bangun2. Yang lain pulak masih meneruskan aktiviti window shopping di kedai2 sekitar hotel.

** Mula2 time planning aktiviti, hari kedua nak ke Trans Studio Bandung. Dah berangan awal2 sebab tempat tue salah satu tempat yang ada dalam diari impian percutian kami. Tapi dengan masa yang terhad, terpaksa lah di lepaskan. Takde rezeki kami lagi. 


Bila pulak nak shopping nie??? Selalu kalau entry pasal Bandung mesti pasal shopping kan. Tunggu dalam entry seterusnya tau korang.





Mar 23, 2015

Bandung : Day 1

3:45 PM 3
Bandung : Day 1
Assalamualaikum

Alhamdulillah Khamis - Ahad lepas, kami sekeluarga berpeluang bercuti di Bandung. Perjalanan hanya mengambil masa 2 jam dari KLIA2. 

Nie first time naik flight dari KLIA2. Dulu2 dekat LCCT jer kan. Kira dah tau la selok-belok dekat situ. Dekat KLIA2 nie kami loss kejap. Yang pasti banyak peringkat scanning dekat sini tau. Memula nampak simple je time kastam scan, tapi rupanya bila jalan sikit kena scan lagi. 3  kali scan kalau tak silap.


Time nak check imigresen yang agak teruja sikit. Bagi penumpang yang tak ada anak kecik, boleh terus ke pemeriksaan menggunakan autogate. Sangat senang dan simple.

Memula kena tunggu pintu terbuka dulu. Kemudian letak passport di tempat yang di sediakan. Lepas tu berdiri tegak untuk pemeriksaan ala2 kawad cam kemudian letak ibu jari di mesin imbas untuk final verification. Kalau lulus pintu akan terbuka sendiri. Senang jer. Tak sampai 2 minit pun. Bagi yang bawa anak kecil kena beratur macam biasa.


Autogate imigresen di KLIA2


Kami naik Malindo Air . Tiket seorang RM452 pergi balik. Baby pulak RM92 sahaja. Tapi kena pangku lah.

Kalau ikut jadual asal, flight kami pukul 12 tengahari . Kemudia retime ke pukul 1.40 petang. Time nak check in ke boarding area, petugas di pintu inform yang flight retime sekali lagi ke pukul 2.30 pulak. Sebab flight dari Kuching delay tadi. Sabar jer la. Penantian satu penyiksaan. Dah la perasaan nak naik flight kali nie punya la teruk after 3 air planes incidents last year. Bila delay lagi, perasaan tue jadi lagi teruk. Tapi tak pe la, tak kan nak balik pulak kan.

**Kalau baca review pun, Malindo memang selalu retime. 

Kalau compare Malindo dengan Air Asia, Malindo lagi selesa. Tempat letak kaki lagi luas. Siap ada screen monitor lagi kot2 nak layan movie kan. Teruja plak rasa. Snek pun dapat juga. Tapi dalam2 teruja tue doa tak putus2 baca semoga selamat sepanjang perjalanan.


Wefie sementara tunggu boarding time 
Pic amik dari En Google. 
Subhanallah.. Indah ciptaan Allah.. Taakut2 pun sempat gak snap pic..


Perjalanan pergi kami Alhamdulillah semuanya lancar. Tak ada pun rasa gegar yang teruk. Lega bukan main bila dah touched down di lapangan terbang antarabangsa Husein Sastranegara. Kecik jer lapangan terbang tue. Mula2 tengok macam tak percaya kecik macam tue sebab ialah airport dia standard antarabangsa kan. Rupanya airport tue airport tentera, kerajaan Indonesia sewa airport dari tentera. Patutla time landing agak kasar sebab landasan dia pendek.


Kelegaan yang tak dapat di ungkap..

Sepanjang 4h3m kat sini kami upah supir. Caj untuk 10 orang plus 5 kali makan sepanjang kat sana RM 1800. Senang sikit sebab semestinyadorang mahir selok belok kota Bandung nie kan. Lagipun, Bandung memang terkenal dengan traffic jammed yang sangat2 teruk. Jammed di KL nie 10x baik dari sini. Seram jer tengok cara dorang drive. Ganas2 kot. Dekat sini, peraturan jalan raya dorang buat sendiri. Bayangkanlah, tengah2 jalan boleh buat u-turn. Berderet pulak tue yang mengekor. Lepas tue jarak antara satu kereta dengan kereta yang lain hanya dalam 2 inci jer. Dahsyat kot. Tapi yang kagumnya, takde satu kemalangan pun yang kami nampak. Lagi satu org2 kat sini semuanya menyabar. Takkan dengar pumya bunyi hon panjang macam kat KL nie. Bunyi hon tanda nak jalan adalah.

Berbalik pada cerita asal, aktiviti pertama kami ialah makan. Lapar bangat kot sebab tak makan dari tengahari tadi. Kat Bandung nie lewat sejam dari KL. Pak Wan (supir) pun heran sebab selalu orang2 Malaysia kalau sampai2 jer terus ke Mall untuk shopping. Tapi kami cari makanan dulu. Nampak sangat tak boleh handle dah tahap kelaparan tue.








First time kami makan masakan Indonesia. Kebanyakkan rasa masakan dekat sini sama macam masakan Melayu kita. Cuma bezanya menu bercili mesti ada.

Lepas makan kami sempat singgah ke salah satu factory outlet di sini iaitu Glow. Pelbagai barangan ada di jual di sini. Harga kat sini boleh la tahan jugak. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Lebih kurang sama dengan KL. So just cuci2 mata je dekat sini.

** Penjual jalanan punya la ramai. Kat mana2 pun ada. Belum sempat turun van, dorang dah beratur keliling. 









Idr125k bersamaan dengan lebih kurang RM40.


Next destination check in hotel. Kami menginap di hotel yang agak  baru iaitu Serela Cihampelas. Rate satu malam dalam RM150+. 










Sebelum tidur, kami sempat jalan2 ke Cihampelas Walk. Hanya 3 minutes walking distance from hotel. Cihampelas Walk nie ala2 Pavilion la kalau kat KL. Tempat libur anak2 muda bak kata Pak Wan. 





Borong roti untuk kudapan dalam bilik.



** Sepanjang jalan Cihampelas nie, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan. Dari makanan hingga pakaian semua ada. Harga kena pandai tau. Kalau tak memang kena tipu jer la. Lagi2 dorang tau kita pelancong kan. 

Wah, panjang lebar betul entry untuk hari pertama nie. Ikutkan nak taip pendek2 jer sekali tengok balik, mak ai. Haha. Nak tau ke mana kami hari ke-2, kena lah tunggu yer. Nak tarik nafas dulu. Kasi lapang sikit. Stay tuned. 


Mar 18, 2015

Tempat Menarik di Pahang : Cameron Highland

4:21 PM 1
Tempat Menarik di Pahang : Cameron Highland

Tempat menarik di Pahang l Sempena cuti Hari Wilayah yang lepas, Ana sekeluarga ke Cameron Highland untuk bercuti dan juga sebagai birthday present untuk Ana dan Syafi. Perjalanan dari KL - Cameron Highland memakan masa dalam 4 jam lepas tambah tolak berhenti makan di R&R.
 

Hari Pertama

Untuk kali ni Ana stay di ArandaNova Hotel, Brinchang. ArandaNova ni baru di buka sekitar awal tahun ni. So dapatlah harga promosi iaitu dalam RM300 untuk 3 hari 2 malam. Memang sangat berbaloi dan puas hati sebab bilik baru, bersih dan sangat luas. Syafi lah paling bahagia dapat merangkak ke sana sini. Setiap ceruk dia terjah.
Hotel ArandaNova, Brinchang
Hotel ArandaNova, Brinchang


Hotel ArandaNova, Brinchang

Hotel ArandaNova, Brinchang
Hotel ArandaNova, Brinchang
Hotel ArandaNova, Brinchang


ArandaNova ni hotel di bahagian atas , mall di bahagian bawah. Sebab hotel ni masih baru di buka, dekat bahagian bawah hanya ada beberapa restoran di buka dan terdapat mini theme park untuk kanak-kanak.

Hotel ArandaNova, Brinchang

Hotel ArandaNova, Brinchang
Lepas solat dan rehat, Ana ke Bharat Tea Plantation untuk minum petang. Punyalah ramai orang dekat sana. Asal nampak meja kosong terus kami cop. Kalau tak, berjanggut lah nak menunggu. 

Bharat Tea Plantation

Bharat Tea Plantation

Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Lepas selesai makan, kami cuci mata dengan pemandangan ladang teh yang menghijau. Sesedap mata memandang. Dengan suhu yang sejuk memang best sangat lah.

Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Dari Bharat Tea Plantation kami ke Kea Farm Vegetable Market untuk mencari kudapan makan malam. Benda yang first kami beli ialah strawberi coklat. Wajib beli kot. Sempat lah juga belikan Syafi sweater takut dia sejuk malam nanti.

Kea Farm Vegetable Market
Kea Farm Vegetable Market
Kea Farm Vegetable Market

Kea Farm Vegetable Market

Kea Farm Vegetable Market

Sebelum balik bilik, jalan-jalan dulu dekat sekitar Copthorne Hotel. Tenang sikit dekat sini. Tak ramai orang.

Copthorne Hotel

Copthorne Hotel
Copthorne Hotel

Copthorne Hotel
  
Hari ke-2

Plan untuk breakfast dekat Ladang Teh Sg Palas sekali masa nak masuk ke simpang ke sana terbaca yang ladang teh di tutup setiap hari Isnin. Jadi kami terus turun ke Tanah Rata dan makan di medan selera yang ada dekat sana.

Lepas sarapan kami ke Taman Agroteknologi Mardi. Bayaran masuk RM3 seorang. Dalam sejam jer kami ronda di dalam tu. Strawberi kiosk dalam tu masa kami ke sana tutup. Jadi takde tempat nak lepak-lepak minum.

Taman Agroteknologi Mardi
Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi
Taman Agroteknologi Mardi
Taman Agroteknologi Mardi
Antara tananam yang korang boleh jumpa dekat sini. Tak pasti boleh beli atau tak.

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi

Dari Mardi kami decide untuk ke Gunung Brinchang. Gunung paling tinggi di Cameron Highland dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut. Korang boleh drive sendiri untuk ke puncak. Jalan masuk ke sana satu laluan ke Ladang Teh Sg Palas. Kira-kira 45 minit juga perjalanan. Sampai-sampai memang best sangat. Korang boleh nampak seluruh Cameron Highland di atas sana. Serba serbi hijau atas ni. Baik untuk mata.

Gunung Brinchang
Gunung Brinchang
Gunung Brinchang



Gunung Brinchang

 
Gunung Brinchang
Aktiviti sebelah petang hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan. Antaranya Ana ke Cactus Valley untuk melihat pelbagai jenis dan saiz kaktus. Cantik-cantik semuanya. Terbeli lah juga 2-3 jenis untuk hiasan di rumah. Bukan kaktus je ada dekat sini, pelbagai jenis bunga pun ada juga.

Cactus Valley
Cactus Valley
Cactus Valley

Cactus Valley
Cactus Valley
Cactus Valley
Cactus Valley

Makan malam hari ke-2 Ana ke Tanah Rata untuk makan steamboat. Banyak sebenarnya kedai yang jual steamboat dekat sini. Memang syok sejuk-sejuk makan steamboat. Fefeeling macam di Korea gitu.


Hari ke-3

Hari terakhir di Cameron Highland Ana ke Ladang Teh Sg Palas untuk bersarapan. Masa Ana sampai ke sana dalam pukul 9 dah ramai orang pun. Selamat parkir masih ada kosong walau kena menyelit sedikit.  Dari tempat letak kereta nak ke cafe ni kena berjalan naik bukit bagai. Memang pergi lapar, balik pun lapar. Kita akan lalu kawasan sekolah yang kecil untuk ke sana. Kiri kanan kita di banjiri dengan pokok-pokok teh.

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas
Ladang Teh Sg Palas
Ladang Teh Sg Palas
Lepas sarapan, shopping teh kejap dekat kedai teh di sebelah cafe. terdapat pelbagai perasa teh di jual di sini. Ada yang eksklusif di jual di sini je tau. 

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas
Ladang Teh Sg Palas
Dari Ladang Teh Sg Palas, Ana check out dari hotel. Sebelum pulang ke KL, Ana singgah sekali lagi di Kea Farm untuk beli buah tangan buat keluarga. Lagipun dah janji dengan seorang amoi ni yang kami akan singgah beli sayur dekat dia. Kedai yang kami tuju terletak di bahagian belakang pasar. Dekat lorong-lorong kecil. Sayur di sana berharag RM10 untuk 3 paket. Murah dan yang penting segar. Dah puas shopping kita balik ke KL. 


Next entri kita ke Bandung pula. Stay tune korang.