October 2014 - Ana Suhana

Oct 3, 2014

Kidz And Creme

11:16 AM 3
Kidz And Creme
Assalamualaikum..

First of all, kami nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua reader.. Balik kampung tak?? Kami pakat duk KL je sebab orang tua dua2 ada kat sini...So jimat la duit minyak.. Maklumlah petrol dah naik 20 sen..hehe..

Ok kali nie sesi men'Throwback' sesi makan pada Hari Malaysia yang lepas.. Lepas puas 3 beranak nie guling sana guling sini, akal mula la panjang nak merayap ke mana-mana.. Lagi cun perut pun dah kosong minta di isi.. Mulalah kepala ligat berfikir arah tujuan untuk hari nie.. Godek punya godek Ig sekali tiiiiinnngggg.. Idea pun datang bergolek2.. Bagitau En Suami terus dia setuju.. Setia Alam, here we come.. Selayang-Setia Alam hanya 30 minit perjalanan provided jalan tak jam.. Dari NKVE amik exit Setia Alam terus sampai..

Terletak di Sunsuriab7th Avenue, Kidz and Creme nie owned by Aaron Aziz.. Tapi takde rezeki nak bersua muka sebab mamat tue takde hari tue.. Sob sob sob...
Dekorasi K&C nie simple jer.. Kawasan tak berapa nak luas pun.. Sebab tue kot bila ada private events, K&C nie akan tutup untuk org luar.. So sebelum datang, kena jenguk2 Ig dorang sebab akan ada announcement..






Ruang untuk kanak-kanak beriadah while para ibu bapa menjamu selera..
Dapur kecil pun ada.. main masak-masak u olls..
Ala2 centerpiece... nombor  meja makan..
Muka ceria bam bam lepas bangun tido..


tido tak sampai 10 minit...gggrrrrr...
Menu mula-mula pilih steak burger and homemade meatball sebab customer byk order menu nie.. so ok la... Sekali waiter tue datang balik kata meatball dalam proses 'pembikinan' sebab sold out dan take time untuk siap.. Sebab malas nak menunggu, so tukar menu order la chicken parmagiana..


Steak burger..RM22.90. Isi burger tue ialah kepingan daging di campur dengan hirisan cendawan.. Ala2 burger king.. Sedap dan tak memuakkan.. Must try menu ok..


Chicken parmagiana..RM23.90.. Isi ayam di goreng rasanya.. Rangup dan tebal..Jenuh nak habiskan.. Served with mashpotato and salad.. Rasa dessing macam kuah spagheti prego tue.. So biasa je la rasa dia..


Lagi satu menu pilihan ramai.. Nutella Tart..RM14.50.. Rasa dia ok la.. Tapi tak la sampai nak rasa lagi..

Total kami makan kali nie dengan air ice bended dan peace tea ice semua RM85.70... So camne harga dia..ok x??Ada yang kata mahal tapi rasa biasa je.. ada yang kata ok la..so korang kalau nak tau kena datang sendiri ke K&C nie..

Lepas puaskan nafsu makan, kami amik angin bawa bam bam jalan kat padang luas sebelah Setia Alam  Mall.. Saje lepak2 sebelum pulang ke home sweet home..