Tempat Menarik di Melaka : Hallmark Crown Hotel, Banda Hilir dan Dataran Pahlawan - Blog by Ana Suhana

Apr 17, 2013

Tempat Menarik di Melaka : Hallmark Crown Hotel, Banda Hilir dan Dataran Pahlawan

Assalamualaikum.
 
Jalan-jalan cari makan kali ni sis ke Melaka. Idea asal nk bawa adik-adik jalan-jalan dekat Melaka ni la kononnya tapi at the end semua tak nak follow. so as usual, dating berdua je lah.
Melaka ni dah mcm kampung sis pulak rasanya since sis dan en suami dulu studdi Melaka. Every year wajib turun di Melaka ni. So banyak dah hotel kami check in dekat Melaka ni. (sebelum berblog). tapi semua yang biasa-biasa jer lah. bukan lah sampai 5 bintang. kata bajet ciput kan.

Kali ni sis stay di Hallmark Crown Hotel. Voucher beli dekat Groupon. RM168/semalam termasuk breakfast. Hallmark ni ada 4 cawangan hotel di bandar Melaka. Yang sis check in ni baru je di buka tahun ni.

 
 








Overall, sis sangat berpuas hati dengan hotel ni. bersih dan kemas. paling best shower dia ada lampu ala-ala disko. tu yang berjam duduk dalam bath room. hehe.

Petang tu just jalan dekat Dataran Pahlawan kejap sebelum tggu waktu makan malam. di sebab kan dah selalu turun sini, takde ape pun nak di beli. Just window shopping jer.

 



tiket beli di sini.

Ni sis upload pic sis naik Kota A Famosa dengan kawan-kawan time trip ke Melaka last time. Pakai baju kurung lagi ok. Hehe


 










Untuk makan malam sis akan ke Restoran Terapung Umbai sebab memang dah biasa ke sana. Sis akan ke Shima Cafe biasanya. Selesa dan harga pun murah. Untuk semua makanan di bawah ni hanya RM160. boleh 5 orang makan. Murah kan.
Selain dari Kota A Famosa, ada beberapa lagi tempat sis dah pergi. Antaranya Kampung Morten. Dekat sini korang akan nampak rumah-rumah melayu lama yang masih di jaga sehingga kini. Ada beberapa rumah yang korang boleh masuk ke dalam untuk tengok susun atur secara dekat.











Makam Hang Tuah pun ada tau. Free je masuk sini. Terletak betul-betul di tepi jalan di Tanjung Kling. Panjang sungguh makam ni.






Dah penat berjalan dan tekak terasa haus, jangan lupa siggah ke Coconut Shake di Klebang. Sedap bak hang. Cuma kena beratur lama lah ye sebab memang ramai peminat coconut shake ni.



2 comments:

  1. Alahai pandai Ana cari tempat menarik di Melaka. Kalau akak balik2 tempat sama.. Bukan reti explore tempat baru.. Baca blog Ana dapatlah info baru.. Suka sangat, hehehe.. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka ni tak besar mana kak. lagipun dulu study dekat sana kan so tau lah tempat2 ni. hehe

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤